07 Oktober 2014

KES RUM MUNGKIN DI RUJUK PADA GABUNGAN LUAR NEGARA


Kesatuan Pekerja2 KTMB sedang memikirkan untuk membawa isu pembuangan kerja tanpa notis sehingga ke peringkat luar negara iaitu melalui International Transport Federation (ITF) beribupejabat di London dan World Federation Trades Union (WFTU) beribupejabat di Greece dan International Labour Organisations (ILO).

Lapuran lengkap sedang disediakan bagi mendapatkan sokongan serta tindakan tertentu dari pihak luar negara.

Tindakan sedemikian perlu diambil bagi memastikan nasib semua pemimpin kesatuan dan ahli-ahlinya terbela atas tindakan zalim Datuk Elias Kadir Presiden KTMB. Tindakan ini juga bagi memastikan pembunuhan kesatuan sekerja (UNION BUSTING) dapat dihentikan dengan kadar segera.

Tempoh masa makin hari makin berjalan, kezaliman terus berleluasa, tindakan sedemikian tidak boleh dibenarkan, tiada pilihan lain, selain memohon bantuan dalam negara, maka RUM juga "terpaksa" meminta bantuan luar negara.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB