Saya nak bagitau dengan si polan ni... suruh gaji dia turun RM 900.00.... dia boleh hidup ke tak... apa pekerja ni tak tau nak hidup ke... asyik fikir beban majikan.... beban pekerja macam mana? Tenaga pekerja kau nak perah!
Kau pun sama dengan Presiden KTMB nak jadikan pekerja "HAMBA ZAMAN MODEN".
MTUC TAK KAN NAK SENYAP DENGAN KENYATAAN INI!?
INGAT KAMI KULI... KAMI BANGKIT LU ORANG BARU TAU....
ABDUL RAZAK MD HASSAN
PRESIDEN
KESATUAN Pekerja2 KTMB
PRESIDEN
KESATUAN Pekerja2 KTMB
_________________
Baca:
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, menggesa kajian semula dilakukan berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya majikan tidak terbeban.
Presidennya, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, majikan mikro antara golongan yang terpaksa menanggung beban yang besar hasil pelaksanaan gaji minimum ini.
“Jumlah majikan mikro berdaftar di negara ini adalah sekitar 400,000. Majikan mikro ini hanya mempunyai bilangan pekerja yang kecil iaitu sekitar lima ke 10 dan sumber pendapatan mereka juga tidak besar jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat besar lain.
“Sebagai contoh, sebuah kedai makan pasti mempunyai bilangan pekerja sekitar lima ke tujuh dan jika dibuat pemantauan saya rasa rata-rata majikan ini tidak mampu untuk membayar gaji minimum seperti yang disarankan kerajaan iaitu RM900,” katanya.
Menurutnya, kerajaan perlu melihat semula demografi perniagaan di negara ini kerana wujud perbezaan ketara antara bandar dan luar bandar.
“Mungkin kerajaan terlepas pandang mengenai perkara ini. Contohnya, saya berikan adalah pendapatan bulanan antara penjual goreng pisang di bandar dan luar bandar sudah memperlihatkan perbezaan ketara dari segi pendapatan.
“Saya lihat kerajaan cuba meniru cara pelaksanaan gaji minimum di Korea tetapi kajian terperinci dan keseluruhan tidak dilaksanakan berhubung pendapatan purata di bandar dan luar bandar,” katanya.
Menurutnya, angka 98 peratus majikan telah melaksanakan gaji minimum seperti yang diumumkan Kementerian Sumber Manusia hanya meliputi majikan-majikan yang mempunyai syarikat-syarikat besar dan kukuh.
“Saya rasa jika pemantauan dilakukan terhadap peniaga mikro seperti pengusaha kecil dan sederhana (PKS) pastinya mereka tidak boleh katakan sejumlah 98 peratus majikan telah melaksanakan gaji minimum,” katanya.
Tambahnya, pelaksanaan ini pasti memberi impak negatif kepada peluang pekerjaan di negara ini.
“Hal ini kerana apabila gaji minimum dilaksanakan, majikan terpaksa memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk membayar gaji.
"Jika sebelum ini seorang majikan perlu membayar sekitar RM120,000 bagi 150 pekerja sebelum pelaksanaan gaji minimum, sekarang majikan perlu membayar sekitar RM200,000 untuk jumlah pekerja.
“Pastinya majikan akan mengurangkan jumlah pekerja untuk mengurangkan perbelanjaan syarikat,” katanya.
Shamsuddin berkata, pelaksanaan gaji minimum juga menarik kedatangan pekerja asing untuk di negara ini.
“Sebagai contoh pekerja dari Nepal sebelum pelaksanaan gaji minimum ini sekitar 190,000 dan selepas pelaksanaan gaji minimum ini, jumlah mereka meningkat kepada kira-kira 400,000, " katanya. [SH]