29 September 2014

Surat Aduan Perlanggaran Seksyen 4

Dipaparkan Untuk Pengetahuan Ahli-ahli dan Umum Surat Aduan Perlanggaran Seksyen 4
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Bil : ( 05 ) dlm RUM 029/01
Tarikh : 29hb. Sept. 2014

Kepada:

Y.Brs. ENCIK FONG KHEI POR
Ketua Pengarah 
Jabatan Perhubungan Perusahaan 
Kementerian Sumber Manusia,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62503 Putrajaya

Salinan / Tindakan

YB. Datuk Richard Riot Jaem
Menteri Sumber Manusia
Aras 6-9, 
Blok D3, Parcel D, 
Pusat Pentadiran Kerajaan Persekutuan, 
62502 Putrajaya

dan

Y.Bhg. Dato’ Thomas George a/l M.S George
Ketua Setiausaha 
Kementerian Sumber Manusia 
Aras 9, Blok D3, Kompleks D 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62502 PUTRAJAYA

Tuan,

ADUAN PERLANGGARAN SEKSYEN (4) - ‘HAK- HAK PEKERJA DAN MAJIKAN’

Surat kesatuan ini di bawah rujukan ‘Bil (3)’ dalam siri yang sama bertarikh ‘14h. Julai 2014’ atas perkara ‘ADUAN PELANGGARAN SEKSYEN 5(1)(d)(ii)’, ada kaitan. Di sini kami ingin kaitkan satu lagi ‘ADUAN PELANGGARAN’, tetapi kali ini ‘PELANGGARAN’ ke atas ‘SEKSYEN (4)’ di bawah ‘AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967(AKTA 177)’ seperti pernyataan topik di atas.

2. Pada ‘KESATUAN’ ini ‘tiada sebarang keraguan lagi (beyond any shadow of doubt) bahawa pengurusan KTMB telah melanggari ‘SEKSYEN (4)-Hak-hak pekerja dan majikan - KLAUSA 4(1)’ secara sengaja. Suara arahan ‘secara terangan’ telah dijelaskan di bawah ‘KLAUSA 4(1)’ sebagai ‘perintah mutlak atau perintah dimestikan’’ tidak boleh campurtangan oleh sesiapa pun bagi menjamin persoalan maruah ‘KESATUAN’ agar tidak diletak di bawah pengaruh ‘majikan’ yang boleh mengakibatkan nanti ‘hilang penghormatan’ sedangkan ‘KESATUAN’ adalah sebuah ‘pertubuhan berasingan’ berintegriti yang ada hubung kait dengan ‘perundangan’ tetapi ‘for sure’ bidang kuasanya bukan di bawah ‘kawalan majikan’. Di bawah ini dipetikan (quote) pernyataannya sebagai berkata:-

‘(1) Tiada sesiapa pun boleh campurtangan dengan, menghalang atau memaksa seorang pekerja atau seorang majikan dalam menjalankan hak-haknya untuk menubuh dan membantu penubuhan dan memasuki suatu kesatuan sekerja dan untuk menyertai aktivi-aktiviti yang sah’.”

3. Komitmen ‘mendedah maklumat ’ sama ada secara ‘terbuka mahupun tidak’ adalah aktiviti daripada beberapa ‘AKTIVITI KESATUAN’ yang ‘dibenarkan oleh Akta’ ke atas organisasi pekerja dan telah dijanjikan juga kebenaran aktiviti sedemikian oleh ‘PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN’. Disedari ‘pendedahan maklumat secara terbuka’ kepada pihak luar akan memberi kesan tambahan yang ‘lebih effektif’ khususnya atas perlakuan ’PENGURUSAN / MAJIKAN’ bertindak membelakangkan undang-undang yang boleh menghasil ‘salah laku atau penyelewengan’.

4. Dalam erti kata lain bahawa ‘gerak aktiviti kesatuan’ adalah ‘luas dan ia bukan hanya tertumpukan kepada masalah tertentu sahaja’. Malahan ‘AKTIVITI KESATUAN’ adalah satu program pelbagaian atas perkara ‘kebolehjangkaan (predictability)’ selaras dengan kehendak ‘AKTA 262 - AKTA KESATUAN SEKERJA 1959’ .

5. Jaminan ‘tanpa diskriminasi dan bias’ sebagai penghakiman ke atas ‘TUJUAN-TUJUAN AKTIVITI KESATUAN’ telah diyakini suaranya dalam ‘AKTA 262 - AKTA KESATUAN SEKERJA 1959’ dijelaskan di bawah ‘SEKSYEN (2)-Tafsiran’ dipetik sedikit butiran mustahak sahaja yang berkaitan dengan subjek ‘KESATUAN’ menyatakan antara lain ialah :-

‘kesatuan sekerja’ atau ‘kesatuan’ ertinya apa-apa pertubuhan atau gabungan orang-orang kerja atau majikan-majikan, iaitu orang-orang kerja di mana tempat pekerjaan mereka di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak, mengikut mana yang berkenaan, atau majikan-majikan yang mengambil kerja orang-orang kerja di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak, mengikut yang berkenaan:- (a) dalam mana-mana penubuhan, tred, pekerjaan atau industri yang tertentu atau dalam apa-apa tred, pekerjaan atau industri yang serupa, dan (b) sama ada sementara atau tetap, dan (c) yang mempunyai di antara tujuan-tujuannya satu atau lebih daripada tujuan-tujuan yang berikut:- (bermula dari (i) dan (ia) dan (ii) dan (iia) dan (iii)).

6. Di sini ‘KESATUAN’ ini perlu mempertahankan kebenaran pernyataan hujah yang ‘bertanda garis di bawah perkataan (underline)‘ ’’ sebagai pernyataan penting ‘perundangan’ berkata ‘(c)yang mempunyai di antara tujuan-tujuannya satu atau lebih daripada tujuan-tujuan yang berikut’. Dalam kontek ini jelas mana-mana pihak tidak perlu secara sengaja mereka-rekakan ‘argumentasi’ sama ada melalui hujahan dalam ‘sebarang perbahasan’ mahu pun melalui tulisan seperti ‘NOTIS TUNJUK SEBAB’ kononnya bertujuan menentang peruntukan ‘AKTIVITI KESATUAN’ ini. Sikap prasangka yang diamalkan oleh ‘Pengurusan KTMB’ telah terbukti wujud penafian kebenaran hak ‘AKTIVITI KESATUAN’ melampaui keraguan munasabah (beyond reasonable doubt) bahawa ianya adalah peruntukan yang dijaminkan oleh ‘AKTA’ selaku undang-undang tertinggi.

7. Dalam menentukan letak-duduknya isu ini jelas pihak ‘MAJIKAN KTMB’ telah mencabuli urusan hak ‘AKTA’ dengan mengenakan ‘NOTIS TUNJUK SEBAB’ kepada ‘Seratus Lapan Belas (118)’ pekerja-pekerja kerana ‘BERPIKET’. Bersama-sama ini dikepilkan sesalinan dokumen ‘NOTIS TUNJUK SEBAB’ yang ditujukan ke atas salah seorang mangsa daripada kesemua mangsa seramai ‘Seratus Lapan Belas (118)’ orang bagi tujuan keterangan ‘sebagai bukti kukuh’ yang ’Pengurusan KTMB’ telah ’campurtangan’. Perlakuan ini jelas mencerminkan menghalang ahli-ahli kesatuan menyertai ‘aktivi-aktiviti yang sah’.

8. Pihak ‘KESATUAN’ pasti mempertahankan kebenaran ‘hak peruntukan AKTA’ dengan ’memberi jawapan secara hitam putih’ sebagai respon kepada ‘NOTIS TUNJUK SEBAB’ dengan menyatakan bahawa kejadian seperti dinyatakan dalam dokumen ‘NOTIS TUNJUK SEBAB’ adalah ‘AKTIVITI KESATUAN’ di atas ‘platform KESATUAN SEKERJA’ yang ‘dibenarkan oleh Akta’.

9. Kesimpulannya pihak ‘Pengurusan KTMB’ gagal mentadbirkan syarikat KTMB bukan ditegakkan atas landasan ‘meneladani secara tertib dan beradab’ sebaliknya menghasilkan kes terus terang atau kes tidak boleh berdalih ‘SALAHGUNA KUASA’ melalui ‘penyelewengan atau pelanggaran SEKSYEN (4)-Hak-hak pekerja dan majikan’.

10. Dalam kontek ‘mencari kebenaran’ atas perkara ‘fundamental’ tentang kebenaran ‘hak Akta yang kuasanya secara mutlak tidak bersyarat (Absolute and unqualified)’, maka ‘KESATUAN’ ini tiada pilihan lain melainkan menyahut seruan dan maksud ‘SEKSYEN (8) - RUJUKAN ADUAN KE MAHKAMAH PERUSAHAAN’ khususnya perhatian diberi pada ‘KLAUSA (2)’ atas perkara ‘suai-manfaat untuk menyelesai aduan’.

11. Akhir kata, ‘KESATUAN’ ini merakamkan ‘ucapan terima kasih’ dan berharap kes ini dapat diselesaikan dengan segera.

Terima kasih.

Yang benar,

(ABDUL RAZAK MD HASSAN)
Presiden