Setiap pekerja yang bekerja sentiasa menaruh harapan untuk meningkatkan kerjaya dan mencari pendapatan yang lebih baik, maka harapan ini juga bergantung kepada prestasi syarikat melalui sumber pendapatan yang boleh menghasilkan keuntungan.
Matlamat inilah menjadi perjuangan RUM, untuk memastikan taraf kehidupan yang dinamakan pekerja mempunyai taraf hidup yang lebih baik bagi menampung kos sara hidup yang meningkat, apatah lagi dengan kehadiran GST yang menyebabkan pendapatan seorang pekerja secara sedar atau tidak telah terdiskaun sebanyak 6%. Samada suka atau tidak Kerajaan tetap dan telah pun melaksanakan GST.
Maka itu Syarikat perlu mencari jalan meningkatkan prestasi perniagaan dengan memperkembangkan peluang - peluang perniagaan bagi memastikan pendapatan bertambah, peningkatan pendapatan mampu memberi pulangan yang baik kepada pekerja, seterusnya menggantikan kehilangan 6% berdasarkan cukai GST, maka pekerja dapat mengembalikan kehilangan wang yang terdiskaun, tindakan sedemikian perlu disegerakan atau dianggap "special case", tidak perlu menunggu sehingga perbincangan CA atau mana-mana syarikat yang tiada CA perlu mempertimbangkan kaedah ini iaitu menggantikan kehilangan wang yang terdiskaun.
Gaji Minima yang ditetapkan oleh kerajaan ialah RM 900.00, cuba kira andai wang yang terdiskaun sebanyak 6%, maka nilai gaji minima kini sebenarnya ialah RM 900.00 - 6% = RM 846.00, maka bagaimana kedudukan seorang pekerja yang berpendapatan RM 846.00, maka itu sesuatu perlu dilakukan bagi mengembalikan kehilangan wang yang terdiskaun.
Syarikat perlu prihatin terhadap pekerjanya bagi memastikan setiap pekerja mendapat faedah yang baik, seterusnya dapat menghindarkan kehilangan wang yang terdiskaun, pekerja yang mempunyai kehidupan yang baik akan lebih produktif malah akan memberi pulangan yang baik kepada syarikat itu sendiri.
RUM menaruh harapan agar semua Syarikat dalam negara ini khususnya KTMB dapat mempertimbangkan "penganugerahan istimewa" menggantikan wang yang terdiskaun sebanyak 6% bagi mengimbangi pendapatan berdasarkan wang yang terdiskaun.
Pekerja adalah "ASET", maka jagalah pekerja, berilah mereka kehidupan yang lebih baik, dari mereka (pekerja) menjadikan Syarikat itu berjaya.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB