14 April 2015

PENGHARGAAN JASA MU DIKENANG.

Ramai yang tidak tahu mungkin tidak mengenali, siapakah di belakang tadbir yang banyak membantu RUM dan KTMB.

Beliau banyak membantu RUM dari aspek untuk mendapatkan "BONUS" pada satu ketika dalam tahun 1999 sehingga 2005.

Beliau juga memainkan peranan utama dalam urusan pembangunan KTMB, bantuan tahunan operasi dan hal ehwal dasar pengangkutan KTMB, jasa beliau kepada KTMB sangat besar dan memudahcarakan kerja - kerja yang dilakukan oleh Pengarah Urusan KTMB. Bantuan yang beliau beri terhadap KTMB sehingga KTMB mampu mendapatkan landasan berkembar dan jentera jentera untuk digunakan oleh KTMB.

Beliau ialah Y.Bhg. Dato' Zaharah Shaari, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Malaysia.
Jasa beliau yang sangat besar, tidak boleh dilupakan.

Saya masih ingat lagi, mengenai "BONUS", ketika itu "BONUS" memang sangat sukar dinikmati oleh warga KTMB, maklumlah KTMB dalam keadaan rugi, dalam pertemuan dengan beliau, beliau sendiri melahirkan kenyataan, bahawa selagi beliau ada di Kementerian Pengangkutan, beliau akan berusaha memastikan "BONUS" yang dinikmati oleh kakitangan awam dipanjangkan kepada "warga KTMB"

Terima kasih Ybhg Dato' Zaharah Shaari, pertolongan besar, jasa dan bakti dari Y.Bhg Dato' kepada RUM dan KTMB tidak pernah kami lupakan malah sentiasa segar dalam ingatan, semoga jasa dan bakti Y.Bhg Dato' dibalas ganjarannya dari Allah S.W.T.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • SIJIL CUTI SAKIT PALSUSaja nak share di bawah ini, nak ingatkan jangan gatal-gatal beli SIJIL CUTI SAKIT PALSU, RUM dah berulangkali ingatkan, kebetulan ada dalam akhbar, tlg baca.. kalau ada yang degil... gatal2 lg beli Sijil Sakit Palsu... sendi… Read More
  • IDEA PUTRAJAYA VS MULTIPLE OPERATOR Saya tertarik dengan kenyataan abg Zaharin Mohd Yasin mengenai cetusan idea sehingga terbinanya Putrajaya, pada pandangan saya tidak kira idea siapa asalkan ianya membawa kebaikan kepada negara, maka cetusan idea yang dikemuk… Read More
  • MEMORI PERSIDANGAN PERWAKILAN RUM TAHUN 1966 DIRASMIKAN OLEH YAB TUN HAJI ABDUL RAZAK TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.… Read More
  • TERIMA KASIH - RALLY 21/5 sangat sukses.Perhimpunan ini sebagai satu mesej RUM terus bersatu padu dan kuat, kita ibarat satu keluarga besar "cubit peha kiri, peha kanan rasa sakit,  cubit peha kanan, peha kiri rasa sakit", kekuatan kekeluargaan ini terus di pa… Read More
  • JAWAPAN BALAS KEPADA RAC RUM telah menerima screenshot dalam group Whatsapp yang telah tersebar meluas kononnya jawapan balas dari pihak RAC, oleh kerana ianya ada logo RAC maka RUM beranggapan jawapan itu adalah jawapan rasmi RAC, justeru itu bag… Read More