18 Februari 2015

SURAT TERBUKA KEPADA DATUK ELIAS KADIR PRESIDEN KTMB

Presiden RUM.
Datuk sebenarnya dah kalah... Datuk tak dapat nak kenakan Presiden RUM, Datuk buang kerja seramai 97 orang termasuk saya selaku Presiden RUM.

Sekarang, 96 orang dan masuk, masuk dengan syarat "GILA" Datuk, syarat Datuk untuk menakutkan pegawai-pegawai RUM dan ahli- ahli RUM, supaya semua pegawai RUM dan ahli-ahli RUM "SEMBAH" Datuk, jadikan mereka "HAMBA", Datuk ingat ini zaman apa? zaman 1800 ke? zaman Kunta Kinte ke? Datuk boleh buat sesuka hati, ikut kehendak hati, gunakan kuasa "DIKTAKTOR".

Datuk Presiden KTMB, mengaku kalah je lah... hahaha... Datuk tak boleh buat apa-apa kat saya... semangat saya... semangat yang cukup kental, tak penah goyah... 5 bulan saya di buang kerja.... 

Rezeki saya tetap ada... Allah S.W.T. tu Maha Adil... baru kejap tadi... Tuan Haji Shafiee BP Mammal sedekah kat saya RM1000.00, ramai lagi pemimpin kesatuan sekerja yang lain bantu saya.... malah Isteri saya juga membantu saya.... sokongan kuat Isteri saya cukup kuat.... semangat saya tetap terbakar untuk menentang Datuk Presiden KTMB.

Alhamdulillah, bila Datuk buang saya kerja... ada hikmah.. perniagaan saya juga berkembang.... kerana apa Datuk... Rezeki bukan tangan Datuk... Rezeki dari Allah SWT... lagipun... saya tak naiya orang... kalau saya naiya pun... saya naiyakan Datuk... sebab Datuk naiyakan KTMB dan seluruh Pekerja KTMB.... takkan saya nak pertahankan Dato seorang... sebab belakang saya ada ribuan orang termasuk keluarga mereka.

Datuk Presiden KTMB, saya selaku Presiden RUM hanya buat kerja untuk ahli-ahli RUM, kerana mereka melantik saya... bukan Datuk yang lantik saya sebagai Presiden RUM.

Saya bukan Hamba Datuk... saya hamba kepada ahli-ahli RUM... seluruh masa saya untuk RUM.... malah keluarga saya di tempat ke 2 kerana RUM ibarat nyawa saya....

Hari ini... Datuk keluar ugutan... ugut pegawai utama saya... apa salah mereka... sebab mereka menyokong saya... selaku Presiden RUM... betullah... sebab dia orang di lantik oleh ahli-ahli RUM... mereka menjalankan tanggungjawab dalam RUM.

Dalam Suara RUM... mana dia orang ada komen, dia orang pun tak komen dah... sebab arahan saya telah keluarkan sebelum ini... jangan buat sebarang komen... tumpukan kepada kerja... kerana saya mahu mereka tumpukan kepada kerjaya... biar saya seorang bertentangan dengan Datuk....

Ini Datuk ugut mereka... Datuk tak dapat kalahkan saya... Datuk tak boleh beli saya... ingat tak Datuk.... semasa kita baik... berapa kali Datuk offer saya... Datuk kata apa....

"RAZAK AKU TAU KAU SUSAH... KAU NI EKSYEN JE... KAU BAWA LAH MANA-MANA KONTRAKTOR... AKU AKAN BANTU"

Apa saya jawab...


"MAAF DATUK... SAYA BUKAN BROKER, SAYA ADA REZEKI LAIN... ORANG RUMAH SAYA MENIAGA KECIL-KECILAN... SAYA BOLEH HIDUP.... TAPI KALAU DATUK NAK UBAT KUAT... SAYA ADA JUGA JUAL... LEPAS TU SAYA KETAWA".

Udah-udahlah Datuk.... Bila umur dah tua-tua ni kita cari pahala... bukan cari sumpah seranah orang.. maki hamun orang... dan bukannya naiya orang...

Jujurlah pada diri Datuk.... Datuk boleh tipu semua orang... Datuk boleh bermuka-muka dengan semua orang... Datuk boleh buat semua pengurusan terkencing dalam seluar.... tapi tidak saya Datuk.... sebab saya hanya "KULI" saya hanya "PEJUANG KAUM PEKERJA" saya buat kerja ini kerana "NAWAITU" saya untuk membuat amal jariah pada ahli-ahli RUM, ini sahaja sumbangan saya ketika saya hidup.

Datuk dah kalah.... udah-udah lah Datuk.... ightifar banyak-banyak... ingat bila umur dah hujung ni... berbuat baik lah.... jangan naiya orang... tak eluk Datuk....

Oklah Datuk... setakat ini... surat terbuka saya... nanti ada masa saya sambung lagi...

Cuma nak pesan kan Datuk...

Datuk tak boleh lawan saya.... sebab saya seorang "PEJUANG KAUM PEKERJA" saya rela "BIARPUN DIPENJARA, SAYA TETAP GEMBIRA".

Surat ini bukan surat Peribadi, surat terbuka ini adalah surat dari :-

ABDUL RAZAK MD HASSAN
PRESIDEN
KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KTMB