11 April 2015

PANTAI TIMUR

Isu yang paling besar ialah di Pantai Timur setelah musibah yang melanda di KTMB melalui banjir besar.

Perjalanan Keretapi tergendala sehingga hari ini.

Jangkaan yang diperkatakan seawal dahulu dalam akhbar tempoh pembaikpulihan mungkin makan masa setahun, khabarnya kini akan melibatkan selama 2 tahun.

Pekerja khususnya ahli-ahli RUM akan menghadapi dilema bila mereka berkemungkinan diarah bertukar, masalah yang dihadapi akan melibatkan diri sendiri dan keluarga.

Rakyat khususnya penumpang akan menghadapi masalah dari segi pengangkutan tren penumpang, akan menimbulkan rasa kurang senang sekiranya pembaikpulihan mengambil masa yang lama.

Harapan RUM, pihak pengurusan boleh memikirkan jalan alternatif bagi membaikpulih sistem perjalanan tren iaitu bagi memastikan tiada pertukaran pekerja dalam tempoh pembaikpulihan sepenuhnya, malah penumpang setempat yang bergantung kepada perkhidmatan tren dapat mengunakan perkhidmatan tren bagi mengurangkan rungutan.

Semoga ini dapat dilaksanakan.

RUM sentiasa memikirkan kepentingan ahli-ahlinya, kini RUM akan memberi tumpuan masalah di Pantai Timur dapat diatasi dengan segera.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • Piket satu tindakan positif - Kenyataan Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB RUM melihat Piket maupun Demontrasi itu satu tindakan positif, sekiranya ianya dilakukan secara aman, Piket maupun Demontrasi di bawah tafsiran RUM walaupun ianya subjektif, tapi ianya berlaku adalah semata-mata untuk mena… Read More
  • PEMBAZIRAN 1 & 2 PEMBAZIRAN 1 SIAPA YANG PERLU DIPERTANGGUNGJAWABKAN? 1. LEMBAGA PENGARAH KTMB 2. PRESIDEN KTMB 3. PENGURUS BESAR KTMB 4. PENGURUS KANAN KTMB 5. PEKERJA EKSEKUTIF KTMB 6. PEKERJA NON EKSEKUTIF KTMB PEMBAZIRAN 2 1. … Read More
  • PEMBAZIRAN 3 Bertanggungjawab dan dipertanggungjawab masing-masing ada peranannya tersendiri, kerana masing-masing mempunyai spesifikasi tugas yang telah ditentukan oleh Syarikat, berdasarkan gred jawatan, serta imbuhan gaji yang diter… Read More
  • Pembaziran - Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB Mengharap sesuatu yang digambarkan sebagai pencapaian 2013 melalui majalah tahunan, tapi hampa dan kosong! FAILED!! Yang boleh dinilaikan ialah satu pembaziran wang percetakan majalah tahunan. … Read More
  • PEMBAZIRAN DAN JAWAPANNYA Gambar Hiasan Bila sebut soal PEMBAZIRAN, ianya terlalu luas, dari segi kerja, dari segi masa, pembelian barang, kegagalan menyediakan lokomotif, koc, PGC, ketepatan masa, utiliti, wang dan sebagainya. Siapa yang berta… Read More