04 April 2015

MAHUKAH KITA JADIKAN RUM YELLOW UNION.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

MAHUKAH KITA JADIKAN RUM YELLOW UNION.

"TEPUK DADA TANPA SELERA"

Datuk Presiden KTMB hampir berjaya menjadikan RUM "yellow union" malah hari ini saya yakin bahawa Datuk Presiden KTMB sedang tersenyum lebar, maka bila sampai time pengunduran dia... dia merasa bangga, puas, satu hasil atau kejayaan ketika beliau menerajui KTMB.

Kerana?
Berjaya menjadikan...
RUM YELLOW UNION!
Sedarlah...
Masih belum terlambat lagi...
Untuk mengekalkan RUM...

Sebagai Kesatuan Sekerja yang tidak dipengaruhi sesiapa (BERKECUALI)... kerana RUM adalah sebuah organisasi yang bermatlamat untuk kepentingan kaum pekerja khusus untuk ahli-ahlinya...
Ramai yang tidak akan faham.. walaupun ramai yang pernah duduk kerusi kesatuan, maka bila mereka tidak faham, maka akan wujud kelemahan, sekiranya ahli-ahli mendengar hanya satu aspek, tanpa mengkaji secara mendalam, akan akur dan benarlah kata-kata, tapi saya yakin ada yang faham, cuma masalah buat - buat tak faham, harapan saya ahli-ahli akan faham, kerana RUM adalah "PAYUNG" mereka.

RUM dari dulu adalah badan berkecuali sesekali tidak boleh dibenarkan di bawah "pengaruh" majikan, andai perkara ini di benarkan berlaku, maka RUM tiada lagi suara.

Bila SUARA tidak ada, maka suara ahli-ahli tertutup, bila tertutup kuasa "BARGAIN POWER" dah hilang.

Bila ini tiada RUM bukan lagi sebuah Kesatuan Sekerja, sebaliknya seperti sebuah "persatuan" dan akhirnya RUM atau mana-mana pemimpin RUM akan digelar "PAK ANGGUK" atau bersetuju apa sahaja kehendak pengurusan, sekiranya ahli-ahli bermasalah, tiada lagi jalan penyelesaian, bila tuntutan pelarasan gaji diberi rendah, RUM tidak mampu menuntut yang lebih tinggi, malah faedah dalam CA boleh ditarik balik.

Sesungguhnya Kesatuan Pekerja2 KTMB sudah tidak bermakna lagi...

Ahli-ahli selamanya akan jadi mangsa,

Ahli-ahli RUM yang juga "PEKERJA" adalah "HAMBA ZAMAN MODEN".

Lupakan perjuangan tuntutan :-

"GAJI MENGIKUT PASARAN"!

Generasi Y adalah mangsa utama, kerana mereka akan berkhidmat puluhan tahun lagi.
KTMB! kita udah tidak mampu pertahankan lagi.

Kerana....
RUM IS "YELLOW UNION".

Fikirkan...

"MENYESAL DAHULU PENDAPATAN, MENYESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA LAGI".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • Kenyataan Inbox FBSaya tidak berniat nak reply... jadi saya paparkan dalam Suara RUM.. Sebab saya tak mahu reply.. 1. Fake akaun.. 2. Saya tidak dapat mengesahkan individu ini ahli atau tidak.. 3. Bukan friend Suara Rum 4. Kenyataan meng… Read More
  • PERKONGSIAN INFO GAMBAR Cerita RUM letakkan gambar mana-mana penyandang jawatan tertentu bukanlah perkara baru, ianya telah dipraktiskan sejak Mantan Presiden KTMB. Sebagai sebuah organisasi kesatuan sekerja, ianya adalah "senjata" untuk menghen… Read More
  • PERKONGSIAN INFO 1 TAHAP @ PERINGKAT Tahap atau peringkat atau "step" adalah garis panduan yang ditentukan oleh Ahli Jawatankuasakerja RUM, untuk mencapai tahap ke satu-satu peringkat memerlukan tempoh atau masa yang bersesuaian atau suatu tempoh @ masa yang mu… Read More
  • Perkongsian Bicara Tertarik dengan kenyataan ini... tika perkongsian bicara dalam group Whatsapp... maka RUM paparkan sebagai Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB … Read More
  • ETS (Satu ketika dicadangkan dianaksyarikat) Masih ingat lagi? Zaman Mantan Presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan yang mencadangkan ETS di anaksyarikatkan.. Bagaimana RUM berperang dengan Mantan Presiden KTMB yang bertegas mahu anaksyarikatkan ETS, RUM pula membantah … Read More