15 November 2017

PERTEMUAN ANTARA RUM & SRUT/ USAHA RUM SEHINGGA PERINGKAT ANTARABANGSA

Akhirnya pertemuan yang berlaku tempoh hari persetujuan telah dicapai antara RUM & SRUT bahawa tiada Tren Kargo@"Second Operator" boleh melintasi "cross boarder" ke Thailand. SRUT juga akan membantah dan mengambil pendekatan yang sama untuk menghalang "Second Operator". Persetujuan dicapai selaras dokumen yang sedia ada, bahawa kebenaran cross boarder hanya KTMB dan SRT sahaja.

Kami kesatuan sekerja sentiasa bekerjasama dalam menghalang sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan syarikat kami khususnya KTMB & SRT.

Persetujuan juga dicapai bahawa SRT dari sudut Solidarity bersedia "PIKET" di kedutaan Malaysia sekiranya RNAA dilaksanakan.

Usaha Rum akan berterusan untuk mendapatkan sokongan Solidarity dari negara Asean dan Asia Pacifiic, resolusi RUM dalam Tokyo Forum telah diluluskan sebulat suara dari semua gabungan ICLS Asia Pacific.

RUM juga akan membawa isu RNAA ke pengetahuan  ITF london memohon sokongan solidarity, buat masa ini ianya telah pun dimaklumkan kepada Presiden ITF RAILWAY Section dari Finland.

RUM akan terus berjuang sehingga RNAA dihentikan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB