Kita hanya membayangkan kekejaman "ZIONIS" terhadap "PELASTIN!" Rupanya masih ada lagi kekejaman yang berlaku di Malaysia sebuah negara yang telah "MERDEKA" selama 57 tahun.
Kekejaman ini tidak boleh dibiarkan kerana ianya akan melarat dan membinasakan, mungkin tidak seperti apa yang berlaku di "PELASTIN", tapi menutup "PERIUK NASI" boleh diibaratkan seperti "ZIONIS" dengan "PELASTIN", kerana kesengsaraan akan berlaku kepada "KETUA KELUARGA" akibatnya seluruh "KELUARGA PEKERJA" akan sengsara, masa hadapan akan gelap, anak masih bersekolah, rumah kuarters yang diduduki diarah keluar, faedah hospital akan hilang, ganjaran persaraan terhapus, malangnya hukuman yang diterima bukan kerana kesalahan "MENCURI/ SALAH LAKU/ MENYALAHI ATURAN PERATURAN DAN TIDAK SEKALI BERTENTANGAN DENGAN PERJANJIAN BERSAMA", hanya kerana menjalankan tanggungjawab sebagai "PEMIMPIN KESATUAN MAU PUN AHLI KESATUAN" yang menjalankan "AKTIVITI KESATUAN SEKERJA".
Hanya "DENDAMAN PERIBADI" maka "UNDANG-UNDANG RIMBA" diamalkan, maka tragedi "KEZALIMAN" berlaku pada insan yang digelar "PEKERJA", hanya kerana berjuang atas nama " "RAILWAYMEN UNION OF MALAYA" untuk "SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA".
Mudah-mudahan "KEKEJAMAN" ini dapat dihentikan segera, pemulihan kerja dapat dilakukan, "HAK KESATUAN SEKERJA" dikembalikan, pencetus kezaliman disingkirkan, maka SELAMATLAH KTMB DAN SELAMATLAH PEKERJA.
Hanya YAB DATO' SRI HAJI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA, yang mampu menguraikan kekusutan ini, dengan rendah diri bagi pihak Majlis Eksekutif Kesatuan Pekerja2 KTMB dan seluruh Warga RUM memohon YAB DATO' SRI HAJI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA campurtangan demi menyelamatkan nasib "PEKERJA" dan "KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD" (KTMB).
Mudah-mudahan kemelut "KEZALIMAN" ini akan dapat diselesaikan segera, semoga Allah Swt merahmati perjuangan kita, In Syaa Allah.
ABDUL RAZAK MD HASSAN
PRESIDEN
Bagi pihak Majlis Eksekutif Kesatuan Pekerja2 KTMB