Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar, Walillahilham
Dalam perjuangan perlukan pengorbanan maka sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini sungguh bermakna bagi kami seramai 40 pemimpin dan Ahli-ahli RUM yang terkorban dengan "pembuangan kerja tanpa notis" dalam usaha memperjuangkan "SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA".
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Swt, pengorbanan ini bukanlah sia - sia, pengorbanan ini membuktikan kami ikhlas dalam memperjuangkan hak kami sebagai Kesatuan Sekerja, menjalankan aktiviti-aktivii kesatuan.
Kami redha dalam memperjuangkan hak, sehingga kami "dibuang kerja tanpa notis", tanpa pengorbanan apalah erti perjuangan.
Namun perjuangan ini tidak terhenti, kezaliman, penindasan dan penganiayaan hendaklah ditentang, ianya tidak boleh dibiarkan kerana ianya sebagai satu "virus" yang boleh merebak sehingga mewujudkan satu destinasi "HAMBA ABDI ZAMAN MODEN" iaitu membunuh kesatuan sekerja (union busting), tanpa kesatuan sekerja dimana lagi "suara pekerja" maka jadilah "hamba abdi".
Kita ingin maju, kita inginkan transformasi, kita ingin satu matlamat mencapai kejayaan, kejayaan untuk KTMB dan juga pekerja, tapi matlamat ini tidak akan tercapai, andai sikap kepura-puraan terwujud dalam diri, maka kita perlu bangkit menentang segala usaha "yang berniat jahat". Justeru itu setiap usaha kita dalam mencapai matlamat maka kita perlu berkorban, In Syaa Allah pengorbanan kita tidak sia - sia demi KTMB dan Pekerja yang kita sayangi.
Dengan kedatangan Hari Raya Aidiladha, kita berdoa ke hadrat Allah Swt, semoga pengorbanan yang kita lakukan untuk "Selamatkan KTMB dan Selamatkan Pekerja" beroleh kejayaan, segala kezaliman, penindasan dan penganiayaan dapat dihentikan.
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar, Walillahilham
Sempena Hari Raya Aidiladha ini, saya bagi pihak Majlis Eksekutif Kesatuan Pekerja2 KTMB mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.
Maaf Zahir & Batin
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB