27 November 2017

COOLING PERIOD DEMI SITUASI DERAILMENT/ FAHAM CEO/ GM TMOD TETAP DALAM PERHATIAN KAMI/ SELAYAKNYA MENJAWAT JAWATAN PENYELIA JAMBAN!

Dalam keadaan kesulitan KTMB yang menghadapi derailment, tentu sahaja fokus utama ialah membaikpulih landasan seberapa segera bagi memastikan tren-tren penumpang dapat  beroperasi semula kerana ianya melibatkan kepentingan pengguna.

Kami juga sedar bahawa SPAD telah mengarahkan penggantungan perkhidmatan Kargo dari KL Central hingga ke Rawang ini menghakibatkan KTMB kehilangan pendapatan malah akan menyebabkan KTMB bermasalah.

Disinilah tanggungjawab dan beban yang besar terpaksa ditanggung oleh En Rani CEO KTMB untuk mengatasi masalah yang berlaku ini, malah kami RUM sentiasa mencari jalan membantu dengan cara kami dan amat memahami situasi yang dialami oleh En Rani CEO KTMB.

Dalam hal ini kebangangan Tuan Haji Helmi Hasan GM TMOD pula cuba mewujudkan pertikaian dan ketegangan antara RUM dan KTMB, pasti ini akan menambah beban kepada En Rani CEO KTMB. RUM sendiri tidak faham apa punya "BENGONG" GM TMOD, selayaknya jadi "PENYELIA JAMBAN" seperti mana zaman Marak Unggul lakukan kepada seorang GM KTMB dahulu.

Justeru itu demi memahami keadaan En Rani CEO KTMB maka kami akan ambil pendirian "SILENT@COOLING PERIOD" untuk sementara waktu sehingga semua proses masalah yang berlaku ini selesai, kami sentiasa mendoakan En Rani CEO KTMB tabah dan kuat untuk terus berusaha mengembalikan Kargo beroperasi semula kerana ianya pendapatan utama KTMB.

Semoga semua masalah selesai, kita fokus "TOLAK RNAA dan TOLAK SECOND OPERATOR"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

#PrayForKtmb
#AhliRumDilarangKomen