04 November 2017

"RATING" PENGANGKUTAN AWAM

"RATING" PENGANGKUTAN AWAM
(berdasarkan laporan Sustainable Cities Mobility Indeks 2017)

No   1     -     HONG KONG
No   8     -     SINGAPURA
NO 89    -     INDONESIA
No 95     -     MALAYSIA

Tak pelik kalau "rating" di Hong Kong dan Singapura peliknya "rating" di Indonesia berbanding Malaysia, sedangkan satu ketika Malaysia ke hadapan kini Malaysia ke belakang.

Contoh KTMB jauh ke hadapan berbanding Indonesia bukan sahaja dari sudut sistem keretapi malah dari sudut gaji antara pekerja keretapi Indonesia dan pekerja KTMB, kini bukan sahaja KTMB tertinggal malah gaji pekerja KTMB juga rendah berbanding pekerja keretapi Indonesia.

RUM sendiri telah berjuang sejak lama untuk meningkatkan produktiviti KTMB malah memberi banyak idea untuk kemajuan KTMB, sehingga kewujudan pertikaian antara RUM dengan mantan-mantan Presiden KTMB, berpuluh-puluh pucuk surat dihantar sehinggalah 97orang pemimpin dan ahli RUM dibuang kerja.

Kementerian Pengangkutan yang ada seperti tiada sekadar bertujuan untuk kepentingan pihak tertentu, kewujudan SPAD juga mewujudkan pertindihan tugas sedangkan kuasa pemilikan adalah hak  Kementerian Kewangan, maka bercelarulah pentadbiran KTMB.

Kini idea RNAA tercetus, puas sudah RUM merayu malah sudah sampai keperingkat menggesa membatalkan RNAA, apa RUM keluhkan tiada pihak yang ambil kesah, seolah-olah mereka terlalu bijaksana sehingga tidak memperdulikan keluhan RUM, sedangkan idea mewujudkan RNAA boleh dicabar dari sudut implikasinya.

RUM bukanlah bijak tapi RUM cukup pengalaman dalam hal ehwal KTMB, malah tujuan RUM semata-mata untuk melihat KTMB mampu bersaing dengan sistem perkeretapian diperingkat antarabangsa, pasti dalam satu kejayaan organisasinya maka faedahnya turut dinikmati oleh pekerja malah rakyat juga menikmati kemajuan dari sudut keselesaan dan ketepatan waktu.

Bukan itu sahaja rangking pengangkutan keretapi@perkhidmatan awam mampu melonjakkan nama negara.

Justeru itu RUM amat menekankan bahawa RNAA "hendaklah" dibatalkan demi kebaikan semua pihak yang terlibat khususnya demi Rakyat dan Negara.

Janganlah diibaratkan "TIKUS MEMBAIKI LABU"!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Related Posts:

  • RUM pening dengan perancangan KTMBDuk byk iklan jawatan kosong dibuka.. dari jawatan SVP,  GM smpi non exec.. Terus terang RUM makin pening dengan perancangan KTMB. Hala tuju makin bercelaru... nk salahkan sapa kali ini... dimana perancangan sebenar.. ma… Read More
  • PENGURUS BESAR MODAL INSAN TUAN HAJI HELMI HASSAN HENDAKLAH DITUKARKAN!RUM telah menerima surat jawapan balas hari ini, surat berkenaan membuat RUM "amat terkilan dan tidak berpuas hati". Maka... RUM akan menulis surat rasmi kepada Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB menggesa Tuan Haji Helmi Hassan … Read More
  • TARIK BALIK NOTIS 30 HARI (PIKET) Alhamdulillah masih lagi dalam Aidil Fitri, maka ianya satu anugerah kebesaran Aidil Fitri bila syarat yang dituntut melalui Notis 30 hari untuk berpiket melalui tuntutan RUM telah dipenuhi. Maka RUM mengambil ketetapan menar… Read More
  • BERPERIKEMANUSIAANGM TMOD ni macam bukan seorang manusia, tindak tanduknya dah ibarat tidak berperikemanusiaan, tidak ada sedikit pun pertimbangan untuk merasa belas kasihan boleh dikatogerikan zalim. Kes terbaru seorang pegawai kanan KTMB tel… Read More
  • 3OHARI NOTISJangan ingat RUM duk diam.. 1. Batalkan surat! 2. Keluarkan Tuan Haji Helmi Hassan GM TMOD dari TMOD. Lepas 30 hari... RUM akan bagi makluman tarikh berpiket" NO COMPROMISE GM TMOD PERLU DISINGKIRKAN, KTMB TAK PERLU PEGAWAI B… Read More