28 November 2017

SECOND OPERATOR EK ELEHHH... MACAMLAH RUM TAK TAU...

Sebenarnya yang menjadi mastermind "second operator" ini ada dua (2) orang, kedua-duanya pernah berkhidmat dengan keretapi, seorang berminat dengan "Kargo" dan seorang lagi berminat dengan ETS.

Yang berminat dengan Kargo ini, malah Syarikat pun telah ditubuhkan ialah individu yang berhenti pada zaman Dato Elias Kadir, tapi yang bestnya sebelum berhenti pernah pesan dengan saya selaku Presiden RUM, "RAZAK KAU JAGALAH KTMB", sekarang ayat pesanan yang disampaikan pada saya, agaknya dia dah lupa.

Seorang lagi yang berminat dengan ETS ialah individu yang suka sangat menjadikan contoh AIR ASIA malah beliau pernah berhasrat menganaksyarikatkan ETS, tapi RUM berjaya menghalangnya, kalau tidak hari ini KTMB telah kehilangan sumber pendapatan yang menguntungkan KTMB.

Rum juga tau siapa "faunder" mereka, malah "cable" mereka juga cukup kukuh untuk merealisasikan "second operator", biasalah "cable" kuat mereka kalau tidak YB Menteri & Timbalan Menteri, yang beriya-iya nak "second operator" dan menghalalkan RNAA.

Kepala otak kalau dah ada $$$$$$$ apa cara pun akan cuba mereka laksanakan soal maruah dan kepentingan negara tidak dipedulikan, rakyat jadi mangsa pun mereka tidak kesah, mereka gula-gulakan kenyataan bahawa "SECOND OPERATOR" dan "MULTIPLE OPERATOR" adalah yang terbaik untuk mengisi kekurangan larian tren konon katanya keperluan larian di "track ktmb" hanya tiga puluh (30%), maka yang ada kepentingan, yang otaknya "blank" akan mengatakan ini adalah idea terbaik.

Jawapan mudah kepada idea ini macam seorang tu cakap "KEPALA BAPAK KAU", opssss bukan RUM cakap, RUM hanya mengulangi dan mempopularkan lagi ayat tersebut sahaja.

Apa pun RUM suka pergi QUILL CITY MALL, pergi lepak dan minum kat situ, selain itu RUM juga suka pergi window shopping kat PAVILION... hehe... apa kau melalut ni Razak... hahaha...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB