Menteri Pengangkutan kata pengunaan landasan keretapi yang ada sekarang adalah sebanyak 40%?
Persoalan kenapa 40%?
Adakah kajian telah dibuat secara menyeluruh dari semua sudut? Dari sudut pengunaan landasan yang kini sedang "rehab" yang menganggu pengunaan tren, kedudukan jumlah lokomotif, kedudukan jumlah ETS/ SCS/ Komuter dan lain-lain.
Kenapa pula jumlah tidak mencukupi? (Tulisan RUM sebelum ini pernah menghuraikan)
Jangan buat perkiraan dari sudut pengunaan tren yang dilarikan kini tapi kajian perlu dilakukan sekiranya semua tren mencukupi adakah ruang "second operator" mampu diwujudkan?
Malah kajian juga perlu dibuat dari landasan "double track" yang ada dari sudut kekerapan tren/ ketepatan masa berjadual yang melibatkan tren penumpang, mampukah kewujudan "second operator" untuk membuat larian bila ianya mungkin menganggu perjalanan tren penumpang, kerana kita juga perlu tahu bahawa pembekalan set ETS sebanyak 19set lagi akan siap pada 2019 dan 13 set DMU akan juga siap pada 2019, kehadiran set baru akan merancakkan perjalanan tren penumpang.
Manakala lokomotif yang sedia ada iaitu kelas 26 & kelas 29 sekiranya dimaksimumkan "availabilitynya" maka jumlah tren Kargo KTMB akan bertambah, difahamkan kehadiran CEO baru telah berjaya meningkatkan larian tren kargo KTMB setelah beliau berusaha memastikan lokomotif sedia ada bertambah "availability".
Perlu disedari bahawa hanya set tren ETS yang mampu mencapai keuntungan manakala set tren penumpang yang lain adalah pengangkutan rugi maka larian tren kargo adalah penting buat KTMB untuk mencari sumber pendapatan bagi menampung kerugian tren-tren penumpang khususnya di Lembah Klang dan di Pantai Timur.
Sekiranya KTMB mempunyai tambahan 30 - 40 lokomotif dan wagon dengan jumlah yang mencukupi maka pengunaan landasan telah dimaksimakan, maka keperluan mewujudkan "second operator" adalah tidak diperlukan sama sekali, difahamkan peruntukan telah ada untuk membeli 30 buah lokomotif.
Justeru itu kewajaran untuk mewujudkan "second operator" yang beriya-iya sangat oleh Menteri Pengangkutan adalah tersasar jauh tanpa melihat keperluan sebenar KTMB.
Perlu disedari bahawa "pemain industri kargo" adalah "customer KTMB" maka pencurian "customer" akan berlaku maka KTMB akan menangggung beban bila pencurian customer dilakukan, impak kepada pencurian customer ialah pendapatan KTMB akan berkurangan maka KTMB tidak mampu menampung kos perbelanjaan tren-tren penumpang yang mana KTMB memberi subsidi kepada pengguna.
Maka kewujudan "second operator" adalah satu malapetaka kepada KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
02 November 2017
Home »
» KEWUJUDAN SECOND OPERATOR SATU MALAPETAKA KEPADA KTMB
KEWUJUDAN SECOND OPERATOR SATU MALAPETAKA KEPADA KTMB
Khamis, November 02, 2017
Related Posts:
MALAS RUM PUN MALAS JUGA TAPI TAK BOLEH! Malas tak usah cakap... Jemu & Bosan... Itu biasa... Penat... Lagi laaa... Kalau ikut hati... Mati... Kalau ikut perasaan... Marah... Terasa... Lantaklah... Tapi... Boleh ke???? Tak boleh... Kerana itu "SIKAP NEGATIF"! T… Read More
PENGORBANAN AYUH KITA TURUN RALLY Dalam perjuangan perlukan pengorbanan, pengorbanan dari segi masa, keluarga maupun wang ringgit, apatah lagi ianya melibatkan periuk nasi diri sendiri. RUM pula... pengerak, perancang, pemikir malah memimpin, itu perana… Read More
KHABAR ANGIN @ MULUT LONGKANGKHABAR ANGIN @ MULUT LONGKANG YBhg Dato Sarbini Bin Tijan Ditamatkan Perkhidmatan. Hebuh satu ketika 4 - 5 bulan yang lepas, tukang karut, tukang bawa cerita, tukang bawa khabar angin, tukang provokasi @ mulut longkang... Man… Read More
FOBIA PEMBUANGAN KERJA JAMINAN RUMRUM tahu kemungkinan ada fobia mengenai pembuangan pekerja ketika kemelut RUM. RUM ingin jelaskan... 1. Bukti bahawa pembuangan itu tidak sah... semua pemulihan telah dilakukan tanpa kehilangan atau kerugian 1 sen pun, pihak … Read More
RALLY BUKAN PERTIKAIAN!RUM ingin menjelaskan bahawa RALLY 21 Mei 2016 "BUKAN PERTIKAIAN" ianya sebahagian dari aktiviti-aktiviti Kesatuan Sekerja yang ingin menyambut Sambutan Hari Pekerja. Rally lebih dari menyampaikan mesej kepada pihak tertentu … Read More