19 Disember 2014

YES BOSS

Benar dalam situasi seorang insan yang dinamakan "PEKERJA", maka seorang "PEKERJA" perlu pendekatan "YES BOSS", biarpun "BOSS" membuat salah laku, "YES BOSS" memberi manfaat kepada individu "PEKERJA" dari aspek "KENAIKAN PANGKAT" menikmati "KERJA MUDAH" peluang cerah iaitu "MUDAH HIDUP".

"YES BOSS" secara positifnya sangat baik sekiranya "BOSS" yang mana berkenaan telah menjalankan tugas dengan bertanggungjawab, berdedikasi, berniat baik, sentiasa mengutamakan "organisasi" dengan jujur dan amanah demi meningkatkan atau melonjakkan "organisasi" ke arah kecemerlangan. Maka kerjasama kedua-dua pihak akan mewujudkan aktiviti yang sihat dan mampu melonjakkan organisasi.

"YES BOSS" juga boleh mewujudkan "sifat negatif", sekiranya "BOSS" yang mana berkenaan tidak bertanggungjawab, tidak amanah, ambil mudah dan tidak mampu membawa "organisasi" ke arah kecemerlangan".

Maka implikasi kepada "YES BOSS" banyak memudaratkan "organisasi" sekiranya dijadikan amalan.

Contoh terbaik ialah sekiranya "YES BOSS" menjadi satu amalan, prosedur pula dikebelakangkan maka akan mewujudkan pekerja bawahan mengambil kesempatan "angkat beg". Pendekatan "YES BOSS", dengan hasrat "kepentingan diri" sebagai "batu loncatan" untuk "kenaikan pangkat" maka akan jadi satu pemilihan "kenaikan pangkat" kepada individu pekerja secara "pilih kasih" tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan, maka akan runtuhlah "organisasi" atau "syarikat" kerana perlantikan melalui kenaikan pangkat ini kepada individu yang tidak berkualiti dan berintegriti.

Kualiti dan integriti adalah sifat saling berhubungkait untuk menjadikan sesuatu organisasi dalam melonjakkan mana-mana organisasi, prosedur serta peraturan yang wujud diperbuat untuk memastikan setiap perkara khususnya pemilihan dilakukan dengan proses yang ketat demi kepentingan organisasi.

Andai ianya tidak dilakukan, maka akan terjadi satu impak yang sangat berat iaitu "kelemahan organisasi".

Kalau diteliti maka contoh yang kerap berlaku ialah dalam KTMB sendiri, maka itu setiap perlakuan yang berlaku tidak mengikuti , prosedur, peraturan, pekeliling dan undang-undang, maka jadilah KTMB satu badan yang lintang-pukang atau cacamarba.

Secara nyatanya:-

BOSS : "I BOSS, I CAN DO WHAT I WANT TO DO"

STAF : "YES BOSS"

Pekerja :- tafsirannya ialah setiap individu samada Eksekutif atau Bukan Eksekutif adalah pekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB.

*Ingatan!
Pihak kesatuan tidak akan bertanggungjawab dengan komen-komen yang bertentangan, komen yang bertentangan adalah menjadi tanggungjawab sendiri.
"ADMIN"

Related Posts:

  • TERBARU UGUTAN PADA PERWAKILAN RUM (Part 4) Datuk Elias Kadir Presiden KTMB Konco-konco Datuk mesti membaca dan photostat kenyataan dari Suara RUM, bagus... makanya.... Datuk Elias Kadir Presiden KTMB Saya cabar Datuk Elias Kadir Presiden KTMB mengambil tindaka… Read More
  • TERBARU UGUTAN PADA PERWAKILAN RUM (Part 3) TINDAKAN BUANG KERJA PERLU DI AMBIL TERHADAP SEMUA PEKERJA YANG MENJADI AHLI-AHLI RUM? Datuk Elias Kadir Presiden KTMB kini berada di tahap "GILA MEROYAN" bila mana akan mengambil tindakan buang kerja kepada semua Perwaki… Read More
  • "TUAN MOHAN" yang hebat Hebat "TUAN MOHAN" Pegawai TMOD yang menghasut pegawai-pegawai RUM samada dengan berjumpa atau menghubungi dengan telefon. Cakap macam bijak... sorry lah.. u bukan standard saya kalau nak menterjemahkan Peraturan Kesatu… Read More
  • TERBARU UGUTAN PADA PERWAKILAN RUM (Part 2) Saya menyeru semua Perwakilan dan ahli-ahli RUM terus bersatu, jangan berpecah, tindakan ini adalah 100% salah dari segi undang-undang negara dan antarabangsa, sebagai Presiden RUM yang telah diamanahkan akan mengambil tangg… Read More
  • TERBARU UGUTAN PADA PERWAKILAN RUM (Part 1) Saya telah menerima maklumat bahawa Presiden KTMB telah mengarahkan Pihak Pengurusan TMOD iaitu mengeluarkan Notis Tunjuk Sebab akan dikeluarkan kepada semua Perwakilan RUM yang telah meluluskan media rasmi Kesatuan Pekerj… Read More