16 Oktober 2014

KEMELUT PRESIDEN KTMB VS RUM

Suka dijelaskan kepada semua yang terlibat dalam kemelut ini khususnya 41 pemimpin dan ahli kesatuan yang "dibuang kerja tanpa notis" bahawa proses penyelesaian sedang berjalan, beberapa perundingan telah pun dijalankan yang di pengerusikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia atas arahan YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.

Perundingan ini memerlukan penapisan yang terperinci bagi memastikan kedua-dua pihak iaitu Datuk Elias Kadir Presiden KTMB dan Kesatuan Pekerja2 KTMB mencapai persetujuan di bawah "win - win situation".

Namun begitu, suka dijelaskan bahawa pihak kesatuan terpaksa berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan demi memastikan semua yang terlibat dalam kemelut ini tidak mengalami sebarang kerugian, dalam masa yang sama memastikan hak ahli-ahli dan kesatuan sekerja selaras dengan peruntukkan undang-undang terus dipelihara.

Justeru itu, semua ahli-ahli harap bersabar, perkukuhkan perpaduan dan tingkatkan kekuatan untuk terus berjuang. Gerak kerja kesatuan dalam berjuang menegakkan kebenaran tetap akan diteruskan bagi memastikan kebenaran ditegakkan. RUM sebagai organisasi Kesatuan Sekerja tidak akan sesekali abaikan prinsip "kesatuan sekerja".

Dalam masa yang sama, marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Allah Swt agar kemelut ini dapat diselesaikan segera.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB