03 Oktober 2014

PIKET / Demontrasi MTUC 3.10.2014

MTUC berpiket / demontrasi secara aman dengan satu tujuan membantah pembuangan kerja Pemimpin dan Ahli RUM, kerana tindakan sedemikian adalah membunuh kesatuan sekerja (UNION BUSTING) Maka itu MTUC akan memohon semua yang dibuang kerja dan digantung kerja dipulihkan jawatannya kembali.

Inilah namanya Solidarity, cubit peha kiri, peha kanan rasa sakit, maka petang ini MTUC akan hadir untuk menyerahkan Memorandum kepada Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB agar pembuangan kerja ini ditarik balik, kerana pembuangan kerja ini adalah "TIDAK SAH".

Tindakan "ZALIM" dengan buang kerja seramai "40 pemimpin dan ahli-ahli RUM" adalah satu tindakan dahsyat yang mengancurkan kehidupan seorang pekerja dan keluarganya, maka itu tindakan 'ZALIM" sepatutnya tidak berlaku, apatah lagi kezaliman yang dilakukan oleh Presiden KTMB berdasarkan "undang-undang rimba"

Mudah-mudahan dengan Piket/ Demontrasi iaitu suara atau keluhan atau rintihan kesatuan sekerja didengari oleh pihak yang bertanggungjawab, demi memastikan hak Kesatuan Sekerja terpelihara serta kezaliman yang dilakukan oleh "DATUK ELIAS KADIR PRESIDEN KTMB" terhadap pemimpin - pemimpin, ahli-ahli RUM dan keluarga mereka dapat dihentikan dan dipulihkan dengan segera.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • KERETAPI INDONESIA. Presiden Keretapi Indonesia (Pak Jonan Ignasius) berjaya memulihkan (turn around) Keretapi Indonesia dalam tempoh 2 tahun. Satu ketika Keretapi Indonesia ketinggalan di belakang Keretapi Tanah Melayu Berhad, kini dengan… Read More
  • PRESIDEN RUM AKUI MEMANG TIDAK CERDIK. Presiden RUM memang tidak cerdik Kerana "dapat" bezakan "ROS" dan "RTU"... maklumlah Presiden RUM hanya bersekolah setakat darjah enam sahaja, lagi pun Presiden RUM hanya seorang "kuli". Dalilnya semua "top level man… Read More
  • PELIK @ TIDAK FAHAM! Pihak RUM sudah tidak faham dengan Jabatan Pembangunan Bakat dan Organisasi (human resource) yang membenar perkara - perkara yang bertentangan dengan Perjanjian Bersama dan Akta Perhubungan Perusahaan di benarkan, apakah J… Read More
  • SOLIDARITY ITF Semua surat sokongan "solidarity" dari seluruh perkeretapian antarabangsa gabungan International Transport Federation ( ITF ) telah mula dikirimkan kepada YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malays… Read More
  • GRAND SACKING IN MALAYSIA SEHINGGA PTG INI, PEMBUANGAN KERJA TANPA NOTIS TELAH MENCAPAI 50 ORANG PEMIMPIN DAN AHLI RUM. SEJARAH TERTINTA TAHNIAH DATO PRESIDEN KTMB, DATO TELAH MENCETUSKAN SEJARAH "GRAND UNION BUSTING" DI NEGARA INI. INI SATU KEJA… Read More