24 April 2015

UCAPAN PERASMIAN

Ucapan Perasmian Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali UNI-GLOBAL oleh Tan Sri Dato Zainal Rampak antara lain menyatakan bahawa jangan sesekali lari dari perjuangan, keadaan sekarang adalah tidak baik untuk Kesatuan Sekerja yang terdapat banyak "UNION BUSTING", "KWSP" "GST, "HARGA BARANG" dan lain-lain lagi, maka itu semua kesatuan sekerja perlu bersatu berjuang untuk kepentingan kaum pekerja di negara ini.

Jangan rasa takut dan gentar, rasa takut dan gentar akan memberi ruang dan peluang untuk pihak - pihak luar terutamanya majikan mengambil kesempatan.

Selain dari itu beliau menyarankan agar semua bergabung dengan MTUC bagi memperkukuhkan MTUC, di samping menegur MTUC yang kian lemah dan tidak prihatin dengan kedudukan pekerja dan masalah yang berlaku di negara ini, bertindak sangat perlahan tidak seperti zaman beliau dulu sebagai contoh kenyataan akhbar jarang sekali dikeluarkan atau membuat komen dengan segera dan gerakan melalui tindakan piket juga sangat lemah sehingga suara bantahan dari MTUC kurang kedengaran.

Beliau menyatakan ketika beliau jadi Presiden MTUC, setiap pagi beliau akan membaca semua akhbar, sekiranya ada sesuatu isu, beliau dengan segera membuat komen atau bantahan.

Antara lain kenyataan beliau ialah, walaupun ada yang berkehendakkan beliau menerajui MTUC kembali, beliau tidak berminat kerana faktor umur yang telah menjangkau 75 tahun dan kini memberi tumpuan kepada "Workers Institute on Teknology" satu - satunya Kesatuan Sekerja di dunia yang mewujudkan institusi berkemahiran tinggi bagi melahirkan pekerja berkemahiran tinggi, sehingga ini beliau berbangga kerana telah melahirkan 32,000 tenaga pekerja berkemahiran, inilah sumbangan dan bakti beliau kepada pekerja dan negara.

Beliau juga berharap agar Presiden Uni Global Dato Shafiee BP Mammal agar teruskan perjuangan, kerana beliau mendapati Uni-Global bergerak pro aktif malah kerap keluarkan kenyataan dengan kadar segera malah berjaya menubuhkan banyak kesatuan sekerja baru di negara ini yang bergabung dengan Uni - Global dan berjaya menyelesaikan banyak masalah Kesatuan Sekerja di bawah gabungan Uni Global.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB