17 April 2015

ADUAN PENGGUNA

Ini mesej yang saya terima dari Mantan Pengurus Besar KTMB, yang memaklumkan bahawa beliau terima rungutan dari sahabat beliau seorang pengguna KTMB.


Maka apa yang boleh dikatakan ialah berlakunya kebocoran hasil, dimanakah kelemahannya.
Isu kebocoran hasil bukanlah perkara baru, tapi adalah perkara lama yang melibatkan kerugian jutaan ringgit Malaysia kepada KTMB.

Baru-baru ini RUM ada menerima sesalinan email yang mengatakan bahawa seorang Lembaga Pengarah KTMB akan turun pantau untuk melihat sendiri bagaimana kebocoran hasil boleh berlaku, RUM berharap dengan lawatan itu akan dapat memastikan kebocoran hasil dapat dielakkan.

Dari sumber maklumat, kami menerima aduan bahawa bukan salah pekerja "non eksekutif" khususnya pembantu trafik, tetapi adalah dari sudut merancang dengan berkesan, RUM tidak berniat melahirkan secara terbuka, tapi selepas MEI 2015, RUM akan berusaha untuk membantu memberi cadangan penyelesaian.

Teguran ini dipaparkan kerana RUM sayangkan KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB