Tindakan sedemikian adalah satu cara yang salah dan bertentangan dengan Akta 177.
Tindakan sedemikian adalah dengan niat jahat menakutkan ahli-ahli kesatuan sekerja seterusnya boleh melumpuhkan kesatuan sekerja bukan sahaja dari segi kewujudan Kesatuan Sekerja sedia ada tapi menakutkan kewujudan pekerja untuk menubuhkan Kesatuan Sekerja di Negara ini.
Apakah pengertian penubuhan Akta Kesatuan Sekerja dan Akta Perhubungan Perusahaan?
Di manakah konvensyen ILO yang telah dipersetujui oleh 3 anggota yang bergabung di bawah ILO, Kerajaan, Majikan dan Pekerja?
Adakah ini satu cara membunuh Kesatuan Sekerja, maka memberi kuasa kepada MAJIKAN berleluasa mengunakan undang-undang rimba dengan tidak mematuhi Undang-undang yang tersedia serta konvensyen ILO.
Apakah akan tenggelam SUARA PEKERJA?
BANGKIT.... BANGKIT...BANGKIT...
WAHAI SEMUA PEJUANG KAUM PEKERJA....
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB