31 Disember 2018
SELAMAT TINGGAL 2018 (CATATAN RINGKAS 2018)
Isnin, Disember 31, 2018
Alhamdulillah tiada banyak isu yang berlaku sepanjang enam bulan terakhir 2018, cuma 6 bulan pertama 2018 yang ada ialah kerisauan mengenai RNAA yang cuba dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan terdahulu.
Hubungan dengan pengurusan KTMB dalam kategori baik setelah Pengurus Besar Sumber Manusia digantikan dengan yang baru, banyak isu-isu
berjaya diselesaikan.
RNAA masih kekal setelah ditandatangani oleh Mantan Lembaga Pengarah, malah usaha-usaha...
27 Disember 2018
AL FATIHAH
Khamis, Disember 27, 2018
AL FATIHAH
Dengan rasa sedih saya ingin maklumkan Sdr Roslan Naib Presiden RUM telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi.
Kami seluruh warga RUM rasa sedih dengan kehilangan seorang pejuang kesatuan sekerja yang banyak berbakti kepada RUM dan semua warga RUM, beliau seorang pejuang tulin dalam arena perjuangan RUM, jasa baktinya akan terus dikenang dalam lipatan sejarah kepimpinan RUM, segala sumbangan baktinya hanya Allah Swt shj yang mampu membalasnnya...
19 Disember 2018
SIJIL CUTI SAKIT PALSU (RUPANYA ADA LAGI KES BELI MC PALSU)
Rabu, Disember 19, 2018
Cerita beli sijil sakit palsu ini tak abis-abis, dengar cerita masih berlaku lagi.
Nasihat RUM... nak cari kerja bukan mudah... dah dapat kerja... jagalah kerja baik-baik...
Dalam Perjanjian Bersama (CA) dah diberikan "CUTI REHAT", malah kalau benar-benar sakit pergi jumpa Doktor Bertauliah (Panel Klinik) peruntukan untuk "CUTI SAKIT LUAR" ialah 28hari setahun cuma Sijil Cuti Sakit ini adalah dari Doktor Bertauliah sahaja.
Yang gatal-gatal beli "SIJIL CUTI SAKIT PALSU" tu apa pasal? Ingat pengurusan itu bodoh sangat ke? Sampai tidak boleh kesan...
12 Disember 2018
HAD LIMIT 104 JAM SEBULAN KERJA LEBIH MASA (AKTA KERJA 1955)
Rabu, Disember 12, 2018
Mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265) bahawa setiap pekerja tidak boleh bekerja lebih masa lebih dari 104jam sebulan atau tidak lebih dari 4jam sehari.
Itu mengikut peruntukan undang-undang, maka pihak majikan kena patuh kepada undang-undang agar tidak didakwa.
Dari sudut pekerja khususnya golongan B40 atau yang berpendapatan rendah, gaji yang diterima adalah tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang...
05 Disember 2018
KOMEN RUM MENGENAI KENYATAAN AKHBAR TUN MAHATHIR MOHAMED PERDANA MENTERI MALAYSIA
Rabu, Disember 05, 2018
Kesatuan Sekerja sentiasa menjalinkan kerjasama dengan majikan malah sentiasa mendahulukan keharmonian perusahaan.
Namun adakala Kesatuan Sekerja kena bertindak dengan mengambil tindakan perusahaan setelah melihat kepincangan dan kelemahan pengurusan dalam meningkatkan produktiviti atau dalam keadaan bila pengurusan tidak menitikberatkan kepentingan pekerja.
Adalah janggal sekiranya kesatuan sekerja berdiam diri dengan membenarkan pihak pengurusan...
29 November 2018
PENCEN MINIMA PEKERJA SYARIKAT KERAJAAN YANG DISWASTAKAN
Khamis, November 29, 2018
Sebentar tadi berlangsung pertemuan dengan Tun Daim Zainuddin Penasihat Kerajaan mengenai rayuan dari Uni-Glc yang diketuai oleh Ybhg Dato Haji Shafiee Mammal, Sdr Roszeli dari Kesatuan Pekerja-Pekerja TNB dan saya dari RUM mengenai pencen minima untuk pekerja diswastakan.
Pertemuan ini adalah dengan tujuan mengemukakan rayuan kepada kerajaan agar dapat dipertimbangkan gaji minima pada semua pekerja syarikat yang telah diswastakan, perjuangan...
25 November 2018
1500 PEKERJA MEDIA PRIMA BAKAL DIBUANG KERJA / RUM LAHIRKAN SIMPATI/ NASIB KITA PEKERJA KTMB MUDAH-MUDAH TIDAK BERLAKU!
Ahad, November 25, 2018
Satu isu yang menarik, bila ianya digembar-gemburkan, pada RUM ianya sesuatu yang menyedihkan bila melibatkan kaum pekerja.
Namun RUM selalu melihat sekiranya ini berlaku puncanya ialah kelemahan pengurusan itu sendiri yang gagal mentadbir urus syarikat dengan efektif.
Kegagalan pengurusan maka mangsanya adalah pekerja!
RUM telah membuktikan melalui kelemahan pengurusan terdahulu dalam KTMB, RUM berpiket kerana melahirkan rasa tidak berpuas hati...
16 November 2018
PERTEMUAN DENGAN YB ANTHONY LOKE MENTERI PENGANGKUTAN SEMALAM.
Jumaat, November 16, 2018
RUM merakamkan ucapan terima kasih kepada Yb Menteri Pengangkutan yang dapat meluangkan masa untuk bertemu dengan kepimpinan RUM. Pertemuan yang dinanti-nantikan ini telah mengambarkan satu pertemuan yang sangat bermakna berikutan isu mengenai Railway Network Access Aggrement (RNAA) yang menjadi isu sejak sekian lama menjadi tentangan RUM terhadap peneraju Kementerian Pengangkutan terdahulu.
Secara ringkas pertemuan ini bukanlah satu penyelesaian...
15 November 2018
TERIMA KASIH YB MENTERI PENGANGKUTAN ATAS PERTEMUAN RASMI DENGAN KEPIMPINAN RUM.
Khamis, November 15, 2018
Gambar ketika pertemuan jam 4 petang berlangsung selama 1jam 15 minit di Parlimen, pertemuan dianggap sangat positif.
Maklumat lanjut mengenai pertemuan akan di update esuk.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
RUM TAK BUAT APA-APA KE? SATU SOALAN CEPUMAS! PEKERJA DI IBU PEJABAT KTMB/KLO/KL CENTRAL & DEPOH SEKITAR KUALA LUMPUR KONONNYA DIARAH BERPINDAH. (PART 1)
Khamis, November 15, 2018
Teori RUM mudah, kenapa pihak RAC nak mengusulkan perancangan serta mengkaji dengan mengosongkan ibu pejabat KTMB, Stesen Keretapi Lama (KLO), Stesen KL Central dan semua depoh di sekitar Kuala Lumpur.
Ramai yang tidak tahu, KTMB sampai sekarang tidak mampu membayar tungakan pembayaran kepada kontraktor yang melibatkan kurang lebih RM 150 juta (anggaran) hutang ini disebabkan peneraju KTMB dahulu.
Melalui Railway Network Access Aggrement (RNAA) setiap aset yang dimiliki oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC) maka KTMB perlu membayar kepada...
14 November 2018
RUM TAK BUAT APA-APA KE? SATU SOALAN CEPUMAS! PEKERJA DI IBU PEJABAT KTMB/KLO/KL CENTRAL & DEPOH SEKITAR KUALA LUMPUR KONONNYA DIARAH BERPINDAH.
Rabu, November 14, 2018
Bila RUM dengar mahu tak panas telinga, rasa terbakar bila soalan begini keluar, tapi biasalah kenyataan sebegini yang sentiasa dilontarkan, jangan sesekali melatah, asam garam bila duduk di platform RUM tidak kira apa jawatan yang dipegang oleh kepimpinan RUM mereka hanya pandai menyalahkan tapi kebanyakannya bukan ahli RUM, cuma bahayanya mulut mereka ini boleh merosakan pemikiran ahli-ahli RUM yang tidak dapat cerita sebenar, maka ahli RUM akan terpengaruh dan turut menyalahkan kepimpinan RUM.
Isu terbaru yang dilontarkan kononnya mengenai arahan...
13 November 2018
Idea Basi.. (2x5)
Selasa, November 13, 2018
Duduk dalam RUM.. isu tak penah abis.. bukanlah isu baru.. isu sama yang berulang2.. idea basi.. (2x5) aiyaaa... fail...
MEMORI RUM PERTAHANKAN BANGUNAN KTMB SEJAK DULU.
Selasa, November 13, 2018
RUM bukanlah kali pertama mempertahankan Bangunan KTMB, sebelum kenyataan dalam blog suara rum memgenai cubaan MMC hendak mengambilalih bangunan KTMB, YTL telah berusaha gigih untuk mengambilalih bangunan KTMB yang mana RUM menentang sekeras-kerasnya, maka setiap percubaan untuk mengambilalih asalnya milik KTMB tetap akan ditentang!
Ingatan ini kepada mana-mana pihak yang cuba mengambilalih mana-mana hak asalnya milik KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
RUM bantah serah bangunan KTMB kepada MMC &nb...
09 November 2018
08 November 2018
AL FATIHAH
Khamis, November 08, 2018
Dengan rasa dukacita dimaklumkan Sdr Baharudin Mantan Setiausaha Cawangan Ipoh yang baru bersara dua (2) bulan atas sebab kesihatan telah kembali kerahmatullah.
Perginya seorang sahabat dan pejuang RUM, semoga Allahyarham Baharudin ditempatkan dengan orang-orang yang soleh.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
05 November 2018
03 November 2018
BELANJAWAN
Sabtu, November 03, 2018
Kalau kita baca cara positif maka jawapannya positif, andai kita baca cara negatif maka jawapannya negatif, maka Allah Swt bagi kita akal untuk berfikir.. fikirlah.. ini je komen R...
01 November 2018
PERASMIAN STESEN ABDULLAH HUKUM SERAH SURAT PADA YB MENTERI PENGANGKUTAN
Khamis, November 01, 2018
RUM merakamkan terima kasih atas kesudian menjemput kepimpinan RUM untuk menghadiri Majlis Perasmian Stesen Keretapi Abdullah Hukum.
RUM juga mengambil kesempatan menyerahkan surat kepada Yb Menteri Pengangkutan sendiri dalam Majlis Perasmian untuk memohon temujanji, surat yang dihantar hari ini adalah surat yang ketiga (3) kepada Yb Menteri untuk memohon temujanji.
Surat 1 bertarikh :- 1 Jun 2018
Surat 2 bertarikh :- 26 Jun 2018
Surat 3 bertarikh :- 1 November 2018
Harapan kita Yb Menteri sudi bertemu dengan kita dan memberi ruang untuk kita berbicara...
ITF unions support call for public operation of Seoul Metro Line 9
Khamis, November 01, 2018
ITF unions support call for public operation of Seoul Metro Line 9 &nb...
27 Oktober 2018
KEAHLIAN / SIASATAN DALAMAN JOM SERTAI RUM
Sabtu, Oktober 27, 2018
RUM sedar masih ramai yang tidak menjadi ahli samada tidak memahami apa itu Kesatuan Sekerja atau mungkin termakan hasutan @ fitnah dari puak-puak yang tidak gemar dengan RUM.
Kepada pekerja "bukan eksekutif" KTMB samada yang telah berkhidmat lama atau baru menyertai KTMB, saudara/i adalah dialu-alukan menjadi ahli RUM, kerana RUMlah organisasi yang mampu membela nasib saudara/i , ketika saudara/i berada dalam keadaan bermasalah khususnya saudara/i yang disabit kesalahan sebagai "tertuduh" dalam siasatan dalaman makanya pegawai-pegawai RUM yang...
23 Oktober 2018
KEPIMPINAN / KESELAMATAN. TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN/KETUA TERHADAP SEMUA SUDUT.
Selasa, Oktober 23, 2018
Tidak kira dimana kedudukan jawatan kita, samada jawatan kita sebagai Bapa atau sebagai Ketua Organisasi atau sebagai Ketua Majikan atau sebagai Ketua Kerajaan kita bertanggungjawab terhadap anak kita, kita bertanggungjawab terhadap ahli/ kepimpanan di bawah kita, kita bertanggungjawab terhadap pekerja/pegawai kita, kita bertanggungjawab terhadap rakyat/kepimpinan di bawah kita, ini prinsip asasnya.
Andai anak kita salah, andai ahli/kepimpinan kita salah, andai pekerja/pegawai salah sesebuah syarikat salah maka asas utama ialah:-
1. Memberi kesedaran/kursus
2....
17 Oktober 2018
PENDEDAHAN DUNIA LUAR PENTING RNAA ISU UTAMA RUM
Rabu, Oktober 17, 2018
ITF
Pendedahan dunia luar ini sangat penting, agar kita tahu setiap perkembangan yang berlaku khususnya dalam arena perkeretapian maka ITF Congress dan ITF Railway Section Conference banyak membantu dari segi pengetahuan dan berkongsi pengalaman. Solidarity dari seluruh anggota gabungan ITF memberi kita satu kekuatan untuk terus berjuang diarena perjuangan kaum pekerja khususnya Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM) yang tidak pernah berhenti menghadapi pelbagai cabaran.
Isu Penswastaan / Outsourcing adalah bualan hangat dari setiap kepimpinan...
16 Oktober 2018
PENSWASTAAN / OUTSOURCING RUM TETAP BERPENDIRIAN RNAA DIBATALKAN
Selasa, Oktober 16, 2018
Isu penswastaan ini dah basi, kiranya telah dilaksanakan bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia..
Penyelesaiannya tidak ada, hanya bangkit dan terus membangkitkan isu.. namun ianya bukan satu halangan untuk membangkitkan agar kita tidak lupa bahawa penswastaan /outsourcing ini satu ancaman kepada pekerja dan pengguna, ianya juga untuk melahirkan kesedaran kepada setiap pemimpin kesatuan dan ahli-ahlinya sedar bahawa perjuangan hendaklah diteruskan tanpa putus asa.
Kenapa begitu? Sebabnya kita sendiri lemah.. kita sendiri tidak kuat.. dan...
RAILWAY SECTION CONFERENCE
Selasa, Oktober 16, 2018
Cerita yang sama, masalah yang sama, isu yang sama dialami semua perkeretapian di dunia iaitu Penswastaan, Outsourcing dan pasti KTMB dengan masalah RNAA.
Semua bersatu menentang pengswastaan, outsourcing!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
14 Oktober 2018
Internatioal Transport Workers Congress 14- 20 Oktober 2018
Ahad, Oktober 14, 2018
Menghadiri Internatioal Transport Workers Congress 14- 20 Oktober 2018 di Suntec Singapore International Convention and Exhibition Centre, semua pemimpin kesatuan gabungan ITF dengan kehadiran 2300 perwakilan belum termasuk permerhati, penasihat kesatuan dari seluruh dunia mewakili pengangkutan Laut, Udara, Darat berhimpun 4 tahun seka...
11 Oktober 2018
CADANGAN PENURUNAN HARGA TAMBANG REL
Khamis, Oktober 11, 2018
RUM mengalu-alukan kenyataan Yb Menteri Wilayah Persekutuan dalam usaha menurunkan harga tambang pengangkutan rel, langkah ini adalah selaras maksud "perkhidmatan sosial" maka sewajarnya harga yang lebih rendah diberikan kepada pengguna bagi mengalakkan pengguna mengunakan perkhidmatan rel seterusnya mampu mengurangkan kesesakan jalan raya.
Namun hasrat ini tidak akan berjaya sekiranya kos perbezaan tambang bersubsidi dengan kos operasi tidak ditanggung oleh kerajaan, untuk makluman kos operasi pengendali pengangkutan rel ini sangat tinggi malah...
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PEKERJA HARUS SEDAR
Khamis, Oktober 11, 2018
Perkembangan teknologi kini satu ancaman kepada pekerja, pekerja harus sedar dengan perkembangan teknologi akan mengakibatkan berlakunya pengurangan tenaga kerja manusia kerana sektor yang menggunakan tenaga manusia telah digantikan dengan elektronik atau robotik.
Pekerja tidak boleh berasa selesa dengan alaf baru ini, kerana akibat atau implikasinya cukup besar kepada golongan pekerja dari sudut pengurangan pekerja.
Di KTMB sendiri contohnya sistem "ticketing", sistem "Operation Management Centre" (OMC) yang mengawal sistem perjalanan tren boleh...
09 Oktober 2018
KEBAKARAN KUARTERS KTMB DI PASIR MAS KUNJUNGAN PEGAWAI UTAMA RUM
Selasa, Oktober 09, 2018
Pegawai Utama RUM iaitu Sdr Maniam Setiausaha Agung RUM, Sdr Hairuddin Bendahari Agung RUM, Sdri Suraya Pen. Bendahari Agung dan Sdr Setiausaha Cawangan Kuala Lumpur telah berkunjung ke Pasir Mas menziarahi ahli Rum yang terlibat dengan kebakaran kuarters di Pasir Mas.
Kunjungan ini demi memberi dorongan serta semangat dalam menghadapi kesulitan yang tidak dijangkakan, turut bersama dalam kunjungan ini adalah Sdr Motza Pengerusi Cawangan Tumpat dan...
KEBAKARAN KUATERS KTMB DI PASIR MAS
Selasa, Oktober 09, 2018
RUM merasa simpati yang amat sangat dengan kejadian kebakaran yang berlaku di kuarters keretapi Pasir Mas malam tadi, yang melibatkan empat (4) buah rumah yang mana semua yang terlibat adalah ahli-ahli RUM.
Kami mendoakan semoga semua yang telibat diberi kekuatan dan tabah dalam menghadapi kesulitan ini.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
07 Oktober 2018
PANDANGAN RUM PADA KEPIMPINAN MTUC
Ahad, Oktober 07, 2018
Bila kita jadi pemimpin, pendirian kita mesti sama mempertahankan kepentingan organisasi, anggotanya, mengangkat mertabat MTUC dan memperjuangkan hak dan faedah pekerja di negara ini kerana MTUC adalah "PAYUNG" kepada kami kesatuan gabungan dan seluruh pekerja di negara ini.
Bertelagah sesama sendiri atas apa alasan pun, keburukannya adalah pada organisasi serta anggotanya, tiada siapa perlu menang atau tiada siapa perlu kalah kerana setiap kemenangan maupun kekalahan itu telah menghakibatkan organisasi tercemar dengan teruknya.
Kembali...
04 Oktober 2018
03 Oktober 2018
PERJANJIAN BERSAMA KE 9 (1Jan 2019 - 31Disember 2021)
Rabu, Oktober 03, 2018
Setiausaha Agung RUM Sdr Subramaniam telah menyampaikan "Draf Perjanjian Bersama ke 9" kepada Pengurus Besar Perolehan, Menampung Tugas Modal Insan KTMB, En Mohd Hider Bin Yussof @ Othman.
RUM berharap proses Perjanjian Bersama ke 9 ini akan berjalan dengan lancar selaras peruntukan Akta Perhubungan Perusahaan (Akta 177) malah akan memberi faedah yang lebih baik kepada seluruh pekerja bukan eksekutif demi memastikan kos sara hidup yang tinggi dapat...
02 Oktober 2018
TAHNIAH DARI RUM PUSAT
Selasa, Oktober 02, 2018
RUM merakamkan tahinah kepada Pekerja yang terlibat dari Jabatan Urusan Jalan Johor Bharu yang sangat kreatif sehingga berjaya mengusahakan projek membina troli untuk kegunaan sendiri, satu kejayaan bagi warga KTMB khususnya KTMB dalam menjanakan idea kreatif ini. Terima kasih kepada RUM Cawangan Johor yang sentiasa memberi sokongan kepada pekerja dan terus mengangkat mertabat pekerja.
Gambar/ Video/ Penulisan credit to Abu Arabi
INOVASI...
27 September 2018
ICLS PRESENTATION
Khamis, September 27, 2018
Bila Bro Yamada Setiausaha Agung ICLS bagi presentation setiap negara.. wow.. hebat union negara luar.. berani... tapi bila mengenai RUM macam tiada isu... hehehe... isu ada.. cuma "time frame.." bersabar bila peralehan kuasa kerajaan... kenalah ada tempoh... jangan bulldozed je.. jangan nak hentam membabi buta... sekadar nak jadi hero.. tunjuk dunia luar kita hebat.. tapi mati katak.. buat apa? Itu failed!!!
Setiap perkara mesti berhati-hati.. ada tempoh yang munasabah... tengok persekitaran.. semua proses dah selesai... surat dah hantar...
25 September 2018
LAMA TAK BERCERITA..ULAAN BAATAR
Selasa, September 25, 2018
Replies: 0
Alhamdulillah selamat sampai di ulaan baatar, mongolia, sebelum ini transit di seoul, rasa penat tak abis, yang sebelum ini ke Berlin untuk Inno Trans 2018 yang memakan masa berada di udara sangat lama, namun sempat pulang ke rumah sebentar untuk menukar beg yang berisi pakaian kotor dengan yang baru sebelum berlepas semula... tahun ini terasa paling banyak ke luar negara... macam seronok.. tapi keluarga mula dah complain.....
20 September 2018
08 September 2018
KENYATAAN YANG TELAH DIPAPARKAN PADA 7/9/2016
Sabtu, September 08, 2018
1. BEZA PENJAWAT AWAM & PEKERJA SWASTA
2. PENTINGNYA KESATUAN SEKERJA
3. PEKERJA/MAJIKAN/KERAJAAN
Ramai yang marah apabila GAJI MINIMA antara Penjawat Awam dan Pekerja Swasta berbeza atau mungkin lain-lain faedah berbeza, penjawat awam dapat lebih dari sektor swasta, tapi ada juga sektor swasta yang dapat lebih dari sektor awam, sebagai contoh pekerja swasta mampu dapat bonus 3 hingga 5 bulan tapi penjawat awam hanya dapat RM 1,000.00 sahaja atau maksimanya berdasarkan track record yang ada tidak lebih dari satu bulan gaji. Ada gaji di sektor...
