07 Februari 2015

DAP desak henti salahguna kuasa tindas kesatuan sekerja KTMB

JOHOR BAHRU, 3 FEB: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai bertanggungjawab menghentikan penyalahguanan kuasa pihak pengurusan KTMB terhadap Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM) Abdul Razak Md Hassan.

Pengarah Dasar DAP Johor Wong Shu Qi berkata, tindakan KTMB bersifat balas dendam peribadi terhadap Abdul Razak kerana mengetuai piket menentang pihak pengurusan KTMB yang tidak efisyen.

Menurut laporan Malaysiakini, Abdul Razak diminta mempamerkan mesej permohonan maaf setiap hari di akaun facebook beliau serta laman web RUM sepanjang 90 hari kepada Elias Kadir selaku Presiden KTMB.

Kata Shu Qi, selaku Menteri Pengangkutan, Liow Tiong Lai tidak boleh mendiamkan diri dalam kes yang tidak masuk akal ini.

“Datuk Seri Liow Tiong Lai selaku Menteri Pengangkutan seharusnya bertanggungjawab keatas KTMB yang mempunyai tahap prestasi rendah, khasnya pemimpin yang menyalahguna kuasa dalam kes piket RUM.

“Beliau mesti menukar pemimpin pengurusan KTMB, mengembalikan keadilan kepada semua pekerja-pekerja KTMB segera,” kata Shu Qi dalam satu kenyataan.

Abdul Razak diminta membuat pemohonan maaf harian selama tiga bulan kepada kepimpinan KTMB dalam media sosial menyifatkan hukuman itu sebagai tidak logik dan tidak masuk akal.

Menyelar tindakan KTMB, Shu Qi berkata, tidak ada sesiapa yang mempunyai fikiran rasional boleh menerima tindakan yang diambil KTMB yang jelas tidak mengikut undang-undang.

“Suatu masa dahulu KTM pernah menawarkan perkhidmatan yang amat efisyen dan penting untuk penduduk-penduduk di pekan.

“Walaubagaimanapun, KTMB semakin diketepikan dalam perkembangan ekonomi negara kita kerana kerajaan BN tidak berhasrat menggunakan sepenuhnya aset yang sedia ada mahupun menjaga kepentingan pekerja-pekerja KTMB.

“Sebaliknya, kerajaan BN lebih berminat menerima tawaran pembinaan projek besar dan kos tinggi yang menguntungkan kroni.

Sekiranya pihak pengurusan KTMB yang dilantik kerajaan BN tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan hati, Liow Tiong Lai perlu mengambil keputusan untuk menukar pengurusan syarikat tersebut,” tegas Shu Qi. – Roketkini.com

Related Posts:

  • "WORKERS WALK" RUM memberi sokongan penuh kepada penganjuran "Workers Walk" yang dianjurkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Selangor / Wilayah Persekutuan bersama Local Union Network menentang "UNION BUSTING" RUM berharap… Read More
  • Seorang lagi pekerja KTMB dipecat, 11 digantung kerja Seorang lagi pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dipecat hari ini menjadikan sejumlah 41 orang ditamat perkhidmatan sehingga ini kerana menyertai piket pada 9 Mei lalu. Manakala 11 pekerja lagi digantung kerja m… Read More
  • KEMELUT PRESIDEN KTMB VS RUM Suka dijelaskan kepada semua yang terlibat dalam kemelut ini khususnya 41 pemimpin dan ahli kesatuan yang "dibuang kerja tanpa notis" bahawa proses penyelesaian sedang berjalan, beberapa perundingan telah pun dijalankan ya… Read More
  • Ikat Perut Read More
  • Ahmad Maslan akui piket KTM kerana bantah Elias Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengakui bahawa siri piket oleh Kesatuan Pekerja Keretapi Malaysia (RUM) berlaku kerana "personaliti" dalam pengurusan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad. Menurut beliau yan… Read More