RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

31 Disember 2014

SELAMAT TINGGAL 2014 (2)

Secara umumnya 2014 meninggalkan seribu kenangan manis, pahit, getir, duka, kecewa, sedih, sebuah perasaan yang mempunyai pelbagai rasa. Ianya menjadi kenangan yang tidak dilupakan, titik perjuangan yang penuh cabaran, yang menjadikan kita lebih matang, penuh dengan pembelajaran. Hikmahnya kita dapat mengenali siapa rakan siapa sahabat, siapa takut siapa berani, siapa ikhlas siapa pura-pura, siapa yang hanya memikirkan diri sendiri, siapa...

30 Disember 2014

SELAMAT TINGGAL 2014 (1) SEJARAH

Piket ini akan menjadi kenangan indah, satu tindakan yang dibenarkan oleh undang-undang. Kita bertindak demi memastikan tahap keselamatan pekerja dan penumpang terjamin, berikutan kegagalan Dato Elias Kadir sebagai Presiden KTMB. Piket telah dilaksanakan dengan jayanya, satu landasan dalam perjuangan, perjuangan untuk memastikan KTMB dipulihkan, makanya faedah selepas dipulihkan akan mampu memberi pulangan yang baik kepada pekerja. Inilah...

29 Disember 2014

SELAMAT TINGGAL 2014 ISTIQAMAH

Tahun 2014 ni... Macam-macam musibah melanda... Negara MH 370, MH 17, Banjir Besar, yang terbaru kehilangan Kapal Terbang Air Asia. RUM Kes kegagalan Presiden KTMB, pembuangan kerja tanpa notis, Banjir Besar melanda Kuarters KTMB, Landasan KTMB tenggelam serta menenggelamkan Lokomotif dan Koc. Hebat cabaran 2014, hanya dengan kekuatan dan ketabahan sahaja mampu mengatasi keadaan ini. Semua yang berlaku atas kehendak NYA, semua yang...

TABUNG KEBAIKAN (BANJIR)

Alhamdulillah, idea RUM mencetuskan TABUNG KEBAIKAN melalui Perjanjian Bersama (CA) pada CA ke 4 dengan setiap individu pekerja menyumbang RM 1.00 , Majikan RM 1.00 dan di naikkan RM 1.00 Majikan RM 1 pada CA ke 7 menjadikan sumbangan setiap individu Pekerja menyumbangkan RM 2.00 manakala majikan menyumbangkan sebanyak RM 2 bagi setiap pekerja. Hari ini sumbangan setiap pekerja dan majikan dapat di manfaatkan kepada semua sahabat-sahabat kita...

27 Disember 2014

Keretapi pun tenggelam...

Semalam saya maklumkan kpd rakyat dan pengguna melalui saluran tv..tentang masalah banjir dan keretapi di pantai timur yg tergendala. Pagi ini saya rasa amat pilu kerana dimaklumkan ramai anak kecil yg meninggal. Banjir ini bukan banjir biasa.  Tiap tahun jalan keretapi tak tenggelam tapi kali ini bukan saja jalan keretapi malah keretapi pun tenggelam sampai bumbung.  Saya berdoa 117 pekerja ktmb dan lebih 700 ahli keluarga mereka...

25 Disember 2014

Rumah staff KTMB keseluruhannya terlibat banjir.

RUM baru dapat Info 100% kuarters KTMB di Kuala Krai terlibat dengan banjir, mohon Pengurusan KTMB dan Wilayah menghulurkan bantuan kepada semua pekerja yang terlibat. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KT...

Warga KTMB terbaik

Banjir di Kelantan - Gambar Malaysiakini Alhamdulillah... Hebat sahabat, dapat mencari dan membantu mangsa banjir menghulurkan bantuan dengan mendapatkan 2 buah helikopter swasta, mencari sumbangan dan menghulurkan bantuan keperluan kepada mangsa banjir di Kelantan. Pertolongan apa cara pun... adalah usaha yang terbaik... Itu dia "Warga KTMB", warga KTMB masih ramai yang terbaik. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTM...

Banjir Besar

Gambar Hiasan Assalamualaikum n Salam Sejahtera Semoga sihat dan ceria selalu.. Semoga yang terlibat dalam "BAH BESAR" ini tabah menghadapi setiap cubaan, kepada Allah Swt juga kita kembali. Di bawah ini RUM paparkan mesej yang diterima dalam inbox dari "Warga KTMB", difikirkan menarik untuk dipaparkan, terima kasih kepada penulis. "As'salamualaikum. Moga sihat. Hari ini terlintas di dada.... Adjust punya adjust atas paper...

24 Disember 2014

PENGURUS BESAR POLIS BANTUAN KTMB

Ketika pemimpin RUM dibuang kerja, kami dilayan ibarat penjenayah, dalilnya pegawai RUM yang ingin menghantar surat dihalang masuk ke Ibu Pejabat KTMB. Bila RUM protes, maka diiringi pula pegawai2 RUM sekurang-kurangnya 2 Polis Bantuan, malah ada yang bertindak kasar termasuk seorang inspektor yang baru dilantik. Kononnya mereka menjalankan tugas dan sangat bagus. Kes yang berlaku di Stesen Batang Benar dan Senawang apa jadi?...

Keselamatan ??

Lagi Kes Di Stesen Keretapi Senawang pula.... Pengurus Besar Keselamatan duk wat apa? Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KT...

Tolong ambi perhatian

Pihak Pengurusan KTMB khususnya Pengurus Besar Keselamatan, tolong beri perhatian. Laporan Polis Oleh Pengadu. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB Rungutan pengadu yang dipaparkan didalam FB: "Assalamualaikum dan hi semua. Ketika saya menaip kisah ini, tangan masih menggigil, fikiran masih terbayang-bayang apa yang terjadi malam itu. Saya ingin berkongsi pengalaman tragik, kisah balik kerja yang selalunya gembira bertukar menjadi...

Banjir

Assalamualaikum Mohon ahli-ahli RUM memaklumkan terus kepada saya atau mana-mana pegawai RUM yang terhampir mengenai perkembangan banjir di pantai timur khususnya yang terlibat dengan banjir. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KT...

23 Disember 2014

TOKOH

Kehadiran Ybhg Dato Seri Raja Nong Chik ke Mesyuarat Majlis Eksekutif RUM jam 1 tengah hari sebentar tadi. Sessi memperkenalkan Tokoh yang membantu pemulihan kerja dalam menghadapi kemelut RUM. Penghargaan setinggi-tinggi Terima Kasih kepada Dato Seri yang sudi hadir dan membantu RUM dalam pemulihan kerja seramai 96 orang. Semoga Allah Swt membalas segala kebaikan dan pertolongan kepada Ybhg Dato Seri Raja Nong Chik Kenyataan Rasmi Kesatuan...

Banjir di Merapoh

Banjir melanda menenggelamkan landasan keretapi di Merapoh, Pahang. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KT...

22 Disember 2014

CONTOH ISU...

Isu Keselamatan yang melibatkan kebisingan dalam injin Lokomotif IRCON. Isu yang dibawa ini sangat lemah sehingga boleh melibatkan natijah kepada pekerja... Difahamkan telah dibangkitkan dalam Mesyuarat SHE INDUK. Benar isu ini boleh menimbulkan implikasi kepada pekerja kerana tahap kebisingan, namun demikian dari aspek keselamatan, pihak pengurusan telah pun menyediakan "ear plug" maksudnya ialah untuk mengurangkan atau menstabilkan kebisingan...

YES BOSS Part 3 KASIH SAYANG

Alangkah manisnya... pendekatan kasih sayang digunakan dalam mengerakkan organisasi, mendengar keluhan pekerja bawahan yang telah lama merasa kehilangan faedah selepas diswastakan. Mengeratkan silaturahim rahim diantara sesama insan, kerana kita apa pun jawatan tak kira jawatan dia tinggi melangit, dia tetap seorang pekerja yang menerima upah (gaji) Kasih sayang akan mampu melonjakkan kebaikan kepada organisasi khususnya KTMB yang kita sayangi. Tapi...

21 Disember 2014

YES BOSS Part 2 TEGURAN MEMBINA

RUM telah pun memainkan peranan dalam usaha mewujudkan "rakan kongsi" yang baik dengan melaksanakan "teguran membina", malah sentiasa berpegang kepada prinsip "keharmonian perusahaan". Pegangan ini untuk memastikan tiada sebarang pertikaian wujud demi memastikan matlamat membawa KTMB ke arah pemulihan seterusnya menjanakan pendapatan yang baik bagi memastikan hasil pendapatan yang baik dapat dipulangkan kepada pekerja dengan meningkatkan taraf...

"YES BOSS" PART 1 RAKAN KONGSI

Sebagai Kesatuan Sekerja peranan rakan kongsi adalah menjadi satu harapan, mengeratkan hubungan menjalinkan keharmonian perusahaan, matlamat ini sebagai pemangkin untuk memajukan organisasi. Namun demikian, andai Syarikat merudum, pembaikpulihan tiada, kedudukan keselamatan terpinggir, gaji di bawah pasaran, maka janganlah kita bersuara, biarkan saja apa yang berlaku kerana kita adalah rakan kongsi. Sedangkan berbual secara lisan lebih kurang...

19 Disember 2014

YES BOSS

Benar dalam situasi seorang insan yang dinamakan "PEKERJA", maka seorang "PEKERJA" perlu pendekatan "YES BOSS", biarpun "BOSS" membuat salah laku, "YES BOSS" memberi manfaat kepada individu "PEKERJA" dari aspek "KENAIKAN PANGKAT" menikmati "KERJA MUDAH" peluang cerah iaitu "MUDAH HIDUP". "YES BOSS" secara positifnya sangat baik sekiranya "BOSS" yang mana berkenaan telah menjalankan tugas dengan bertanggungjawab, berdedikasi, berniat baik, sentiasa...

16 Disember 2014

Banjir di stesen komuter Batu Tiga Shah Alam

Foto: FB Sukan Star TV UPDATE Mesej di terima di highlightkan dalam Suara RUM [16/12 22:55] Kejadian 10 minit y lalu....banjir kilat di kuarters batu3... [16/12 22:55] Patot kene buat sesuatu tok kuarters batu 3....tlg bantuan kepada RUM pusat....untuk menyelesaikan masalah banjir y sekian LAMA....management x pena pandang!tolong SANGAT3.... Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KT...

BELUM BERLAKU

RUM selalu menegur sebelum berlaku setelah mendapat maklumat akan berlaku, bermaksud mengingatkan bahawa perkara - perkara yang tidak sihat supaya jangan dibuat atau pun jangan dilakukan. Membiarkan perkara berlaku, adalah lebih parah, kerana akibatnya bukan sahaja individu yang melakukan tetapi akibatnya adalah kepada seluruh organisasi. Bila menyebut organisasi, maka organisasi adalah semua pihak yang terdapat dalam organisasi. Jadi teguran...

CARI MAKAN

Sejujurnya kalau nak cari makan, biarlah cari makan dengan ikhlas, dengan tulang empat kerat, bukannya cari makan ikut pintu belakang, cari makan yang orang nampak... bukan orang tak nampak... Walaupun cari makan ikut pintu belakang, Allah Swt nampak... RUM pun boleh tahu... sebab RUM banyak mata dan banyak telinga.. Jangan sampai RUM tembak... Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KT...

15 Disember 2014

SIMPATI

Bila seorang pekerja CSR dibuang kerja datang berjumpa saya minta khidmat nasihat... Pekerja ini dibuang kerja tanpa diberi peluang membela diri, tanpa surat tunjuk sebab, tanpa siasatan dalaman. THIS IS MALAYSIA! WE HAVE LAW! Simpati sangat-sangat, sekiranya ditempat beliau ada Kesatuan Sekerja pasti perkara begini tidak akan berlaku, malah bila diamati pertuduhan dia sangat longgar. Sebagai Kesatuan Sekerja kira tetap membantu dengan...

LAWATAN ITF KE IBU PEJABAT RUM

Terima kasih kepada Bro Mahendra Sharma Setiausaha Agung International Transport Federation Asia Pacific Regional yang hadir ke Ibu Pejabat RUM untuk mendapatkan lapuran tentang "kemelut RUM". Pihak RUM telah memberi persetujuan untuk membuat laporan ke International Labour Organisation (ILO) mengenai kemelut RUM serta bersetuju ITF campurtangan. Penentangan RUM ialah tindakan Presiden KTMB yang mewujudkan "UNION BUSTING" terhadap Railwaymen...

12 Disember 2014

CERITA PAGI TADI

Pagi tadi aku berborak dengan seseorang, yang nak jumpa aku, kiranya "breakfast appointment" lah.... Bila dia bercerita, aduh... rupanya ramai lagi CEO bermasalah, termasuk seseorang yang sangat besar jawatannya dalam ......... ? sehingga terpaksa mengunakan satu NGO untuk mengusik dalam akhbar, bila keluar akbar, isu menjadi besar, akhirnya berjaya dihentikan seluruh negara, semua pasal wang.... Apa nak jadi... kena usik baru gerak... adakah...

PERJUANGAN BELUM SELESAI!

RUM tidak pernah berdiam diri, Presiden KTMB adalah "SETERU UTAMA" RUM, perlu disingkirkan dari KTMB! Tidak berfaedah sama sekali menyimpan seorang "yang berniat jahat", terus berada dalam KTMB! Penindasan dan Kezaliman tidak akan terpadam begitu sahaja! Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KT...

10 Disember 2014

PROGRAM KELUARGA KTMB 2014

Satu usaha yang baik, sangat di alu-alukan bagi merapatkan hubungan di antara Majikan dan Pekerja.  Namun RUM banyak menerima rungutan bila mana Hari Pekerja KTMB pada 22 Disember 2014 hanya untuk pekerja yang bergaji di bawah RM 1.500.00 dan hanya untuk pekerja yang telah berkahwin.  Adakah pelaksanaan ini munasabah? tidakkah ianya melahirkan rasa kecil hati pekerja yang lain? tidakkah ini mengambarkan sikap pilih kasih? tidakkah...

