10 September 2014

SEDARLAH

Diantara undang-undang rimba yang dilaksanakan oleh Presiden KTMB ialah cuba mengancurkan sebuah perjuangan kesatuan sekerja. 

Dimanakah keadilan andai semua yang dilakukan atas perjuangan kesatuan sekerja telah dihalang menjalankan aktiviti-aktivii kesatuan sekerja serta menjatuhkan hukuman kepada Pemimpin Kesatuan Sekerja dan menakut-nakutkan ahli kesatuan sekerja?

Dimanakah keadilan andai yang berkuasa menyepi diri, membisu seribu bahasa?

Lihatlah dunia, keadilan kepada perjuangan kesatuan sekerja kini makin terhakis, undang-undang sudah tidak dipedulikan lagi, mereka kini menunjukkan kuasa, kuasa Diktator telah kembali, kuasa kapitalis bermaharajalela, pekerja hanya seorang hamba abdi, diberi upah, diarah bekerja kini tidak boleh bersuara lagi?

Adakah kita perlu membenarkan ini berlaku, melihat, membiarkan serta ketawa malah bertepuk tangan, adakah kita sendiri yang mengizinkan terwujudnya "HAMBA ABDI DI ZAMAN MODEN"?

Bangkit dan sedarlah, perjuangan Kesatuan Sekerja bukan semata-mata perjuangan menuntut faedah, bukan semata-mata untuk mempertahankan faedah, tapi berusaha untuk memastikan Syarikat yang kita bekerja berdaya maju mampu meraih keuntungan, syarikat yang kita bekerja mampu memastikan tahap keselamatan kita terjamin, maka perjuangan kesatuan sekerja cukup luas melangkaui sempadan, bukannya membiarkan Kesatuan Sekerja dihimpit, diperkecilkan serta dimusnahkan, jangan sesekali membenarkan Kesatuan Sekerja diperkotak-katikan.

Dalam kamus kesatuan sekerja tiada sifat "penting diri sendiri", sifat "penting diri sendiri", akan memakan diri, merosakkan seluruh organisasi, kesatuan sekerja berlandaskan prinsip "BERSATU", kerana " BERSATU" itu "KEKUATAN".

Maka peribahasa ini adalah paling tepat..... 

Jangan sampai "NASI SUDAH JADI BUBUR" ketika itu "MENYESAL TIDAK BERGUNA LAGI".

SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB