02 April 2015

Keputusan

Bila sesuatu keputusan dibuat, mungkin akan menimbulkan kepelbagaian persepsi serta andaian, malah akan mewujudkan kepelbagaian tuduhan.

Itu lumrah.. sebagai pemimpin maka semua itu asam garam dah perlu diterima, ibarat kata "jangan jolok sarang tebuan", "diam ubi tapi berisi", "alang-alang menyeluk pekasam biar, sampai ke pangkal lengan", "kuman sebarang laut nampak, gajah depan mata tak nampak".

Yang penting ialah melihat ke depan, hala tuju dan matlamat, andai kepentingan diri didahulukan, maka hari ini apa yang berlaku tidak mungkin terjadi, tapi semua ini berlaku hanya semata-mata "prinsip" memastikan masa depan ahli-ahli terbela.

Biar kita berlawan berdasarkan "sebelum hujan sediakan payung", jangan "dah terhantuk baru nak tergadah", "dah basah kuyup baru nak cari payung", masa itu semua dah terlambat, masa itu "baru kini kau sedar".

Puas bicara... "Ayuh Bersatu", "ayuh berjuang" tapi "pisau terhunus dibelakang"...
Jangan salahkan sesiapa, tengoklah cermin, "istikhamah", kenapa ini terjadi... "tepuk dada tanya selera"

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • KEMARAHAN MEMUNCAK Macam-macam cadangan yang diterima, kehilangan sabar telah mewujudkan pelbagai persepsi, malah desakan demi desakan telah dibuat, pelbagai pihak dalaman dan luaran telah menghujani ibu pejabat RUM, kekadang panas telinga s… Read More
  • GILA Pemimpin Kesatuan adalah GILA! Mereka tidak pernah gentar mahupun takut, mereka boleh langgar sesiapa pun, mereka tidak pernah peduli biarpun terbakar, apa tah lagi demi menyelamatkan ahli-ahli yang ditindas, ahli-ahli … Read More
  • 29.10.2014 (Genap 2 bulan) Genap 2 bulan Presiden dan Timbalan Presiden RUM "di buang kerja tanpa notis" oleh Datuk Elias Kadir Presiden KTMB. Pembuangan kerja ini jelas adalah "tidak sah" berdasarkan peruntukan "Perjanjian Bersama" dan peruntukan u… Read More
  • MP: Tak salah berpiket, majikan biadap pecat pekerjaAhli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid hari ini membidas beberapa majikan termasuk syarikat berkaitan kerajaan yang memecat pekerjaan tanpa mengikut undang-undang. Beliau yang juga adalah Timbalan Presiden Kon… Read More
  • Kemelut KTMB berpanjangan Semua diluar sudah tahu kemelut kesatuan pekerja2; KTMB dengan Preseden KTMB telah berlarut hampir 3 bulan dengan 41 orang pekerja KTMB dan pegawai kesatuan telah dibuang kerja. Dibuang kerja bermakna tiada… Read More