07 Disember 2014

Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja

Kita (RUM) sentiasa berusaha menjalinkan hubungan yang baik, prinsip "KEHARMONIAN PERUSAHAAN" menjadi pegangan, dalilnya zaman mantan-mantan Pengarah Urusan KTMB dan semua Pengerusi KTMB saling hormat menghormati, sentiasa menjalinkan kerjasama, sentiasa bekerjasama dengan matlamat memajukan KTMB. Dalam hal ini, masalah yang berlaku adalah untuk memastikan kepentingan KTMB dan hala tuju KTMB berada di landasan yang betul, sekiranya tidak maka...

06 Disember 2014

TANAH KERETAPI

Sedar atau tidak KTMB kini menumpang di atas tanahnya sendiri, semua aset KTMB di letakkan kepada Perbadanan Aset Keretapi (PAK) iaitu di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Hasil aset keretapi semua dinikmati oleh PAK, KTMB hanya telan air liur sahaja, hilanglah pendapatan sampingan KTMB, sedangkan aset itu sepatutnya diletakkan di bawah KTMB agar KTMB mampu mendapat sumber pendapatan sampingan dan tidak bergantung hanya semata-mata hasil...

04 Disember 2014

PERMOHONAN "FRIENDS" di FB SUARA RUM

Ramai yang ingin "friends" dengan Suara RUM, setakat ini 162 individu sedang menunggu di "approved", bukanlah Suara RUM tidak mahu "approved", kebanyakannya menggunakan nama samaran, bukan gambar peribadi, terlalu baru dalam berfacebook. Maka itu yang mana berminat bolehlah inbox untuk memperkenalkan diri, sekiranya ingin membaca, maka semua kenyataan dalam Suara RUM boleh dibaca di :- suararum.blogspot.com Terima kasih kerana sudi membaca...

ZAHARIN MOHD YASIN

Seorang yang saya tidak pernah kenali dahulu, hanya kenalan dalam Facebook, antara penulis Facebook yang saya ikuti penulisannya, boleh dianggap saya salah seorang "peminat setia" yang tidak akan lepaskan peluang bila Abg Zaharin menulis pasti saya akan membaca dan cuba faham maksudnya. Dari kacamata saya, seorang yang sangat berani membuat teguran terbuka, tulisannya sungguh memberi kesan, sehingga hal ehwal pekerja juga disentuh melalui penulisannya,...

03 Disember 2014

Terima Kasih....

Terima kasih yang tidak terhingga pada "Dato" penulis ini dan komen - komen yang diberikan oleh semua penulis yang terus memberi sokongan pada RUM. "Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Akta 262), Bahagian IX Peraturan2: Perkara 58(1) "Menteri boleh membuat peraturan2 bagi maksud menjalankan atau melaksanakan prinsip2 dan peruntukan Akta ini". Maksudnya Menteri ada kuasa, jika nak guna mengikut budi bicaranya. Tiada istilah salah guna kuasa. Khususnya...

02 Disember 2014

KOMEN PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB DALAM WALL RUM

Bagi pihak RUM merakamkan ucapan terima kasih mengenai komen YB Dato Ir Nawawi Ahmad dalam wall RUM mengenai "spare part", satu kenyataan terbaik, kerana beliau memahami keperluan "spare part", yang mana kenyataan ini menjelaskan bahawa satu kenyataan yang sangat berwibawa dan sangat memahami kedudukan lokomotif. Kenyataan ini juga menunjukkan bahawa beliau seorang yang berkeupayaan dan berkebolehan, namun tidak janggal bagi YB Dato Ir Nawawi...

MAAF SETIAP HARI SELAMA 3 BULAN

Antara yang paling lawak didengari... Antara ayat yang tidak bijak.. Antara ayat mengambarkan kebongkakan dan kesombongan... Antara aspek mungkin di bawah "mental psikologi"... Contoh ayat:- Saya akan mohon maaf tapi saya tidak ikhlas... Saya mohon maaf just copy paste.. Saya mohon maaf tapi saya ketawa berdekah - dekah... Saya mohon maaf sekadar memenuhi syarat... Pengertiannya :- "PERMOHONAN MAAF YANG TIDAK IKHLAS" "Lucu banget" Apa yang...

01 Disember 2014

KESINAMBUNGAN TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA

Setiap perancangan yang lepas adalah baik, maka kesinambungan perlu diteruskan dengan langkah mencambah idea berinovatif, maka idea berterusan dengan penambahbaikan akan memberi manfaat untuk memaju dan melonjakkan sesuatu organisasi. Secara "bernasib baik" maka pembelian ETS baru dari China ini di bawah "bidang kuasa Kerajaan Malaysia", maka kita bakal dapat melihat jentera baru iaitu ETS dalam KTMB, sangat cantik dengan gaya seiring negara...