Dipaparkan untuk Pengetahuan Ahli-Ahli dan Umum Surat Kesatuan Menjawab Notis Pengosongan Rumah Kuarters
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Bil : (05) dlm RUM 011/01
Tarikh : 29 September 2014
Kepada :
Puan Norhayah Deris
Pengurus
Kebajikan dan Perhubungan Pekerja
Keretapi Tanah Melayu Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur
DAN
YB. DATO’ SRI Ir. HJ NAWAWI BIN HJ AHMAD
PENGERUSI
LEMBAGA PENGARAH KTMB
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD
JALAN SULTAN HISHAMUDDIN
50621 KUALA LUMPUR
YB Dato’ Sri / Tuan,
NOTIS PENGOSONGAN KUARTERS KTMB.
Surat Tuan bertarikh 19 September 2014 kepada Abdul Razak Md Hassan, Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB dan R.Subramaniam Timbalan Presiden, Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB dengan no rujukan KTMB/HR/ERW/QRTS/LA/BLK E1-1 dan KTMB/HR/ERW/QRTS/LA/BLK B-11 adalah dirujuk
2. Dukacitanya dinyatakan bahawa tindakan Tuan mengeluarkan arahan notis pengosongan kuarters KTMB adalah tidak munasabah berdasarkan pembuangan kerja yang dilakukan oleh pihak Tuan bertarikh 29 Ogos 2014 adalah “tidak sah”.
3. Keputusan Tindakan Tatatertib terhadap Presiden Kesatuan dan Timbalan Presiden Kesatuan pada 29 Ogos 2014 adalah satu “kesalahan dan bertentangan” dengan Perjanjian Bersama dan Akta Perhubungan Perusahaan, maka “pembuangan kerja tanpa notis adalah tidak sah” justeru itu arahan “pengosongan rumah kuarters juga adalah tidak sah”, surat kesatuan bil 18 dlm RUM 025/02 dan bertarikh 3hb September 2014 adalah dirujuk untuk senang rujukan.
4. Pihak kesatuan ingin menegaskan bahawa pihak kesatuan juga telah mengemukakan aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan mengenai perlanggaran Seksyen 4 dan 5, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) terhadap pihak Tuan yang telah sewenang-wenangnya mengambil tindakan pembuangan kerja kepada Pemimpin Kesatuan yang menjalankan aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja serta mencampuri urusan kesatuan dan cuba meletakkan kesatuan di bawah pengaruh majikan. Ditegaskan bahawa sehingga kes ini masih di bawah Jabatan Perhubungan Perusahaan dan sehingga keputusan di Mahkamah Perusahaan “diawardkan” maka semua pembuangan kerja yang dilakukan oleh pihak Tuan terhadap semua pemimpin kesatuan dan ahli-ahli kesatuan yang menjalankan aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja adalah “tidak sah”.
5. Justeru itu “semua pemimpin kesatuan dan ahli-ahli kesatuan” yang menjalankan “aktiviti – aktiviti kesatuan sekerja sekerja” serta telah “dibuang kerja tanpa notis”, yang disebut sebagai “pembuangan kerja tanpa notis tidak sah” maka semua yang terlibat, telah diarahkan oleh pihak kesatuan selaras dengan keputusan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali ke 12 yang bersidang pada 23 - 25 September 2014 dengan ini “tidak akan mengosongkan rumah kuarters” sehingga badan kehakiman Mahkamah Perusahaan memutuskan keputusan.
Sekian, terima kasih
Yang menjalankan tugas
(ABDUL RAZAK MD HASSAN)
Presiden
Sk : -
Semua Menteri Kabinet
Y.BHG. DATO’ DR. MOHD IRWAN SERIGAR BIN ABDULLAH
KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN
KEMENTERIAN KEWANGAN
KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
ARAS 11, BLOK TENGAH
NO. 5, PERSIARAN PERDANA PRESINT 2
62592 PUTRAJAYA
Y.BHG. DATUK SERI LONG SEE WOOI
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
ARAS 7, PARCEL D5, PARCEL D
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62616 PUTRAJAYA