Minggu lepas kesibukan dengan Persidangan Perwakilan, maka kini kembali "all out" untuk mengerakkan kerja mengatasi masalah kemelut yang berlaku dengan "MENENTANG KEZALIMAN DATUK ELIAS KADIR PRESIDEN KTMB".
Pihak - pihak antarabangsa telah pun menghubungi RUM mengenai apa yang berlaku, mereka mula memandang serius mengenai "pembuangan kerja tanpa notis" terhadap kepimpinan kesatuan yang berpiket menjalankan "aktiviti kesatuan sekerja", mereka kini sedang menunggu lapuran lengkap dari pihak RUM mengenai tindakan yang dilakukan oleh Presiden KTMB untuk "membunuh kesatuan" (union busting). RUM akan menghantar lapuran lengkap bila sampai tempoh yang telah ditetapkan bagi mencari ruang penyelesaian dalaman.
Sokongan "solidarity dari kesatuan gabungan di Malaysia" juga sedang bergerak, malah difahamkan tindakan-tindakan tertentu sedang diambil, tindakan "union busting" adalah satu tindakan yang "paling keji" dilakukan oleh mana-mana majikan, maka RUM mengalu-alukan semua sokongan solidarity dari kepimpinan kesatuan sekerja di Malaysia.
In Syaa Allah hari ini pihak RUM akan membuat "aduan rasmi" kepada Ketua Pengarah, Jabatan Perhubungan Perusahaan mengenai perlanggaran Akta di bawah "seksyen 4", tindakan sedemikian perlu diambil untuk mengajar "majikan khususnya Datuk Elias Kadir Presiden KTMB" yang cuba meletakkan RUM di bawah "pengaruh majikan".
RUM juga akan bergerak lebih jauh selaras dengan keputusan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan yang ke 12, yang telah diputuskan secara "sebulat suara", maka gerakan - gerakan yang dibenarkan melalui peruntukan Akta akan diambil melalui satu tempoh yang telah diputuskan.
"KEZALIMAN DATUK ELIAS KADIR PRESIDEN KTMB" perlu ditamatkan segera demi mengembalikan "situasi aman" dan "keharmonian perusahaan" terwujud kembali seperti zaman mantan-mantan Pengarah Urusan KTMB yang terdahulu.
Matlamat RUM secara jelas dan nyata demi "Selamatkan KTMB Selamatlah Pekerja" maka Datuk Elias Kadir Presiden KTMB perlu disingkirkan dari KTMB, "KEZALIMAN DAN PENGANIAYAAN" yang dilakukan terhadap "kepimpinan kesatuan" tidak boleh "DIMAAFKAN", justeru itu semua tindakan yang dibenarkan akan diambil tanpa teragak - agak.
Semua ahli-ahli RUM hendaklah bersiap sedia tanpa rasa gentar dan takut, "hak berkesatuan" hendaklah terus dipegang erat tanpa membenarkan sebarang anasir yang berkepentingan untuk menjahamkan atau memusnahkan Kesatuan Pekerja2 KTMB ( RUM ).
"Alang - alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan"
RAILWAYMEN UNION OF MALAYA tidak akan sesekali berganjak, darah yang mengalir dalam kepimpinan RUM adalah mewarisi "DARAH PAHLAWAN", "DONALD UREN" sentiasa terpahat dihati kami, kami adalah pejuang "GENERASI RUM ABAD INI".
Barisan kepimpinan RUM tetap berdiri megah berjuang menegakkan kebenaran dan mengancurkan "kezaliman".
"Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai"
"SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA"
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB