Semua orang luar nampak, semua mantan pekerja KTMB nampak, semua ini telah perkatakan melalui RUM, tapi kesudahannya pemimpin di buang kerja.
Setahun berbicara awalan kemasukan Presiden KTMB, RUM percaya dengan "keharmonian perusahaan" pujuk, nasihat beri pandangan, tapi "ibarat mencurahkan air di daun keladi".
Selepas setahun tiada pergerakan maka RUM mula mengunakan persuratan, malangnya SURAT RUM juga tidak berjawab.
Bulan Disember 2013 RUM memberi amaran akan berpiket, namun tiada di endahkan, maka berpiketlah RUM tanggal 9 MEI 2014 dengan matlamat "Selamatkan KTMB Selamatlah Pekerja" itu dengan niat menyingkirkan Presiden KTMB yang ditakrifkan sebagai "non performing president" iaitu memastikan KTMB di pulihkan dan keselamatan pekerja dan penumpang terjamin.
Berlembut sudah, bertegas sudah maka berkeraslah pula, semua itu adalah sebahagian dari "aktiviti kesatuan" yang dibenarkan oleh Akta 177.
Maka dengan niat ikhlas, dalam perjuangan selamatkan KTMB "PEMIMPIN & AHLI RUM seramai 41 orang telah "dibuang kerja tanpa notis"
Apakah dengan niat yang ingin menyelamatkan KTMB maka dalam satu platform Kesatuan Sekerja maka hukumannya adalah "dibuang kerja".
Dimanakah keadilan?
Apakah penganiayaan dan kezaliman boleh dibenarkan berlaku?
Mudah-mudahan kemelut kezaliman, penindasan terhadap semua yang terlibat di bawah aktiviti kesatuan sekerja dapat diselesaikan.
Sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah Swt kezaliman dan penindasan ini dihentikan segera.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB