17 Februari 2015

DULU SAMA SEKARANG PUN SAMA

Logo lama KTM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Semoga semua sukses dan ceria selalu, anak muda ahli-ahli RUM bacalah tulisan ini...


Bila ayat ini disebut maka apa yang RUM lakukan ialah sebuah anjakan paradigma, satu pembaharuan kearah pemulihan KTMB.

Kenapa KTMB perlu pemulihan dan apa kepentingan RUM?

Jawapan mudah...

Gaji Pekerja KTMB ketinggalan atau di bawah pasaran dan bosan dengan alasan KTMB rugi bila tuntutan dibuat.

Dalilnya....

Semasa KTMB diswastakan pada 1.8.1992 pekerja KTMB menikmati tawaran gaji melalui pelarasan gaji sebanyak 10% dan tambahan 2 mata gaji iaitu lebih baik dari kakitangan awam, perbezaan ini memberi peluang pada pekerja KTMB menerima tawaran melalui "option" iaitu :-

A. Kerajaan
B. Swasta
C. Bersara Pilihan

Maka 95% (anggaran) memilih "B" memandangkan itu pilihan yang ada untuk meneruskan kerjaya serta mencari rezeki, sebagai pekerja, kita juga akur dengan kehendak kerajaan.

Pilihan ini juga boleh dianggap baik, kerana "take home pay" pekerja KTMB lebih tinggi dari kakitangan awam.

Kini 2015 selepas 23 tahun diswastakan, perbezaan "take home pay" pekerja KTMB dan "penjawat awam" telah ketinggalan.

Jaminan kerajaan bahawa KTMB akan berdaya maju dan mampu meraih keuntungan adalah meleset sekali.

Kedudukan KTMB sebaliknya makin teruk dengan keadaan landasan yang uzur khususnya di Pantai Timur, Lokomotif, Koc, Pgc, Wagon telah "overdue" iaitu tahap keselamatan di bawah paras rendah, tidak mampu bergerak secara efektif dan dianggap "sakit".

Sekiranya ini berterusan maka KTMB tidak mampu menjana pendapatan sebaliknya mengurus apa yang ada tanpa membawa sebarang perubahan bagi menjadikan KTMB sebuah pengangkutan yang "efisien". Sebaliknya KTMB masih terus bergantung dengan Kerajaan tanpa ada percambahan idea, KTMB tidak mampu berdikari kerana kegagalan kepimpinan KTMB yang kecelaruan dalam merancang pemulihan.

KTMB akan kekal dan terus bergantung kepada kerajaan tanpa mampu berusaha untuk memulihkan serta mencapai keuntungan, seperti mengharapkan durian runtuh contohnya kehadiran 10 unit ETS untuk kegunaan laluan utara, harus disedari kehadiran ETS ini tidak mencukupi untuk membantu pemulihan KTMB.

Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali Kali Ke 12, 3 tahun yang dulu telah menyedari hakikat ini serta bergantung harapan kepada Datuk Elias Kadir Presiden KTMB untuk memulihkan KTMB kerana yakin dengan jaminan yang diberikan bahawa beliau mampu memulihkan KTMB dan akan berusaha untuk mengembalikan faedah atau "take home pay" mengikut pasaran semasa atau setidaknya mengembalikan lebihan berbanding penjawat awam ketika swasta atau sama dengan penjawat awam.

Hampir 3 tahun berlalu, yang menjadi kebanggaan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB ialah mencatatkan sejarah pembuangan kerja besar-besaran terhadap pekerja yang berpiket demi "KESELAMATAN DAN PEMULIHAN KTMB" atas "KEGAGALAN DATUK ELIAS KADIR SEBAGAI PRESIDEN KTMB"

Tujuan dan hasrat ialah untuk "MENUTUP MULUT KESATUAN", "MENGUGUT AHLI RUM", MELETAKKAN RUM DI BAWAH PENGARUH".

Sedangkan "NAWAITU" RUM ialah ingin "SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA ", maka pembongkaran kelemahan perlu dilakukan, tindakan perlu disertakan melalui "tempoh-tempoh" yang munasabah serta "dalil-dalil" yang kukuh bagi membuktikan bahawa Datuk Elias Kadir Presiden KTMB ialah "NON PERFORMING PRESIDENT".

Semua tindakan ini adalah semata-mata untuk memastikan KTMB mampu meraih keuntungan serta faedah yang baik iaitu "take home pay" dapat diselaraskan.

Akhirnya dengan niat baik ini serta demi nama baik Kerajaan yang memerintah, maka kami RUM dijadikan "MANGSA" kerakusan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB dengan mengunakan kuasa "DIKTATOR", 97 pekerja dibuang kerja tanpa notis, satu pembuangan kerja secara besar-besaran dalam sejarah negara.

Dengan campurtangan kerajaan maka 96 orang berjaya dipulihkan namun Abdul Razak Md Hassan selaku Presiden RUM masih dibuang kerja kerana mempertahankan maruah RUM, maruah Kesatuan Sekerja di negara ini dari tindakan "undang-undang rimba" oleh Datuk Elias Kadir Presiden KTMB, kerana syarat yang diberikan kepada 96 diletakkan "status quo" iaitu "mengugut" dengan niat meletakkan ahli-ahli RUM di bawah pengaruh majikan, manakala syarat yang dikemukakan kepada Presiden RUM adalah satu tindakan yang akan melemahkan Kesatuan Sekerja.

Datuk Elias Kadir Presiden KTMB telah melahirkan satu tindakan meletakkan pekerja "HAMBA ZAMAN MODEN".

Beliau mewujudkan satu contoh "MAJIKAN SONGSANG" dan mengembalikan zaman "KEZALIMAN DAN PENINDASAN" di negara ini.

Teruskan berjuang, dengan kekuatan kita mampu mencapai hasrat..

Lawan tetap lawan...

Selamatkan KTMB Selamatlah Pekerja!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB