19 September 2014

KEKEJAMAN TERUS BERLELUASA

Maklumat yang diterima ialah saya selaku Presiden RUM akan menerima surat mengosongkan rumah kuarters sebelum 30 September 2014, maka selepas ini semua yang menerima "buang kerja tanpa notis" juga akan menerima nasib yang sama, ada yang belum beli rumah, ada yang tidak berkemampuan beli rumah, maka kami yang "dibuang kerja tanpa notis" akan merempat, ini lah nasib kami yang berjuang untuk SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA.



Perjuangan sentiasa ada cabaran, maka cabaran kami sebagai PEJUANG RUM akhirnya akan merempat di tanah air tercinta. 

Syukur Alhamdulillah, semua yang berlaku pasti ada hikmah, semangat juang semakin tinggi, biar kami merempat, Demi KTMB dan Pekerja kami rela terkorban, kerana kami adalah "UNIONIST".

TERIMA KASIH KERANA TERUS MENZALIMI KAMI.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB