RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

04 Oktober 2014

Zaman Kezaliman

Kerajaan yang adil adalah kerajaan yang membenteras kezaliman,
Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang menentang kezaliman,
Majikan yang adil adalah majikan yang menghindarkan diri dari berbuat zalim,
Masyarakat yang adil adalah masyarakat yang bencikan kezaliman.
 - admin



03 Oktober 2014

KELUHAN DAN RINTIHAN

Harapan setinggi gunung, Piket anjuran MTUC sokongan "solidarity" kepada RUM, ini didengari oleh YAB Dato Sri Haji Mohd Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.

Tiga (3) bulan berlalu iaitu pengeluaran "notis tunjuk sebab" sehingga sebulan yang lalu bermula 29.8.2014 "buang kerja tanpa notis" bermula dengan Presiden dan Timbalan Presiden RUM sehingga 3 Oktober 2014 seramai 40 orang telah "dibuang kerja tanpa notis", masih belum dapat sebarang keputusan pemulihan, pergerakan teramat perlahan sehingga mengakibatkan bulan September 2014, yang terlibat dengan "buang kerja tanpa notis" tidak menerima gaji bulan, mengakibatkan kehilangan pendapatan untuk berbelanja pada bulan seterusnya, apa tah lagi dalam keadaan menyambut Aidil Adha, maka ramai yang terkorban dalam memperjuangkan "Selamatkan KTMB Selamatlah Pekerja".
Rata-rata pekerja berpendapatan rendah, tidak mempunyai simpanan, kehilangan faedah perubatan amat dirasai, kini pembayaran untuk rawatan terpaksa ditanggung sendiri, rumah kuarters bakal diusir, maka pekerja yang berpendapatan rendah yang tidak mampu membeli rumah, terpaksa mencari rumah lain, kalau di bandar, rumah sewa manakah yang paling murah, itu belum untuk menanggung anak-anak yang bersekolah maupun yang berada di pusat pengajian tinggi, maka tanpa kerjaya yang berpuluh tahun telah berkhidmat dengan KTMB hilang sekelip mata.

Inilah nasib sebagai seorang pejuang, berjuang untuk kepentingan KTMB yang disayangi, berjuang untuk pekerja demi masa depan mereka, berjuang untuk kepentingan pengguna iaitu rakyat yang menggunakan perkhidmatan keretapi agar tahap keselamatan terjamin serta memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna akhirnya terkorban ditangan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB yang "ZALIM" dan "MENINDAS" kami Pemimpin dan ahli-ahli RUM yang berjuang demi masa depan KTMB dan Pekerja.

Mudah-mudahan keluhan dan rintihan ini didengari, kezaliman dihapuskan, pekerjaan dipulihkan, hubungan keharmonian perusahaan yang menjadi tonggak kepada kemajuan KTMB dapat dikembali dan dipulihkan.

Kami Pemimpin RUM sentiasa inginkan KTMB menjadi sebuah Syarikat yang berdaya maju, mampu meraih keuntungan dan faedah dari keuntungan KTMB mampu meningkatkan gaji mengikut pasaran, kerana keluhan pekerja adalah kerana gaji yang rendah berbanding sektor awam atau syarikat perkeretapian yang lain atau syarikat - syarikat yang diswastakan sezaman dengan KTMB.
Inilah harapan Pemimpin Kesatuan Pekerja2 KTMB (RUM) yang mengharapkan masa depan KTMB dan Pekerja terus cemerlang di arus pembangunan dan mencapai wawasan 2020.

"Selamatkan KTMB Selamatlah Pekerja"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

MTUC Wants KTMB To Reinstate Sacked Workers

KUALA LUMPUR, Oct 3 (Bernama) -- The Malaysian Trades Union Congress (MTUC) today handed over a memorandum to Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) so that the railway would reinstate the 40 KTMB workers who were sacked recently.

MTUC general-secretary N.Gopal Krishnam, who handed over the memorandum, said the sacking of the workers by KTMB for being involved in a picket (last May), was something that was unreasonable.

He said all the workers concerned were members of the Railwaymen Union Of Malaya (RUM) and the move was perceived to have violated the workers' freedom of expression.

"The move by the KTMB was illegal and violated the Joint Agreement and Industrial Relations Act (Act 177) for taking disciplinary action against the leader and members of the union who were carrying out union activities," he said when met by reporters after handing over the memorandum.

The memorandum was handed over to the Chairman of the KTMB Board of Directors, Datuk Ir Nawawi Ahmad at the KTMB headquarters, here.

On May 9, about 700 KTMB workers had assembled in front of the company's headquarters to demand for the termination of the services of KTMB president Datuk Elias Kadir.

Following the picket, 110 workers who were also members of RUM were issued with show cause letters while 40 of them, including RUM president Abdul Razak Md Hassan were sacked two weeks ago.

"We believe more people who were issued with the show cause letters would suffer the same fate," he said.

Gopal Krishnam said if the KTMB management still refused to entertain their demand, the MTUC would hand over the same memorandum to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak in Parliament on Oct 7.

-- BERNAMA

MTUC desak KTMB ambil semula pekerja

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini mendesak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) agar mengembalikan semula pekerjaan kakitangannya yang diberhentikan sebelum ini.

Memorandum itu dihantar ke pejabat KTM, petang ini.

Dianggarkan seramai 70 orang pemimpin kesatuan pekerja dan 100 orang pekerja KTM turut hadir bagi menghantar memorandum kepada Pengerusi KTMB, Datuk Ir Nawawi Ahmad.

Sebelum memorandum diserahkan, sebahagian daripada mereka yang hadir melaungkan "Hidup KTMB! Bangkit pekerja!"

Sebahagian yang lain memalu gendang berselang-seli dengan laungan tersebut.

Kenderaan yang lalu di jalan berhampiran stesen keretapi Kuala Lumpur itu turut membunyikan hon dipercayai tanda menyokong himpunan itu.

Polis turut kelihatan mengawal lalu lintas dan kawasan perkarangan KTMB sepanjang himpunan berlangsung.

Menurut Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM), Abdul Razak Md Hassan, sehingga hari ini seramai 40 orang pekerja KTMB dibuang kerja dan 16 orang lagi digantung kerja kerana meyertai piket pada 9 Mei lalu.

Timbalan Pengerusi MTUC, N Gopal Krishnan berkata mereka akan berpiket di hadapan Parlimen sekiranya tuntutan dalam memorandum itu gagal ditunaikan KTMB.

"Hari ini kita akan hantar memorandum, kalau kita tidak dapat respons yang baik kita akan ambil satu tindakan yang lain seperti kita akan pergi ke Parlimen"

"Jika tidak selesai juga kita akan pergi ke pejabat perdana menteri kerana KTM ialah satu syarikat GLC (berkaitan kerajaan) di bawah Kementerian Kewangan dan perdana menteri juga adalah menteri kewangan," katanya.

Tambah Gopal, mereka ada menghantar surat kepada perdana menteri dan menteri pengangkutan berkenaan hal ini namun belum menerima jawapan. - MK

Ucapan Piket MTUC Oleh Presiden RUM


PIKET MTUC "UNION BUSTING" 3 OKT 3 PM, KTMB HQ KUALA LUMPUR


Gambar2 Piket MTUC "UNION BUSTING"
















PIKET / Demontrasi MTUC 3.10.2014

MTUC berpiket / demontrasi secara aman dengan satu tujuan membantah pembuangan kerja Pemimpin dan Ahli RUM, kerana tindakan sedemikian adalah membunuh kesatuan sekerja (UNION BUSTING) Maka itu MTUC akan memohon semua yang dibuang kerja dan digantung kerja dipulihkan jawatannya kembali.

Inilah namanya Solidarity, cubit peha kiri, peha kanan rasa sakit, maka petang ini MTUC akan hadir untuk menyerahkan Memorandum kepada Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB agar pembuangan kerja ini ditarik balik, kerana pembuangan kerja ini adalah "TIDAK SAH".

Tindakan "ZALIM" dengan buang kerja seramai "40 pemimpin dan ahli-ahli RUM" adalah satu tindakan dahsyat yang mengancurkan kehidupan seorang pekerja dan keluarganya, maka itu tindakan 'ZALIM" sepatutnya tidak berlaku, apatah lagi kezaliman yang dilakukan oleh Presiden KTMB berdasarkan "undang-undang rimba"

Mudah-mudahan dengan Piket/ Demontrasi iaitu suara atau keluhan atau rintihan kesatuan sekerja didengari oleh pihak yang bertanggungjawab, demi memastikan hak Kesatuan Sekerja terpelihara serta kezaliman yang dilakukan oleh "DATUK ELIAS KADIR PRESIDEN KTMB" terhadap pemimpin - pemimpin, ahli-ahli RUM dan keluarga mereka dapat dihentikan dan dipulihkan dengan segera.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

02 Oktober 2014

LATEST UPDATE

KEZALIMAN DATUK ELIAS KADIR PRESIDEN KTMB

1. 40 Pegawai dan Ahli RUM telah "dibuang kerja tanpa notis".
2. 14 Pegawai dan Ahli RUM telah di "gantung kerja".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PIKET/DEMONTRASI ANJURAN MTUC

MTUC akan berpiket/demonstrasi di Pekarangan Ibu Pejabat KTMB pada 3.10.2014, Jam 3.00 petang, MTUC juga akan menyerahkan Memorandum kepada Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB.
Justeru itu ahli-ahli RUM yang "dibuang kerja tanpa notis", "gantung kerja", "penerima notis tunjuk sebab" atau yang bercuti adalah dikehendaki hadir.

Bagi pihak Majlis Eksekutif RUM, kami merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan "SOLIDARITY" kepada MTUC dan Kesatuan Gabungan MTUC.
Selamatkan KTMB Selamatlah Pekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Kata Pujangga RUM

Gambar Hiasan
Jangan simbah dengan air longkang, nanti di simbah dengan air tahi...
Maka....

Percikanlah dengan air wangian, akan dipercikan kembali hujan wangian....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Kepercayaan & Sahabat

Kepercayaan diberi perlu dibaja, disemai bagi memekar dan mewangikan kepercayaan. Manisnya kepercayaan andai kepercayaan itu dijaga dengan baik, maka jagalah kepercayaan itu dengan haruman yang mewangi.

Andai kepercayaan disimbah dengan air longkang, pastinya dia busuk, orang akan lari dan kepercayaan itu akan hilang.

Jagalah kepercayaan itu, kerana kepercayaan itu akan buat kita dihormati, andai kepercayaan itu disimbah dengan air longkang, maka balasan pula akan disimbah dengan air tahi.
Maka buktikan kepercayaan itu, kerana yang mencari kepercayaan adalah seorang yang digelar "sahabat". Sahabat bukan kawan, kerana kawan itu ribuan, sahabat itu hanya satu dalam seribu, tapi seorang sahabat akan kekal sehingga akhirat.

Maka kemelut yang berlaku ini adalah satu rahmat, kerana kita kenal siapa itu "SAHABAT".
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

30 September 2014

BANTUAN PERUBATAN/BANTUAN PINJAMAN

Pada semua yang terlibat dengan kes "pembuangan kerja tanpa notis" berhak untuk membuat tuntutan wang perubatan dengan mengemukakan resit perubatan, (Had Maksima RM 500.00)
Pada semua yang terlibat dengan "pembuangan kerja tanpa notis" dan "gantung kerja yang tidak menikmati gaji bulan September" layak untuk membuat "Pinjaman" berjumlah maksima RM 1.000.00, borang boleh didapati di Ibu Pejabat Kesatuan. Tujuan Bantuan Pinjaman ialah bagi menampung perbelanjaan kerana kehilangan pendapatan. (Pembayaran balik selepas dipulihkan kerja atau telah menerima wang tunggakan gaji").

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

KEKEJAMAN TERUS BERLELUASA

KEKEJAMAN TERUS BERLELUASA
BANGKIT....
BANGKIT....
BANGKIT....
Mana mungkin dibiarkan 35 Pemimpin RUM dibuang kerja....
Bangkit...Bangkit.... Bangkit...
Kita lawan abis-abisan....
Tidak sekali akan berundur..
Tidak sekali akan beralah...
Kita Bangkit menentang...
Kezaliman perlu dihapuskan...
Maruah RUM perlu dijaga..
Kita tentang abis-abisan....
Presiden KTMB hendaklah disingkirkan....
SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

KEKEJAMAN PRESIDEN KTMB

Setakat ini, lapuran yang diterima seramai :-
  1. 35 Pegawai RUM & Ahli RUM telah "dibuang kerja tanpa notis".
  2. 16 Pegawai & Ahli RUM di gantung kerja.

Lihatlah dunia kezaliman Datuk Elias Kadir Presiden KTMB menzalimi pemimpin kesatuan dan ahli-ahli RUM.

Kejam....kejam...kejam...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

29 September 2014

Surat Kesatuan Menjawab Notis Pengosongan Rumah Kuarters

Dipaparkan untuk Pengetahuan Ahli-Ahli dan Umum Surat Kesatuan Menjawab Notis Pengosongan Rumah Kuarters
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Bil : (05) dlm RUM 011/01
Tarikh : 29 September 2014

Kepada :

Puan Norhayah Deris
Pengurus
Kebajikan dan Perhubungan Pekerja
Keretapi Tanah Melayu Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur

DAN

YB. DATO’ SRI Ir. HJ NAWAWI BIN HJ AHMAD
PENGERUSI
LEMBAGA PENGARAH KTMB
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD
JALAN SULTAN HISHAMUDDIN
50621 KUALA LUMPUR

YB Dato’ Sri / Tuan,

NOTIS PENGOSONGAN KUARTERS KTMB.

Surat Tuan bertarikh 19 September 2014 kepada Abdul Razak Md Hassan, Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB dan R.Subramaniam Timbalan Presiden, Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB dengan no rujukan KTMB/HR/ERW/QRTS/LA/BLK E1-1 dan KTMB/HR/ERW/QRTS/LA/BLK B-11 adalah dirujuk

2. Dukacitanya dinyatakan bahawa tindakan Tuan mengeluarkan arahan notis pengosongan kuarters KTMB adalah tidak munasabah berdasarkan pembuangan kerja yang dilakukan oleh pihak Tuan bertarikh 29 Ogos 2014 adalah “tidak sah”.

3. Keputusan Tindakan Tatatertib terhadap Presiden Kesatuan dan Timbalan Presiden Kesatuan pada 29 Ogos 2014 adalah satu “kesalahan dan bertentangan” dengan Perjanjian Bersama dan Akta Perhubungan Perusahaan, maka “pembuangan kerja tanpa notis adalah tidak sah” justeru itu arahan “pengosongan rumah kuarters juga adalah tidak sah”, surat kesatuan bil 18 dlm RUM 025/02 dan bertarikh 3hb September 2014 adalah dirujuk untuk senang rujukan.

4. Pihak kesatuan ingin menegaskan bahawa pihak kesatuan juga telah mengemukakan aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan mengenai perlanggaran Seksyen 4 dan 5, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) terhadap pihak Tuan yang telah sewenang-wenangnya mengambil tindakan pembuangan kerja kepada Pemimpin Kesatuan yang menjalankan aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja serta mencampuri urusan kesatuan dan cuba meletakkan kesatuan di bawah pengaruh majikan. Ditegaskan bahawa sehingga kes ini masih di bawah Jabatan Perhubungan Perusahaan dan sehingga keputusan di Mahkamah Perusahaan “diawardkan” maka semua pembuangan kerja yang dilakukan oleh pihak Tuan terhadap semua pemimpin kesatuan dan ahli-ahli kesatuan yang menjalankan aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja adalah “tidak sah”.

5. Justeru itu “semua pemimpin kesatuan dan ahli-ahli kesatuan” yang menjalankan “aktiviti – aktiviti kesatuan sekerja sekerja” serta telah “dibuang kerja tanpa notis”, yang disebut sebagai “pembuangan kerja tanpa notis tidak sah” maka semua yang terlibat, telah diarahkan oleh pihak kesatuan selaras dengan keputusan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali ke 12 yang bersidang pada 23 - 25 September 2014 dengan ini “tidak akan mengosongkan rumah kuarters” sehingga badan kehakiman Mahkamah Perusahaan memutuskan keputusan.

Sekian, terima kasih

Yang menjalankan tugas

(ABDUL RAZAK MD HASSAN)
Presiden

Sk : -
Semua Menteri Kabinet

Y.BHG. DATO’ DR. MOHD IRWAN SERIGAR BIN ABDULLAH
KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN
KEMENTERIAN KEWANGAN
KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
ARAS 11, BLOK TENGAH
NO. 5, PERSIARAN PERDANA PRESINT 2
62592 PUTRAJAYA

Y.BHG. DATUK SERI LONG SEE WOOI
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
ARAS 7, PARCEL D5, PARCEL D
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62616 PUTRAJAYA

Surat Aduan Perlanggaran Seksyen 4

Dipaparkan Untuk Pengetahuan Ahli-ahli dan Umum Surat Aduan Perlanggaran Seksyen 4
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Bil : ( 05 ) dlm RUM 029/01
Tarikh : 29hb. Sept. 2014

Kepada:

Y.Brs. ENCIK FONG KHEI POR
Ketua Pengarah 
Jabatan Perhubungan Perusahaan 
Kementerian Sumber Manusia,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62503 Putrajaya

Salinan / Tindakan

YB. Datuk Richard Riot Jaem
Menteri Sumber Manusia
Aras 6-9, 
Blok D3, Parcel D, 
Pusat Pentadiran Kerajaan Persekutuan, 
62502 Putrajaya

dan

Y.Bhg. Dato’ Thomas George a/l M.S George
Ketua Setiausaha 
Kementerian Sumber Manusia 
Aras 9, Blok D3, Kompleks D 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62502 PUTRAJAYA

Tuan,

ADUAN PERLANGGARAN SEKSYEN (4) - ‘HAK- HAK PEKERJA DAN MAJIKAN’

Surat kesatuan ini di bawah rujukan ‘Bil (3)’ dalam siri yang sama bertarikh ‘14h. Julai 2014’ atas perkara ‘ADUAN PELANGGARAN SEKSYEN 5(1)(d)(ii)’, ada kaitan. Di sini kami ingin kaitkan satu lagi ‘ADUAN PELANGGARAN’, tetapi kali ini ‘PELANGGARAN’ ke atas ‘SEKSYEN (4)’ di bawah ‘AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967(AKTA 177)’ seperti pernyataan topik di atas.

2. Pada ‘KESATUAN’ ini ‘tiada sebarang keraguan lagi (beyond any shadow of doubt) bahawa pengurusan KTMB telah melanggari ‘SEKSYEN (4)-Hak-hak pekerja dan majikan - KLAUSA 4(1)’ secara sengaja. Suara arahan ‘secara terangan’ telah dijelaskan di bawah ‘KLAUSA 4(1)’ sebagai ‘perintah mutlak atau perintah dimestikan’’ tidak boleh campurtangan oleh sesiapa pun bagi menjamin persoalan maruah ‘KESATUAN’ agar tidak diletak di bawah pengaruh ‘majikan’ yang boleh mengakibatkan nanti ‘hilang penghormatan’ sedangkan ‘KESATUAN’ adalah sebuah ‘pertubuhan berasingan’ berintegriti yang ada hubung kait dengan ‘perundangan’ tetapi ‘for sure’ bidang kuasanya bukan di bawah ‘kawalan majikan’. Di bawah ini dipetikan (quote) pernyataannya sebagai berkata:-

‘(1) Tiada sesiapa pun boleh campurtangan dengan, menghalang atau memaksa seorang pekerja atau seorang majikan dalam menjalankan hak-haknya untuk menubuh dan membantu penubuhan dan memasuki suatu kesatuan sekerja dan untuk menyertai aktivi-aktiviti yang sah’.”

3. Komitmen ‘mendedah maklumat ’ sama ada secara ‘terbuka mahupun tidak’ adalah aktiviti daripada beberapa ‘AKTIVITI KESATUAN’ yang ‘dibenarkan oleh Akta’ ke atas organisasi pekerja dan telah dijanjikan juga kebenaran aktiviti sedemikian oleh ‘PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN’. Disedari ‘pendedahan maklumat secara terbuka’ kepada pihak luar akan memberi kesan tambahan yang ‘lebih effektif’ khususnya atas perlakuan ’PENGURUSAN / MAJIKAN’ bertindak membelakangkan undang-undang yang boleh menghasil ‘salah laku atau penyelewengan’.

4. Dalam erti kata lain bahawa ‘gerak aktiviti kesatuan’ adalah ‘luas dan ia bukan hanya tertumpukan kepada masalah tertentu sahaja’. Malahan ‘AKTIVITI KESATUAN’ adalah satu program pelbagaian atas perkara ‘kebolehjangkaan (predictability)’ selaras dengan kehendak ‘AKTA 262 - AKTA KESATUAN SEKERJA 1959’ .

5. Jaminan ‘tanpa diskriminasi dan bias’ sebagai penghakiman ke atas ‘TUJUAN-TUJUAN AKTIVITI KESATUAN’ telah diyakini suaranya dalam ‘AKTA 262 - AKTA KESATUAN SEKERJA 1959’ dijelaskan di bawah ‘SEKSYEN (2)-Tafsiran’ dipetik sedikit butiran mustahak sahaja yang berkaitan dengan subjek ‘KESATUAN’ menyatakan antara lain ialah :-

‘kesatuan sekerja’ atau ‘kesatuan’ ertinya apa-apa pertubuhan atau gabungan orang-orang kerja atau majikan-majikan, iaitu orang-orang kerja di mana tempat pekerjaan mereka di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak, mengikut mana yang berkenaan, atau majikan-majikan yang mengambil kerja orang-orang kerja di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak, mengikut yang berkenaan:- (a) dalam mana-mana penubuhan, tred, pekerjaan atau industri yang tertentu atau dalam apa-apa tred, pekerjaan atau industri yang serupa, dan (b) sama ada sementara atau tetap, dan (c) yang mempunyai di antara tujuan-tujuannya satu atau lebih daripada tujuan-tujuan yang berikut:- (bermula dari (i) dan (ia) dan (ii) dan (iia) dan (iii)).

6. Di sini ‘KESATUAN’ ini perlu mempertahankan kebenaran pernyataan hujah yang ‘bertanda garis di bawah perkataan (underline)‘ ’’ sebagai pernyataan penting ‘perundangan’ berkata ‘(c)yang mempunyai di antara tujuan-tujuannya satu atau lebih daripada tujuan-tujuan yang berikut’. Dalam kontek ini jelas mana-mana pihak tidak perlu secara sengaja mereka-rekakan ‘argumentasi’ sama ada melalui hujahan dalam ‘sebarang perbahasan’ mahu pun melalui tulisan seperti ‘NOTIS TUNJUK SEBAB’ kononnya bertujuan menentang peruntukan ‘AKTIVITI KESATUAN’ ini. Sikap prasangka yang diamalkan oleh ‘Pengurusan KTMB’ telah terbukti wujud penafian kebenaran hak ‘AKTIVITI KESATUAN’ melampaui keraguan munasabah (beyond reasonable doubt) bahawa ianya adalah peruntukan yang dijaminkan oleh ‘AKTA’ selaku undang-undang tertinggi.

7. Dalam menentukan letak-duduknya isu ini jelas pihak ‘MAJIKAN KTMB’ telah mencabuli urusan hak ‘AKTA’ dengan mengenakan ‘NOTIS TUNJUK SEBAB’ kepada ‘Seratus Lapan Belas (118)’ pekerja-pekerja kerana ‘BERPIKET’. Bersama-sama ini dikepilkan sesalinan dokumen ‘NOTIS TUNJUK SEBAB’ yang ditujukan ke atas salah seorang mangsa daripada kesemua mangsa seramai ‘Seratus Lapan Belas (118)’ orang bagi tujuan keterangan ‘sebagai bukti kukuh’ yang ’Pengurusan KTMB’ telah ’campurtangan’. Perlakuan ini jelas mencerminkan menghalang ahli-ahli kesatuan menyertai ‘aktivi-aktiviti yang sah’.

8. Pihak ‘KESATUAN’ pasti mempertahankan kebenaran ‘hak peruntukan AKTA’ dengan ’memberi jawapan secara hitam putih’ sebagai respon kepada ‘NOTIS TUNJUK SEBAB’ dengan menyatakan bahawa kejadian seperti dinyatakan dalam dokumen ‘NOTIS TUNJUK SEBAB’ adalah ‘AKTIVITI KESATUAN’ di atas ‘platform KESATUAN SEKERJA’ yang ‘dibenarkan oleh Akta’.

9. Kesimpulannya pihak ‘Pengurusan KTMB’ gagal mentadbirkan syarikat KTMB bukan ditegakkan atas landasan ‘meneladani secara tertib dan beradab’ sebaliknya menghasilkan kes terus terang atau kes tidak boleh berdalih ‘SALAHGUNA KUASA’ melalui ‘penyelewengan atau pelanggaran SEKSYEN (4)-Hak-hak pekerja dan majikan’.

10. Dalam kontek ‘mencari kebenaran’ atas perkara ‘fundamental’ tentang kebenaran ‘hak Akta yang kuasanya secara mutlak tidak bersyarat (Absolute and unqualified)’, maka ‘KESATUAN’ ini tiada pilihan lain melainkan menyahut seruan dan maksud ‘SEKSYEN (8) - RUJUKAN ADUAN KE MAHKAMAH PERUSAHAAN’ khususnya perhatian diberi pada ‘KLAUSA (2)’ atas perkara ‘suai-manfaat untuk menyelesai aduan’.

11. Akhir kata, ‘KESATUAN’ ini merakamkan ‘ucapan terima kasih’ dan berharap kes ini dapat diselesaikan dengan segera.

Terima kasih.

Yang benar,

(ABDUL RAZAK MD HASSAN)
Presiden

USUL PERSIDANGAN PERWAKILAN (SAMAN)

Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali Kali Ke 12 telah memutuskan :-

1. Surat saman KTMB melalui peguam KTMB telah diputuskan secara sebulat suara menolak semua pernyataan "defamatory letters", pihak RUM bersedia berdepan di Mahkamah berdasarkan peruntukan Akta Kesatuan Sekerja.

2. Persidangan juga memutuskan secara sebulat suara mengambil tindakan "Saman" terhadap KTMB, PRESIDEN KTMB, PENGURUS BESAR KORPORAT, PENGURUS KANAN TEKNIKAL, PENGURUS BESAR BAKAT & PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN PENGURUS KANAN BAKAT & PEMBANGUNAN ORGANISASI. Tindakan sedemikian akan diambil berdasarkan kesesuaian waktu dan perkembangan terkini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PERJUANGAN DITERUSKAN

Minggu lepas kesibukan dengan Persidangan Perwakilan, maka kini kembali "all out" untuk mengerakkan kerja mengatasi masalah kemelut yang berlaku dengan "MENENTANG KEZALIMAN DATUK ELIAS KADIR PRESIDEN KTMB".

Pihak - pihak antarabangsa telah pun menghubungi RUM mengenai apa yang berlaku, mereka mula memandang serius mengenai "pembuangan kerja tanpa notis" terhadap kepimpinan kesatuan yang berpiket menjalankan "aktiviti kesatuan sekerja", mereka kini sedang menunggu lapuran lengkap dari pihak RUM mengenai tindakan yang dilakukan oleh Presiden KTMB untuk "membunuh kesatuan" (union busting). RUM akan menghantar lapuran lengkap bila sampai tempoh yang telah ditetapkan bagi mencari ruang penyelesaian dalaman.

Sokongan "solidarity dari kesatuan gabungan di Malaysia" juga sedang bergerak, malah difahamkan tindakan-tindakan tertentu sedang diambil, tindakan "union busting" adalah satu tindakan yang "paling keji" dilakukan oleh mana-mana majikan, maka RUM mengalu-alukan semua sokongan solidarity dari kepimpinan kesatuan sekerja di Malaysia.

In Syaa Allah hari ini pihak RUM akan membuat "aduan rasmi" kepada Ketua Pengarah, Jabatan Perhubungan Perusahaan mengenai perlanggaran Akta di bawah "seksyen 4", tindakan sedemikian perlu diambil untuk mengajar "majikan khususnya Datuk Elias Kadir Presiden KTMB" yang cuba meletakkan RUM di bawah "pengaruh majikan".

RUM juga akan bergerak lebih jauh selaras dengan keputusan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan yang ke 12, yang telah diputuskan secara "sebulat suara", maka gerakan - gerakan yang dibenarkan melalui peruntukan Akta akan diambil melalui satu tempoh yang telah diputuskan.

"KEZALIMAN DATUK ELIAS KADIR PRESIDEN KTMB" perlu ditamatkan segera demi mengembalikan "situasi aman" dan "keharmonian perusahaan" terwujud kembali seperti zaman mantan-mantan Pengarah Urusan KTMB yang terdahulu.

Matlamat RUM secara jelas dan nyata demi "Selamatkan KTMB Selamatlah Pekerja" maka Datuk Elias Kadir Presiden KTMB perlu disingkirkan dari KTMB, "KEZALIMAN DAN PENGANIAYAAN" yang dilakukan terhadap "kepimpinan kesatuan" tidak boleh "DIMAAFKAN", justeru itu semua tindakan yang dibenarkan akan diambil tanpa teragak - agak.

Semua ahli-ahli RUM hendaklah bersiap sedia tanpa rasa gentar dan takut, "hak berkesatuan" hendaklah terus dipegang erat tanpa membenarkan sebarang anasir yang berkepentingan untuk menjahamkan atau memusnahkan Kesatuan Pekerja2 KTMB ( RUM ).

"Alang - alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan"
RAILWAYMEN UNION OF MALAYA tidak akan sesekali berganjak, darah yang mengalir dalam kepimpinan RUM adalah mewarisi "DARAH PAHLAWAN", "DONALD UREN" sentiasa terpahat dihati kami, kami adalah pejuang "GENERASI RUM ABAD INI".

Barisan kepimpinan RUM tetap berdiri megah berjuang menegakkan kebenaran dan mengancurkan "kezaliman".

"Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai"

"SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

28 September 2014

Sekitar Persidangan Perwakilan RUM (gambar)