29 Oktober 2014

29.10.2014 (Genap 2 bulan)

Genap 2 bulan Presiden dan Timbalan Presiden RUM "di buang kerja tanpa notis" oleh Datuk Elias Kadir Presiden KTMB. Pembuangan kerja ini jelas adalah "tidak sah" berdasarkan peruntukan "Perjanjian Bersama" dan peruntukan undang-undang.

Tindakan ini secara nyata mewujudkan "UNION BUSTING" secara langsung untuk membunuh "RAILWAYMEN UNION OF MALAYA" (RUM).

Kemelut ini sama sekali tidak melibatkan Keretapi Tanah Melayu Berhad atau Pengurusan KTMB, ianya melibatkan "PERSONALITI" yang jelas gagal menjalankan tanggungjawab memulihkan KTMB dan menjejaskan keselamatan pekerja dan penumpang KTMB, dalilnya dokumen - dokumen RUM sebanyak 27 pucuk surat dan beberapa kali mesyuarat Majlis Bersama Pusat dan Mesyuarat Keselamatan Kesihatan Pekerjaan dan Kesihatan Induk KTMB. "PERSONALITI" ianya telah dilabelkan "NON PERFORMING PRESIDENT", tidak lain tidak bukan iaitu Datuk Elias Kadir Presiden KTMB. "Kenyataan ini telah diakui baru-baru ini oleh YB Timbalan Menteri Kewangan di sidang parlimen iaitu "PERSONALITI". Piket RUM semata-mata dengan hasrat murni iaitu "SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA".

Diikuti "pembuangan kerja tanpa notis" selanjutnya, kini sejumlah secara keseluruhan 41 pemimpin RUM dan Ahli RUM telan "dibuang kerja tanpa notis" dan sejumlah 40 orang pemimpin dan ahli RUM telah "digantung kerja". Tindakan ini adalah satu tindakan "ZALIM" yang membunuh kehidupan seorang yang digelar "PEKERJA", berjuang atas "TIKET" atau "PLATFORM" kesatuan sekerja selaras dengan peruntukkan Akta Kesatuan Sekerja dan Akta Perhubungan Perusahaan.
Tindakan Presiden KTMB telah mengheret kemelut ini pada tahap kritikal sehingga boleh mengakibatkan satu tindakan agresif oleh RUM, malah RUM bermula bulan November ini akan mengerakkan jentera untuk mendapatkan sokongan "SOLIDARITY" di peringkat antarabangsa, demi memastikan "penindasan dan kezaliman" ini dihentikan. Tindakan Presiden KTMB secara langsung "boleh dianggap" menjejaskan imej Kerajaan Malaysia kerana KTMB adalah milik "KERAJAAN MALAYSIA" secara jelas MAJIKAN ialah "KERAJAAN MALAYSIA".

Babak penyelesaian mula wujud, cuma sedikit kelewatan, beberapa siri perbincangan telah pun diadakan di pimpin oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia atas arahan YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia, perbincangan turut dihadiri oleh Setiausaha Politik Kementerian Kewangan mewakili YAB Dato ' Sri Perdana Menteri, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, barisan Pegawai Tertinggi Jabatan Perhubungan Perusahaan di ketuai Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan, Presiden KTMB serta pengurusan KTMB dan Pegawai Tertinggi RUM.

Penangguhan perbincangan disebabkan oleh kegagalan mendapatkan persetujuan dari Presiden KTMB yang meletakkan syarat yang tidak sepatutnya, sedangkan pihak RUM telah difahamkan bahawa arahan dari YAB Dato Sri Perdana Menteri ialah "SELESAIKAN", malah melalui kenyataan YB Timbalan Menteri Sumber Manusia Dato Sri Ismail ialah penyelesaian mestilah berdasarkan "WIN - WIN SITUATION".

Maka itu RUM beranggapan bahawa "WIN - WIN SITUATION" adalah satu kaedah yang terbaik untuk penyelesaian kemelut ini, maka pihak RUM akur dengan semua cadangan YB Timbalan Menteri Sumber Manusia malah cadangan Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB juga RUM turut akur kerana RUM beranggapan bahawa cadangan yang dikemukakan oleh Yb Timbalan Menteri Sumber Manusia dan Pengerusi KTMB adalah cadangan dari "KERAJAAN", makanya RUM bersetuju syarat yang ditetapkan oleh "KERAJAAN" berdasarkan "win - win situation".

Dukacitanya Presiden KTMB masih berkeras dan mahu mengekalkan syarat yang telah ditetapkan, maka disebabkan syarat Presiden KTMB maka perbincangan telah ditangguhkan.
Kelewatan juga berlaku disebabkan juga ketidakbolehan Pengerusi KTMB untuk menghadiri atau menguruskan perbincangan selanjutnya disebabkan Pengerusi KTMB membuat lawatan kerja ke Jepun, makanya tertangguhlah proses perundingan bagi mewujudkan penyelesaian.
Mudah-mudahan minggu ini perbincangan yang diharapkan dapat diadakan dengan kadar segera, perlu disedari bahawa 41 orang yang dibuang kerja kini menanggung beban kewangan yang teruk, masalah keluarga, masalah perubatan, masalah rumah kuarters, yang paling ketara beban persekitaran yang boleh menganggu mental keluarga khususnya isteri atau suami yang isterinya "dibuang kerja tanpa notis".

RUM merayu YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia mencampurtangan sekali lagi bagi menyegerakan proses penyelesaian ini, kerana kami yakin YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia tidak berkeinginan kemelut ini berpanjangan berdasarkan ayat "SELESAIKAN".

Semoga dan harapan, kemelut ini dapat diselesaikan dengan segera, kepada Allah Swt kami bermohon, penganiayaan dan kezaliman ini dihentikan segera.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB