07 Februari 2015

BANJIR PANTAI TIMUR - PERTUKARAN

Berdasarkan maklumat yang diterima maka akan berlaku pertukaran pekerja kepada beberapa gred jawatan kerana penutupan operasi di Pantai Timur disebabkan penutupan operasi.

Persoalannya adakah wajar berlaku pertukaran?

Pihak RUM ingin menegaskan bahawa pertukaran yang berkemungkinan berlaku pada pekerja di Pantai Timur adalah "tidak wajar: berdasarkan :-


  1. Pekerja yang terlibat banjir ini menghadapi masalah besar apabila kelengkapan mereka rosak dengan teruk.
  2. Kerosakan yang teruk ini telah menjejaskan kehidupan ibarat memulakan satu kehidupan baru.
  3. Februari, anak-anak telah mula sessi persekolahan ini akan menjejaskan sessi pembelajaran serta menyulitkan pertukaran anak-anak.
  4. Ada pekerja faktor usianya telah melangkaui umur 50 tahun, ini akan menjejaskan kehidupan kekeluargaan.
  5. Kedudukan menyediakan rumah kuarters yang disedari tiada kosong, ini akan menjejaskan kedudukan kewangan bila perlu menyewa rumah, sedangkan rumah di bandar kos sewa adalah tinggi dan gaji pekerja adalah di bawah rendah, ini akan menjejaskan kehidupan kerana kedudukan kewangan.
  6. Sekiranya dikekalkan keluarga di lokasi asal manakala pekerja (ketua keluarga) pula berpindah ini banyak menimbulkan masalah pada keluarga khususnya anak-anak yang berjauhan, malah pekerja yang terlibat pula sedang membina kehidupan keluarga yang baru mengalami musibah serta menyusahkan pekerja berkenaan ini juga akan menjejaskan prestasi dan "demoralised" pekerja.
  7. Sekiranya berlaku pertukaran ini maka pekerja yang berkenaan ibarat "telah jatuh ditimpa tangga".
  8. Adalah menjadi tanggungjawab KTMB memastikan pekerja terlindung dari beban yang ditanggung, apatah lagi KTMB di bawah perkhidmatan sosial.
  9. Penutupan ini hanya melibatkan "penutupan sementara", maka itu adalah tidak wajar ditutup sebaliknya guna tenaga kerja yang ada bekerja dengan kesesuaian kerja yang boleh diwujudkan.
  10. Kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan dalam akhbar semalam telah menjelaskan bahawa pembaikpulihan landasan pantai timur memakan masa selama 6 bulan, justeru itu pertukaran yang cuba dijalankan oleh pihak pengurusan adalah tidak sewajarnya berlaku.

Maka itu RUM memohon semua pertukaran yang bakal dilakukan adalah "tidak wajar" dan "tidak dilakukan" bagi memastikan pekerja "TIDAK JATUH DITIMPA TANGGA".

RUM akan menulis surat pada Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dan sesalinan kan kepada YAB Dato Seri Perdana Menteri dan Menteri yang berkaitan bagi memohon agar tiada pertukaran dilakukan kepada pekerja di Pantai Timur.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB