Kita (RUM) sentiasa berusaha menjalinkan hubungan yang baik, prinsip "KEHARMONIAN PERUSAHAAN" menjadi pegangan, dalilnya zaman mantan-mantan Pengarah Urusan KTMB dan semua Pengerusi KTMB saling hormat menghormati, sentiasa menjalinkan kerjasama, sentiasa bekerjasama dengan matlamat memajukan KTMB.
Dalam hal ini, masalah yang berlaku adalah untuk memastikan kepentingan KTMB dan hala tuju KTMB berada di landasan yang betul, sekiranya tidak maka RUM akan membuat teguran, teguran berdasarkan lisan, bersurat dan tindakan, semuanya berdasarkan tempoh yang munasabah.
RUM bukan sahaja untuk memperjuangkan hak pekerja, tapi KTMB, malah untuk rakyat dan negara.
Selepas 22 tahun diswastakan, KTMB seolah-olah makin kebelakangan, faedah pekerja melalui "take home pay", ketinggalan dari penjawat awam, sedangkan matlamat dan hala tuju tetap kekal sebagai "perkhidmatan sosial".
Kemanakah arah KTMB untuk menjadikan syarikat pengangkutan yang berpotensi, diakui benar kehadiran YB Dato Ir Nawawi Ahmad ada mencetuskan idea dengan "PEMANDU", melalui makluman yang kami terima idea yang dicetuskan adalah sangat baik, usaha YB Dato Pengerusi KTMB sangat kami alu-alukan.
Kami juga berharap ianya bukan setakat atas kertas, tapi "implementasi", kerana 22 tahun telah diswastakan, kami mahu satu anjakan dan lonjakan, demi "mertabatkan" KTMB kembali.
Dari sudut lain Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB tidak boleh keseorangan, kerana dalam melonjakkan sesuatu organisasi, maka KTMB memerlukan satu pasukan yang mantap.
"1. Asas, 2. dasar dan 3.sejarah tidak boleh diabaikan, maka ketiga - tiga struktur ini digabungkan dengan idea inovatif, maka tidak mustahil, KTMB boleh di lonjakan kembali.
RUM suara pekerja bukan eksekutif akan terus kekal sebagai "watch dog", untuk memastikan pemulihan dapat dilakukan.
Source: www.KTMRailwayFan.com |
RUM kekal sebagai rakan untuk memastikan KTMB mampu berubah, malah sebagai pekerja, kami alu-alukan sebarang perubahan, demi memastikan KTMB sebagai pusat pengangkutan yang telah wujud 127 tahun kekal sebagai "pengangkutan terunggul"
Ini hasrat kami golongan pekerja yang sayangkan KTMB.
Matlamat dan perjuangan RUM untuk memastikan KTMB diletakkan di landasan yang betul, landasan yang betul akan memberi pulangan yang baik kepada pekerja, pekerja KTMB telah pun menabur bakti tapi hasilnya mengecewakan kerana kegagalan memulihkan KTMB.
Persoalannya:-
1. Adakah itu salah pekerja?
2. Adakah itu salah RUM?
Kami mahu...
KTMB dipulihkan...
Kami mahu...
Selamatkan KTMB...
Kami tidak mahu...
Sudah terhantuk, baru nak tergadah..
Kami tidak mahu...
Seperti MAS...
Kami tidak mahu...
Kami jadi mangsa...
Kami pekerja...
Kami Rakyat Malaysia...
Kami berhak untuk menyuarakan hak kami....
Selamatkan KTMB..
Selamatlah Pekerja..
Presiden RUM
Mewakili seluruh Warga RUM
Kenyataan selaras dengan keputusan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan yang ke 12.