07 September 2018
RUM RAYU PERTIMBANGKAN KENAIKAN GAJI MINIMA YANG MUNASABAH BUKANNYA RM 1050.00
Jumaat, September 07, 2018
Biarpun dijanjikan dalam PRU gaji minima RM 1500.00 dalam tempoh 5 tahun, penganugerahan sekadar 5% dari gaji minima RM 1000.00 kepada RM 1050.00 adalah tidak munasabah.
RUM menjangkakan setidak-tidaknya gaji minima yang wajarnya diumumkan ialah menyamaratakan dengan gaji minima yang diperuntukkan dengan penjawat awam, jangkaan RUM meleset sekali, kerana RUM sentiasa memantau setiap janji, malah RUM amat memahami bila janji yang diwar-warkan adalah RM 1500.00 dalam tempoh lima (5) tahun, walaupun pendirian semua kepimpinan Kesatuan Sekerja berkehendakkan...
06 September 2018
GAJI MINIMA YANG DIUMUMKAN OLEH KERAJAAN RM 1050.00
Khamis, September 06, 2018
DARI KACAMATA RUM
GAJI MINIMA YANG DIUMUMKAN ADALAH TIDAK MUNASABAH
Pada pandangan RUM kenaikan gaji yang diumumkan oleh kerajaan adalah berdasarkan peratusan (%), bukannya pada penilaian jumlah wang Ringgit Malaysia (RM), maka kenaikannya hanyalah 5% sahaja.
RUM juga melihat keputusan yang dibuat oleh kerajaan tidak berdasarkan kepada kos sara hidup atau kos kehidupan harian maupun kos kehidupan bulanan setiap individu pekerja yang sudah berkahwin maupun bujang.
RUM juga menilai bahawa bahawa teknik kenaikan ini seperti teknik sistem...
05 September 2018
KELUHAN SEORANG PEKERJA
Rabu, September 05, 2018
RUM paparkan mesej seorang pekerja kepada RUM di bawah ini, agar pihak pengurusan membuka mata, betapa keluhan ini perlu diambil perhatian, "kuli" juga insan, perlu perhatian dan pertimbangan, maka dengan kebijaksanaan pengurusan perlu memikirkan kedudukan pekerja bawahannya, berilah peluang, wujudkanlah peluang agar mereka ini tidak rasa dianaktirikan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
[04/09, 23:41] yang ni sengaja saya tulis macam ni chip... bukan apa chip... kadang2 saya bengang dgn sesetengah pegawai di jabatan saya ni......
02 September 2018
SALES AND SERVICES TAX (SST)
Ahad, September 02, 2018
Terlalu awal nak buat komen, masih tunggu dan lihat, kefahaman yang jelas amat diperlukan, kami kesatuan sekerja perlu mengetahui impilasi kepada golongan pekerja.
Banyak yang viralkan resit-resit hingga menimbulkan kecelaruan sehingga ada dua (2) cukai dikenakan dalam satu (1) resit untuk pengguna iaitu "sales tax" dan "service tax". Kita memahami maksud "sales tax" maupun "service tax" namun bila tenguk resit-resit yang dipaparkan maka seolah-olah ada yang tidak kena, samada kerajaan membuat kesilapan dari sudut percukaian atau SST lebih teruk...
24 Ogos 2018
DASAR LAMA/ DASAR BARU
Jumaat, Ogos 24, 2018
ECRL bila baca komen politik kita akan bercelaru... tapi tak kesah, RUM bukan parti politik.. kepentingan RUM adalah menjaga kepentingan pekerja dan KTMB, soal politik kita ketepikan, soalnya KTMB telah lama dianaktirikan, "time" sekarang kita nak tenguk pula sejauh mana kerajaan baru mengambil berat tentang KTMB, berusaha membantu KTMB, malah RNAA pula hendaklah dibatalkan, andai dasar lama diikuti seperti pelaksanaan RNAA, maka tiada bezanya kerajaan lama dan baru.
Kita juga sedar bahawa 100 hari khususnya Kementerian Pengangkutan menumpukan...