25 November 2017

RUM ISTIHAR PERANG DENGAN GM TMOD

Kita akan buktikan satu persatu kesalahan GM TMOD, termasuk perkara yang bertentangan dengan CA, sehingga beliau diambil tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja.

Antaranya:-

1. CA 8, keputusan Lembaga Pengarah KTMB mengenai CA 8 terus diangkat ke Kementerian Kewangan tanpa memaklumkan kepada RUM, beliau dengan sengaja tidak memberi ruang pada RUM untuk membuat rayuan kepada Lembaga Pengarah KTMB.

2. Sehingga hari ini dah hampir dua (2) tahun CA belum ditandatangani, GM TMOD dengan sengaja melengahkan CA.

3. Banyak artikel CA yang bertentangan dengan CA.

4. Perkara yang diviralkan di Facebook oleh kalangan pekerja yang bukan ahli RUM menjatuhkan Imej KTMB tidak diambil tindakan tatatertib, kalau ada hanya memberi amaran, sedangkan ahli-ahli RUM dan pegawai-pegawai dalam RUM dalam kelambu pun diintip dan dikeluarkan surat tunjuk sebab, satu tindakan diskriminasi dan berniat jahat.

5. Setiausaha Agung bercakap dalam Mesyuarat mengenai kes outsorce KTMC dengan nada lantang disebakan kegagalan dan janji untuk membuat presentation mengenai KTMC untuk dioutsorce di beri surat tunjuk sebab atas kapasiti pekerja iaitu Pemandu Lokomotif.

6. Memberi cuti tanpa rekod kepada organisasi yang tidak diiktiraf.

7. Gagal memberi khidmat nasihat yang betul dari sudut undang-undang kepada Lembaga Pengarah KTMB sehingga menimbulkan masalah kepada RUM.

8. Menyekat aktiviti-aktiviti Kesatuan Sekerja demi kebaikan KTMB dengan menghalang memberi pelepasan dalam tugas.

9. Mencampuri secara terangan urusan Kesatuan Sekerja.

10.  Mewujudkan keretakkan Keharmonian Perusahaan diantara RUM dan KTMB

11. Dan lain-lain lagi

RUM akan menulis surat secara rasmi kepada CEO KTMB untuk memohon GM TMOD diambil tindakan tatatertib sehingga beliau dibuang kerja.

Kegagalan menyelesaikan kemelut ini dalam satu tempoh RUM akan mengistiharkan pertikaian dan bakal mengambil tindakan perusahaan.

RUM akan lawan abis-abisan seperti mana RUM menyingkirkan Mantan Presiden KTMB.

Dengan ini RUM mengistiharkan "PERANG DENGAN GM TMOD, TUAN HAJI HELMI BIN HASAN".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB