Assalamualaikum dan Selamat Pagi
Semalam pegawai dan ahli RUM mengamuk betul bila satu kenyataan dikeluarkan oleh seseorang, walaupun pada awalnya RUM nasihatkan jangan, tapi mereka tetap nak attack balik, last sekali RUM terpaksa akur kehendak mereka, sebab mereka mempunyai alasan yang munasabah.
Mana mungkin mereka tidak marah, sedangkan isu yang dipapar isu remeh, dulu pun berlaku juga, bukan tidak berlaku, malah dalam mesyuarat-mesyuarat jkkp tika dulu ada dibangkitkan masalah sebegitu.
Seperkara lagi dulu KTMB ada duit, suntikan pun dapat, maka isu-isu seperti ini dapat diatasi bila RUM bangkitkan dalam jkkp.
Janganlah bawa isu yang remeh sedangkan isu yang lebih besar seperti RNAA patut diperjuangkan bersama kerana ianya melibatkan tempat yang anda pernah cari rezeki satu ketika dulu.
Ada satu komen RUM terbaca bila seorang Hamba Allah komen "pekerja lawan taukey@hamba melawan tuhan", umpama apa yang Hamba Allah ini sebut? RUM nak tanya Hamba Allah ini kalau dia baca komen ini, sebab siapa RNAA ini dicetuskan? Siapa dalangnya? Iya ramai yang tidak tau.. tapi kadang-kadang kerana "perut* kita sanggup menghalalkan cara, tenguk-tenguklah cermin tu, udah-udahlah... jangan kita tonggang tongek, puasa sunat tidak pernah mis... orang terus percaya... kami kenal sapa anda... hentikanlah wayang tu... Allah tu Maha Adil! Ingat ribuan insan periuk nasinya di KTMB, malah KTMB inilah yang memberi rezeki membesarkan anak-anak kita.
RUM kadang-kadang sudah tidak faham manusia ini, sifat keikhlasan sudah tiada, sewajarnya kita bersama untuk mempertahankan KTMB, janganlah isu remeh dibentangkan didunia media sosial, banyak ruang bicara secara berhemah boleh disampaikan, ianya lebih tertib dan dihormati.
Malu tau.. CEO baru En Rani adalah orang luar, bukan darah KTMB.. tapi tetap berusaha segigih mungkin untuk memajukan KTMB.. ibarat baru setahun jagung tapi telah mengenal KTMB.. tahu KTMB dirundung masalah... kenal pegawai-pegawai KTMB.. dia tetap berusaha dan terus berusaha segigih mungkin untuk mempertahankan KTMB... CEO EN RANI... RUM nak maklumkan pada anda... "HE IS A LEADER"... kalau fahamlah maksud "LEADER".
RUM ingin nasihatkan mereka ini semua, anda macam abang-abang kami, tolonglah hentikan perkara sebegini, ayuh bersama dengan kami untuk mempertahankan KTMB... sayangilah KTMB seikhlas mungkin.. hindarkan sama sekali agenda tersirat... kerana kami kenal mana kaca dan mana permata.
Kepada pihak pengurusan KTMB tolonglah, pastikan kerja anda semua bukan kerana gaji tapi kerana sayangkan KTMB, begitu juga kepada pekerja KTMB, ini tempat mencari rezeki, sama-sama kita berusaha untuk menjadi pekerja yang berdedikasi dan terus bersatu mempertahankan KTMB.
Salam hormat dari kami seluruh kepimpinan dan ahli-ahli RUM.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.
18 November 2017
Home »
» KOMEN FB REMEH/ BERSAMALAH KITA
KOMEN FB REMEH/ BERSAMALAH KITA
Sabtu, November 18, 2017