09 September 2014

"BUANG KERJA TANPA NOTIS" , "PENYALAHGUNAAN KUASA"

Gambar Hiasan
Makin hari makin bertambah bilangan "buang kerja tanpa notis", terbaru Sdr Hairuddin Hashim Bendahari Agung RUM, kini telah mencapai 7 pemimpin Kesatuan Pekerja2 KTMB telah dibuang kerja. 

Kezaliman Presiden KTMB terus berleluasa, "PENYALAHGUNAAN KUASA" menjadikan Presiden KTMB mengambil tindakan sesuka hati, tanpa memperdulikan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177), mengabaikan "Perjanjian Bersama", amanah yang dipikul oleh Presiden KTMB yang mewakili Kementerian Kewangan terus dikotori dengan "NAJIS".

Wahai Pejuang - pejuang RUM usah gentar dan takut, yakinlah perjuangan kita untuk membela nasib kita "SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA" adalah untuk masa depan kita dan KTMB, kita akan terus berjuang, kerana ini amanah yang dipikul, tanggungjawab yang digalas demi "PERJUANGAN KAUM PEKERJA".

Sedikit pun tidak tercalar, sekelumit pun tidak rasa tercabar, kita bangkit menentang DATUK ELIAS KADIR PRESIDEN KTMB.

Semoga perjuangan kita dirahmati Allah Swt.

Kenyataan Rasmi Presiden Kesatuan Pekerja2 KTMB