17 April 2015

SAYANG RUM, SAYANG KTMB

Apakah cara yang sesuai dan munasabah bila sebut soal "sayang"? Benar menyebut perkataan "sayang" sangat mudah, tapi untuk mempraktikkannya belum tentu mampu.

Sayang juga berkait dengan tanggungjawab, sayang akan memainkan peranan yang jitu dan padu iaitu sanggup berkorban, maka sayang perlu dengan pembuktian, maka buktikan pada keluarga dan sebagai pemimpin buktikan kepada organisasi yang dipimpin.

Maka bila kita sayangkan RUM kita akan berkorban untuk RUM bagi memastikan RUM tidak diletakkan di bawah pengaruh majikan atau tidak sesekali RUM boleh dijual beli.

Maka bila kita sayangkan KTMB kita akan pertahankan KTMB dari runtuh, rosak atau memastikan KTMB berada di landasan yang betul.

Kerana sayangkan RUM dan KTMB, maka secara langsung RUM mengungkapkan :-
"SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA"

Kasih sayang yang diterapkan ini maka RUM berjaya sehingga hari ini sesekali tidak menjual "MARUAH RUM & KTMB, dalilnya:-

1. YTL yang pernah cuba ambil KTMB, Bangunan KTMB dan Stesen KL lama berjaya di pertahankan.

2. MMC gagal mengambilalih Bangunan KTMB dan Mengambalih KTMB, RUM berjaya pertahankan.

3. Berjaya mempertahankan ETS dari dianaksyarikatkan.

4. Masih kekal dan terus berjuang mempertahankan dan berusaha memastikan KTMB terus berada di landasan yang betul.

Kerana kami Pemimpin RUM adalah Pemimpin Tulin Kesatuan Sekerja, kami "UNIONIST"!
Perjuangan kami untuk semua pekerja KTMB dan juga untuk semua pekerja di negara ini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • TERBAKAR HATITenguk gambar ini yang dikirimkan oleh rakan yang katanya diambil dalam wall fb RAC jelas mereka dah menyimpan hasrat untuk meletakkan logo RAC ke Lokomotif, buktinya gambar yang dipaparkan. Keretapi Tanah "MELAYU" dah punah!… Read More
  • KENYATAAN YANG BERHATI2RUM nasihatkan pada Pengurusan KTMB agar berhati-hati mengeluarkan ungkapan/ucapan dan kenyataan melibatkan RNAA, RUM tidak teragak-agak menelanjangkan mana-mana Pengurusan KTMB. Perlu disedari setiap ungkapan/ucapan dan keny… Read More
  • TANDA NAMA RAC TELAH DIPADAMKAN DI STESEN KTMB KRAI (RNAA)Selepas kenyataan yang dikeluarkan dan diviralkan, Tanda Nama RAC di Stesen KTMB Krai telah dipadamkan. Lucu dan sangat pelik apabila tiada yang sedar malah mengikut info yang diterima pihak pengurusan KTMB sendiri tidak meng… Read More
  • PENGANGKUTAN KARGO KTMB "AVAILABILITY" LOKOMOTIF & WAGONRUM ingin menekankan kepada Pengurusan KTMB beri keutamaan kepada Pengangkutan Kargo, pengangkutan kargo sumber pendapatan utama KTMB. Pokok kepada pengangkutan kargo adalah lokomotif maka availability lokomotif hendaklah men… Read More
  • KECELARUAN BIDANG KUASA, KONONNYA! JANGAN ULANGI KESILAPAN SEPERTI PENGSWASTAAN KTMB!Kononnya mewujudkan RNAA adalah kerana kecelaruan bidangkuasa Perbadanan Aset Keretapi berdasarkan Akta Keretapi 1991, itu yang dikatakan melalui surat yang diterima oleh YB Dato Seri Menteri Pengangkutan. RUM nak jelaskan ba… Read More