28 Februari 2015

DI MANA HAK KAMI? PEKERJA

RAJA UNION BUSTING MALAYSIA
Tanggungjawab seorang pekerja adalah melaksanakan serta mematuhi Perjanjian Bersama.
AHLI KESATUAN

Tanggungjawab seorang ahli Kesatuan adalah mematuhi "PERATURAN KESATUAN".

"PEKERJA SYARIKAT" dan "AHLI KESATUAN" adalah dua (2) perkara berbeza.

Perbezaan inilah mengambarkan bahawa KTMB dan RUM adalah 2 buah organisasi yang berbeza, walaupun pada dasarnya menjadi Ahli Kesatuan Sekerja mestilah pekerja sesebuah Syarikat, namun dalam hak kebebasan bersuara yang termaktub dalam undang-undang yang telah memberi kebenaran hak kebebasan bersuara selaras dengan Hak Akta 177 dan Seksyen 10, Perlembagaan Persekutuan.

Dalilnya...

KTMB didaftarkan di bawah Akta Syarikat.

manakala...

RUM di daftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja (Akta 262)

Sebagai dua (2) organisasi yang berbeza sama sekali...

Maka itu jelas dan nyata seperti mana yang termaktub dalam Akta Perhubungan Perusahaan seperti di sebutkan di bawah Seksyen 4 dan 5 tiada mana pihak samada majikan, kesatuan majikan-majikan dan kesatuan sekerja boleh mencampuri urusan serta menghalang aktiviti-aktivii Kesatuan Sekerja.

Sekiranya berlaku campurtangan, maka jelas dan nyata ianya adalah satu kesalahan yang boleh di dakwa.

Maka itu tindakan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB jelas dan nyata mencampuri urusan Kesatuan dan mengugut pegawai-pegawai utama RUM, pihak RUM akan membuat aduan pada Jabatan Perhubungan Perusahaan serta Suhakam, membenarkan tindakan sedemikian adalah "SALAH", satu amalan "UNDANG-UNDANG RIMBA".

Datuk Elias Kadir Presiden KTMB secara jelas dan nyata telah mengepalai atau "RAJA UNION BUSTING MALAYSIA".

KERAJAAN MALAYSIA HENDAKLAH MENYEKAT TINDAKAN PRESIDEN KTMB SERTA MENGEMBALIKAN HAK UNDANG-UNDANG SERTA MENGEMBALIKAN HAK BERKESATUAN SEKERJA.

Perlu disedari bahawa KTMB adalah hak milik tunggal KEMENTERIAN KEWANGAN DIPERBADANKAN, justeru itu tindakan sedemikian boleh mengakibatkan imej Kerajaan Malaysia tergugat, sekiranya kerajaan gagal menyekat maka seolah-olah Kerajaan Malaysia telah mengizinkan kewujudan "UNION BUSTING"

Justeru itu pilihan yang tepat ialah Kementerian Kewangan hendaklah menamatkan kontrak atau tidak menyambung kontrak Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB kerana merosak dan menjejaskan imej negara.

Peranan menyekat "UNION BUSTING" pula, adalah hak Kementerian Sumber Manusia, seharusnya Kementerian Sumber Manusia secara langsung yang memahami hak undang-undang serta konvensyen ILO perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana majikan yang bersikap sedemikian.

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB.