26 September 2014

KEYAKINAN

RUM sentiasa yakin bahawa kemelut ini dapat diselesaikan dalam sedikit waktu, usaha-usaha gigih dengan bantuan pihak pihak tertentu dan sahabat akan membuahkan hasil.

Keyakinan RUM sangat tinggi berdasarkan pertemuan dengan YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia yang sentiasa senyum, walaupun tidak memberi jawapan balas, kerana pertemuan itu di hadapan khalayak ramai. "SENYUMAN" YAB Dato Sri memberi pengertian yang sangat bermakna kepada kami pemimpin RUM.

Keyakinan RUM juga berdasarkan kepada KTMB adalah milik Kementerian Kewangan Di Perbadankan, secara langsung adalah di bawah tanggungjawab Menteri Kewangan, maka Menteri Kewangan Malaysia adalah juga YAB Perdana Menteri Malaysia, justeru itu keyakinan sangat kuat, bahawa YAB Dato' Sri Perdana Menteri "pasti" tidak akan merestui tindakan "ZALIM" yang dicetuskan oleh Datuk Elias Kadir Presiden KTMB dengan pembuangan kerja Pemimpin Kesatuan.
Maka itu Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan yang ke 12 memberi keyakinan kepada YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak mencampuri dengan segera bagi menyelesaikan kemelut ini dengan segera, demi memberhentikan tindakan "ZALIM" ke atas pekerja KTMB yang menjalankan aktiviti-aktivii kesatuan sekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB