Alhamdulillah.
Bila tengok beberapa komen dalam Malaysia Kini dari penulis yang nampaknya melepaskan geram, saya bersyukur kerana semua kenyataan adalah tidak benar dan berunsur fitnah.
Samada dari pengunaan wang kesatuan, kenaikan yuran, isu peribadi, isu tanah Sentul Raya dan pelbagai lagi adalah tidak benar.
Sejujurnya elaun Presiden RUM adalah RM 750.00, sehingga kini wang berkenaan tidak diambil untuk kegunaan peribadi tetapi digunakan kembali untuk kegunaan RUM seperti minyak, tol, persegaran pegawai kesatuan dan lain-lain, walaupun dari peruntukan perlembagaan saya berhak untuk membuat tuntutan.
Kenaikan yuran terpaksa dilakukan kerana kenaikan terakhir ialah 12 tahun lalu, keperluan ialah selain daripada pembayaran elaun, gaji pekerja, utiliti, perbelanjaan cawangan, yuran MTUC, yuran ITF, pentadbiran dll, semua kos meningkat, kalau dari sudut CPI selama 12 tahun kurang lebih 30%.
Isu peribadi antara saya dengan Datuk Elias Kadir adalah dinafikan, hubungan peribadi antara saya dengan Datuk Elias Kadir seperti abang dan adik, dalilnya Majlis Perkahwinan anak saya pada 1.6.2014 adalah selepas Piket 9.5.2014, Datuk Elias Kadir adalah tetamu istimewa keluarga saya turut merenjis di perkahwinan anak saya, saya tetap menghormati Datuk Elias Kadir sebagai abang saya, sebagai adik saya tetap sayang abang saya, tapi kerana tanggungjawab dan amanah yang diberikan, saya kena laksanakan. Kata sahabat saya "NAWAITU".
Isu tanah di Sentul, KL Central berlaku sebelum saya menjawat jawatan Presiden RUM.
Kemelut yang berlaku adalah antara Kesatuan Pekerja2 KTMB dan Datuk Presiden KTMB.
Dalilnya :-
1. 27 surat kesatuan tidak dibalas
2. Kegagalan memulihkan KTMB seperti "presentation" di hadapan Perwakilan di Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali.
3. Keselamatan Pekerja tidak terjamin.
4. Contoh paling mudah yang berlaku di depan mata ialah Percubaan penutupan Landasan Gemas - Gua Musang disebabkan tahap keselamatan yang rendah.
5. Kesemua kegagalan akan menjadi penyebab dan alasan tuntutan gaji mengikut pasaran akan ditolak oleh KTMB dengan alasan KTMB tidak mampu membayar kerana kerugian.
6. Memberi ruang pada pihak luar mengambilalih KTMB, keputusan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan yang lepas menolak sebarang pengambilalihan KTMB oleh mana-mana pihak.
7. Dan banyak lagi.
Justeru itu, semua penyebabnya ialah kegagalan Datuk Presiden KTMB, maka pihak Kesatuan tiada pilihan lain menyingkirkan Presiden KTMB demi Selamatkan KTMB Selamatlah Pekerja.
RUM tidak mahu nasi dah jadi bubur, seperti mana yang berlaku pada MAS, yang jadi mangsanya ialah pekerja.
Untuk makluman semua keputusan yang dibuat berdasarkan keputusan sebulat suara Majlis Eksekutif, kami kepimpinan RUM sentiasa mematuhi peruntukan undang-undang negara.
Demi tanggungjawab dan amanah yang diberikan, kami sanggup terima akibatnya, inilah perjuangan kami, perjuangan Kesatuan Sekerja, kami adalah "LILIN", kami bangga jadi "LILIN", biar terbakar, dasar perjuangan tidak pernah gentar, kami unionist, andai kami mati pun, kami tetap bangga sebagai "UNIONIST".
Kata Timbalan Presiden RUM yang pernah dipaparkan dalam Suara RUM:-
"Kami tetap gembira walaupun di dalam penjara".
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB