Komen RUM ialah:-
- RUM tidak menolak bahawa mana-mana Mesyuarat yang dijalankan oleh Pengurusan KTMB dengan mana-mana jabatan atas urusan majikan maka lapuran mesyuarat berkenaan perlu dilaporkan, ini adalah proses biasa.
- Mana-mana pengurusan (majikan) yang bermesyuarat dengan Kesatuan juga perlu menghantar lapuran, ini juga proses biasa.
- Mana-mana ahli-ahli kesatuan yang bermesyuarat mengenai hal ehwal yang termaktub dalam Perjanjian Bersama, Perlembagaan Kesatuan dan semua Akta yang berkaitan adalah tidak dibenarkan menyampaikan sebarang hasil permesyuaratan kepada pengurusan (majikan) kerana ianya adalah hak mutlak Kesatuan Sekerja. Semua perbincangan adalah SULIT!
Perlu disedari KTMB di daftarkan di bawah Akta Syarikat manakala RUM di daftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja, kedua-dua Akta ini telah membezakan peranan dan hak masing-masing.
Arahan sedemikian adalah satu arahan yang "melalut" dan "buang tebiat" yang langsung terkeluar dari hak yang terkandung dalam Akta.
RUM beranggapan Datuk Presiden KTMB "melalut" atau "buang tebiat" atau "kurang siuman" atau "sengal" atau apa sahaja sebutan yang sesuai.
Maka itu adalah dinasihatkan kepada Datuk Presiden KTMB bawa - bawa "ightifar", makin hari dah makin teruk, jangan sebuk nak cari maklumat dalam RUM sebaliknya fikir.... fikir... fikir.... apa dah jadi dengan KTMB, fikir jugak macam mana nak pulihkan KTMB di Pantai Timur, kalau tak boleh berfikir asyik nak cari info RUM.... adalah di nasihatkan "LETAK JAWATAN", Datuk Presiden KTMB you are nothing! You FAILED!!!!!
GAJI YANG DI BAYAR PADA PRESIDEN KTMB adalah satu pembaziran dan kerugian kepada KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB