25 September 2014

Mahkamah Rayuan ketepi pendaftaran Mayneu, batal keputusan DGTU

Pada 17 September 2014 Mahkamah Rayuan telah memutuskan untuk membatalkan keputusan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja (DGTU) bertarikh 3 Januari 2011, menurut Seksyen 12 (1) Akta Kesatuan 1959 dan juga mengetepikan pendaftaran Mayneu sebagai Kesatuan Sekerja - kesatuan dalaman di Maybank. Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja telah menerima pendaftaran Mayneu tanpa berunding dengan NUBE.

Keputusan mahkamah menunjukkan bahawa keputusan DGTU mendaftar Mayneu adalah salah dan keputusan itu dibatalkan.

Dalam membenarkan rayuan NUBE, Mahkamah Rayuan, antara lain telah mengatakan bahawa kedua-dua Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959 hendaklah dilihat sebagai undang-undang sosial untuk mempromosi, memelihara dan melindungi hak pekerja dan majikan bagi mewujudkan apa yang kita sering sebut sebagai 'keharmonian perhubungan perusahaan' demi 'pembinaan negara'.

Mahkamah Yang Mulia juga telah mengingatkan tentang aspek perantaraan dalam proses membuat keputusan. Ianya menegaskan bahawa terdapatnya hak untuk sesebuah jabatan awam bertindak sebagai perantara dalam menguruskan aduan atau rayuan dan kelekaan bertindak atau bertindak dengan segera oleh pihak pembuat keputusan awam itu merupakan satu musibat bagi perhubungan perusahaan dan atau perundangan industri.

Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan NUBE dengan mengarahkan DGTU dan Mayneu masing-masing membayar kos guaman RM20,000.

Keputusan yang dinanti-nantikan ini merupakan hadiah kepada pihak NUBE yang telah didiskriminasi sejak tahun 2011. Keputusan ini adalah satu rahmat yang sangat baik untuk semua kaum pekerja bank bukan eksekutif untuk bersatu supaya kita boleh menjaga kepentingan kita dan menyumbang kepada 'pembangunan negara'.

NUBE mempelawa pekerja bukan eksekutif yang telah meninggalkan NUBE selepas dipengaruhi bagi memecahbelahkan perpaduan NUBE agar menyertai kembali NUBE demi Satu Kesatuan Yang Bersatu, yang boleh berkhidmat dengan berkesan demi ahli - tidak lain tidak bukan - NUBE, yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti.

Mereka bukan eksekutif dalam Maybank yang mungkin telah meninggalkan NUBE ekoran nasihat yang salah kini boleh menghubungi Pegawai Cawangan berhampiran atau Cawangan NUBE untuk membuat persiapan yang perlu untuk diambil sebagai ahli NUBE.

Biar pekerja bukan perkeranian, perkeranian, perkeranian Gred Khas dan lain-lain bergerak bersama supaya masa depan anak-anak kita dan kita akan lebih dilindungi dan terjamin dalam industri perbankan.

Bersatu Kita Bergerak Bercerai Kita Roboh.

J SOLOMON
Setiausaha Agong