16 April 2015

ADAKAH INI KENYATAAN MTUC PUSAT?

NO!!! Ini bukan kenyataan MTUC PUSAT! Ini kenyataan dari Andrew Lo Setiausaha MTUC Sarawak yang RUM anggap kenyataan berbentuk peribadi dan tidak pernah diputuskan dalam mana-mana Mesyuarat Majlis Am MTUC!

Tindakan beliau mengunakan nama MTUC sesungguhnya mengecewakan, apa tah lagi ianya tidak mendapat kelulusan dari Majlis Am.

Justeru itu, RUM akan menulis surat pada MTUC PUSAT mengambil tindakan terhadap Andrew Lo, Setiausaha MTUC Sarawak yang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah.

RUM dengan jelas dan lantang membantah sekeras - kerasnya pengeluaran wang KWSP pada umur 60 Tahun dengan menegaskan bahawa pengeluaran KWSP ialah kekal seperti sekarang.

RUM juga akan mendesak MTUC mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan KWSP menghentikan hasrat menaikkan tempoh pengeluaran wang KWSP kepada 60 Tahun.

RUM mencadangkan kerusi Lembaga Pengarah KWSP yang diduduki oleh wakil MTUC perlu diboikot atau tidak hadir pada Mesyuarat Lembaga Pengarah KWSP tanda bantahan!

MTUC hendaklah bertegas mengenai perkara ini!

Rujuk: http://www.malaysiakini.com/news/295358

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • PIKET/DEMONTRASI SECARA AMAN Maka pengumuman melalui Business Plan 11 (akhir) telah dibuat: PIKET/DEMONTRASI SECARA AMAN PADA : 9 MEI 2014 JAM : 4.30 - 7.00 PETANG LOKASI : DIPERKARANGAN IBU PEJABAT KTMB, JALAN HISHAMUDDIN, KUALA LUMPUR. (Rujuk Bu… Read More
  • Business Plan Part 11 (akhir) KONKLUSI (13 Dalil) 1. Business Plan kali kedua bagi tahun 2014 anjuran Yb Dato Pengerusi sebagai pembuktian kegagalan Business Plan Pertama yang dianjurkan oleh Datuk Presiden KTMB. 2. Pembuktian bahawa Yb Dato Peng… Read More
  • BERULANGKAH LAGI? MACAM NAK BUAT PIKET JEEEE.. RUM … Read More
  • Saya suka yang ini.... Yang berlaku tetap berlaku, kita sama-sama mendoakan supaya selamat (MH 370) dalam masa yang sama kita juga perlu meneruskan kehidupan, kekurangan, pembetulan dan memperjuangkan hak kita. SELAMATKA… Read More
  • Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dengan mandat Majlis Eksekutif akan bersidang esuk 18.3.2014 bagi membincangkan kenyataan kesatuan mengenai Business Plan Part 1 - 10. Perbincangan akan memperincikan semua perkara sete… Read More