24 November 2017

TAMATKAN PERKHIDMATAN GM TMOD KTMB BAKAL JIMATKAN KOS LEBIH RM 120.000 SETAHUN

Dalam keadaan KTMB bermasalah, tren kargo derail, SPAD gantung perkhidmatan Kargo, RNAA nak masuk, GM TMOD boleh gunakan kesempatan menceroboh whatsapp group untuk ahli-ahli RUM dengan niat jahat cuba menakutkan ahli-ahli RUM dan menyekat kebebasan bersuara ahli-ahli RUM.

Tindakan GM TMOD dengan sengaja bertujuan untuk melaga-lagakan RUM dengan CEO baru, malah beliau sengaja mewujudkan pertikaian dan meretakkan keharmonian perusahaan, orang macam ini sememangnya tidak layak duduk dalam KTMB malah antara GM yang dilihat tidak berupaya menjalankan tugas selayaknya disingkirkan dari KTMB.

Beliau sebenarnya langsung tidak menjalankan tugas, malah mengikut maklumat yang diterima beliau hanya asyik bermesyuarat, kadangkala mesyuarat yang dihadiri beliau bukan tanggungjawab  GM TMOD, sekiranya keperluan untuk hadir mesyuarat sebenarnya adalah dikalangan pegawai bawahannya. (Asyik-asyik mesyuarat.. kerja tak buat..)

Kerja-kerja GM TMOD yang sepatutnya dibuat oleh GM TMOD semua diserahkan kepada Pengurus Kanan, ini disebabkan beliau sendiri tidak tahu buat kerja dan bergantung kepada Pengurus Kanan dan pegawai bawahannya. (Maklumat dalaman TMOD)

Maka itu RUM beranggapan bahawa KTMB telah kerugian ribuan ringgit setiap bulan kerana membayar upah yang tidak selayaknya diterima oleh beliau, maka itu keputusan yang paling tepat adalah menamatkan perkhidmatan beliau kerana ianya mampu menjimatkan kos perbelanjaan KTMB.

KTMB lumpuh dari urusan pentadbiran Sumber Manusia disebabkan oleh ketidakupayaan seorang yang berstatus Pengurus Besar.

Jolok sarang tebuan, RUM telanjangkan je...  ada RUM kesah.... RUM ni banyak tutup mulut sebab fikir kawan.. tapi dah melampaui batas .. RUM belasah maksimum....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

#ahlirumdilarangkomen


Related Posts:

  • Ahli utus surat Pihak RUM mengucapkan terima kasih kepada ahli yang prihatin dengan perjuangan RUM ini sebahagian dari tanda sokongan padu ahli-ahli RUM terhadap apa yang diperjuangkan oleh RUM selama ini. RUM menghargai sokongan saudara… Read More
  • Warna Apa maksud warna baju Piket RUM? Warna Merah / Biru / Putih Merah - Lambang keberanian Biru - Kuli Putih - Bersih / Ikhlas Warna memainkan peranan penting dalam mencorakan bersatu, kekuatan, keberanian bagi kami yang di… Read More
  • TAG LINE - NON PERFORMING PRESIDENT NON PERFORMING PRESIDENT  Kalau dibaca dan difahami tag line ini ianya sangat dalam maksudnya sehingga melayakkan Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB menerima anugerah "Guinness Record of Malaysia"! Hebat bebenor… Read More
  • Tanpa gaji, tanpa upah, ikhlas berjuang Semangat Bro Kita ini.... tanpa gaji...tanpa upah... antara orang yang terakhir yang membantu RUM mengemaskan kelengkapan perang. Salute lu bro...… Read More
  • PIKET (PUTRA JAYA) Piket 9 Mei 2014 Ramai yang bertanya mengenai tindakan susulan, pihak RUM sedang menunggu dan menilai perkembangan terkini sebelum membuat keputusan selanjutnya. Bagi menyesuaikan keadaan maka pihak RUM akan menunggu s… Read More