22 Disember 2014

CONTOH ISU...

Isu Keselamatan yang melibatkan kebisingan dalam injin Lokomotif IRCON.

Isu yang dibawa ini sangat lemah sehingga boleh melibatkan natijah kepada pekerja...
Difahamkan telah dibangkitkan dalam Mesyuarat SHE INDUK.

Benar isu ini boleh menimbulkan implikasi kepada pekerja kerana tahap kebisingan, namun demikian dari aspek keselamatan, pihak pengurusan telah pun menyediakan "ear plug" maksudnya ialah untuk mengurangkan atau menstabilkan kebisingan yang berlaku.

Adalah menjadi tanggungjawab pekerja memakai "ear plug" bagi memastikan risiko keselamatan telah pun diambil.

Tindakan membangkitkan isu sebegini akan mendatangkan implikasi kepada pekerja sendiri, iaitu sekiranya mana-mana pekerja yang tidak mengunakan "ear plug" dari aspek keselamatan boleh diambil tindakan tatatertib.

Justeru itu bila nak membangkitkan isu, pastikan natijahnya tidak dikembalikan kepada pekerja.
Jangan syok sendiri membangkitkan isu yang boleh menimbulkan natijah kepada pekerja sebaliknya bangkitkanlah isu sekiranya tidak dibekalkan, maka ianya hendaklah dibekalkan bukannya merungut tahap kebisingan sedangkan ruang mengurangkan kebisingan boleh diatasi.

Setiap isu ada pro & kontra, pastikan isu tidak terpalit kepada pekerja, justeru itu RUM membangkitkan sebarang isu yang natijahnya tidak mendatangkan implikasi kepada pekerja.

Belajarlah dulu... jangan terus terpa... isu keanak-anakan di bawa ke Induk! Inilah masalah bila bukan kesatuan sekerja cuba menjadi Kesatuan Sekerja!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • Kenyataan Setiausaha Agung RUM. Kenyataan Setiausaha Agung RUM.  Komen RUM begini.. Sudah - sudahlah Tan Sri Pengerusi SPAD untuk komen, Makin banyak kenyataan yang di keluarkan, kita orang makin menyampah. Sekarang ni pun bila baca kenyataan Ta… Read More
  • Bisukan SPAD ?? Sampai skrg SPAD tak buat sebarang komen mengenai kemalangan bas dan lori. SPAD memang geng bacul! Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB … Read More
  • Kenyataan SUARARUM 18 Okt 2012 Mempunyai maksud yang sangat mendalam, ingatan awal pada Datuk Elias Kadir Presiden KTMB. Kini tiada lagi kepercayaan, kerana bukan mudah mendapat kepercayaan, sekali dapat jagalah, kalau kepercayaan itu hilang, sukar untu… Read More
  • Pengerusi SPAD 'Cakap Tak Serupa Bikin' Kalaulah ini orangnya yang berbicara topik keselamatan berjawatan Pengerusi SPAD, sedangkan prosedur keselamatan tidak dipatuhi, perlukan ia dihormati?  RUM dah hilang hormat! Kalau nak SPAD dihormati, lantik in… Read More
  • Kenyataan FB SUARARUM pada 9 Nov 2012 Kenyataan ini sebagai satu pembuktian bahawa RUM sentiasa mementingkan "keharmonian perusahaan", RUM memberi sokongan pada Datuk Elias Kadir tanpa berbelah bagi kepada Presiden KTMB dengan hasrat beliau mampu memulihkan KT… Read More