04 September 2014

Krisis KTMB, Kesatuan dirujuk kepada Perdana Menteri

Pengerusi KTMB, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata beliau bertanggungjawab menyelesaikan perkara yang membabitkan kedua-dua pihak selepas dilantik Ahli Lembaga Pengarah menjadi orang tengah.

"Saya komited mahu menyelesaikan krisis itu secepat mungkin. Saya mahukan keharmonian di antara pengurusan KTMB dan RUM, masalah pemecatan diselesaikan dan kedua-dua belah pihak pekerja dengan saya dan Ahli Lembaga Pengarah bagi mencapai matlamat transformasi KTMB" Ujar beliau yang dipetik dari laporan sebuah akhbar tempatan.