03 Oktober 2014

KELUHAN DAN RINTIHAN

Harapan setinggi gunung, Piket anjuran MTUC sokongan "solidarity" kepada RUM, ini didengari oleh YAB Dato Sri Haji Mohd Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.

Tiga (3) bulan berlalu iaitu pengeluaran "notis tunjuk sebab" sehingga sebulan yang lalu bermula 29.8.2014 "buang kerja tanpa notis" bermula dengan Presiden dan Timbalan Presiden RUM sehingga 3 Oktober 2014 seramai 40 orang telah "dibuang kerja tanpa notis", masih belum dapat sebarang keputusan pemulihan, pergerakan teramat perlahan sehingga mengakibatkan bulan September 2014, yang terlibat dengan "buang kerja tanpa notis" tidak menerima gaji bulan, mengakibatkan kehilangan pendapatan untuk berbelanja pada bulan seterusnya, apa tah lagi dalam keadaan menyambut Aidil Adha, maka ramai yang terkorban dalam memperjuangkan "Selamatkan KTMB Selamatlah Pekerja".
Rata-rata pekerja berpendapatan rendah, tidak mempunyai simpanan, kehilangan faedah perubatan amat dirasai, kini pembayaran untuk rawatan terpaksa ditanggung sendiri, rumah kuarters bakal diusir, maka pekerja yang berpendapatan rendah yang tidak mampu membeli rumah, terpaksa mencari rumah lain, kalau di bandar, rumah sewa manakah yang paling murah, itu belum untuk menanggung anak-anak yang bersekolah maupun yang berada di pusat pengajian tinggi, maka tanpa kerjaya yang berpuluh tahun telah berkhidmat dengan KTMB hilang sekelip mata.

Inilah nasib sebagai seorang pejuang, berjuang untuk kepentingan KTMB yang disayangi, berjuang untuk pekerja demi masa depan mereka, berjuang untuk kepentingan pengguna iaitu rakyat yang menggunakan perkhidmatan keretapi agar tahap keselamatan terjamin serta memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna akhirnya terkorban ditangan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB yang "ZALIM" dan "MENINDAS" kami Pemimpin dan ahli-ahli RUM yang berjuang demi masa depan KTMB dan Pekerja.

Mudah-mudahan keluhan dan rintihan ini didengari, kezaliman dihapuskan, pekerjaan dipulihkan, hubungan keharmonian perusahaan yang menjadi tonggak kepada kemajuan KTMB dapat dikembali dan dipulihkan.

Kami Pemimpin RUM sentiasa inginkan KTMB menjadi sebuah Syarikat yang berdaya maju, mampu meraih keuntungan dan faedah dari keuntungan KTMB mampu meningkatkan gaji mengikut pasaran, kerana keluhan pekerja adalah kerana gaji yang rendah berbanding sektor awam atau syarikat perkeretapian yang lain atau syarikat - syarikat yang diswastakan sezaman dengan KTMB.
Inilah harapan Pemimpin Kesatuan Pekerja2 KTMB (RUM) yang mengharapkan masa depan KTMB dan Pekerja terus cemerlang di arus pembangunan dan mencapai wawasan 2020.

"Selamatkan KTMB Selamatlah Pekerja"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB