05 Februari 2015

PEKELILING PERJANJIAN BERSAMA

Bil : (1) dlm RUM 058 (2016 – 2018)
Tarikh : 11hb Februari 2015

Kepada :
i. Semua Pengerusi / Setiausaha Cawangan
ii. Semua Ahli Jawatankuasa Cawangan
iii. Semua Ahli Kesatuan Pekerja – Pekerja KTMB (RUM)

Saudara/Saudari,

PEKELILING PERJANJIAN BERSAMA

Merujuk kepada perkara diatas, adalah dimaklumkan bahawa Perjanjian Bersama yang ke Tujuh (7) akan berakhir pada 31hb Disember 2015, bagi maksud persediaan seperti mana yang termaktub di Artikel 4.2 Perjanjian Bersama, Pihak Kesatuan boleh mengemukakan satu notis bertulis tiga (3) bulan sebelum berakhir Perjanjian Bersama yang ke Tujuh (7), untuk merundingkan satu perjanjian baru pada atau selepas 1hb Oktober 2015, maka Pihak Kesatuan perlu merangka dan menyediakan Perjanjian Bersama bagi maksud untuk menyampaikan pada pihak pengurusan pada atau selepas 1hb Oktober 2015.

2. Pihak Kesatuan menjemput saudara – saudari untuk mengemukakan pandangan atau cadangan kepada Ibu Pejabat Kesatuan untuk penyediaan Perjanjian Bersama. Untuk tujuan itu saudara – saudari boleh mengemukakan pandangan atau cadangan seperti berikut :-

2.1 Pandangan atau cadangan mestilah berbentuk kertas kerja,
2.2 Kertas kerja mestilah mempunyai :-
1.1.1 Pendahuluan,
2.1.2 Sebab dan mengapa pandangan atau cadangan ini dituntut,
2.1.3 Fakta
2.1.4 Konklusi

2.3 Kertas kerja ini hendaklah dialamatkan kepada Setiausaha Cawangan, tarikh tempoh penyerahan kepada Setiausaha Cawangan ialah pada 10hb Mac 2015 tidak lewat dari 5.00 petang.

2.4 Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan hendaklah diadakan sekurang – kurangnya tujuh (7) hari selepas tarikh tamat tempoh penerimaan kertas kerja.

2.5 Jawatankuasa Cawangan hendaklah mengkaji, menilai menambah, membantu mana – mana yang kurang dan memutuskan mana – mana kertas kerja untuk dipanjangkan kepada Setiausaha Agung.
2.6 Setiausaha Cawangan hendaklah menyampaikan semua kertas kerja yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Cawangan kepada Setiausaha Agung tidak lewat dari 28hb Mac 2015, jam 5.00 petang.

3. Sehubungan dengan itu, adalah diharap saudara dapat memberi kerjasama untuk menyampaikan segala pandangan atau cadangan dalam penyediaan Perjanjian Bersama yang ke Lapan (8) 1hb Januari 2016 hingga 31hb Disember 2018, kerjasama ini mencerminkan setiap individu ahli memainkan peranan untuk mencapai hasrat sebagai sebuah Kesatuan yang berwibawa dan bertanggungjawab kepada sebuah organisasi yang kini disegani.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

TT
(JAAFAR ALIAS)
Setiausaha Agung

Sk:
i) Semua Ahli Jawatankuasa Kerja
ii) Semua Majlis Eksekutif
* Setiausaha Cawangan
- Sila Photostat, dan sampaikan kepada Semua Jawatankuasa Cawangan dan Jawatankuasa Bertindak Bahagian.
- Sila paparkan pada papan kenyataan agar semua ahli dapat membaca pekeliling ini agar dapat memberi pandangan dan pendapat.

Related Posts:

  • Consultant Hay Group Sdn Bhd: Apakah hasil kajian Gred Gaji Pekerja Bukan Eksekutif? Gambar Hiasan Satu perkara yang menarik ialah pihak pengurusan tertinggi KTMB telah melantik satu consultant luar untuk mengkaji struktur carta organisasi, specifikasi tugas dan gred gaji Eksekutif dan Bukan Eksekutif. … Read More
  • Tren No 3147 Gelincir - Bukit Mertajam Pada 9 Februari 2014 info yang diterima, berlaku derail, No tren 3147, iaitu tren kargo melibatkan 5 buah gerabak dekat stesen Bukit Mertajam, di KM 10.75 lebih kurang jam 5 pagi. Kegelinciran Tren No 3147, 9/2/2014 K… Read More
  • Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB: WELCOME Gambar Hiasan Difahamkan KTMB akan menerima Pengerusi Lembaga Pengarah yang baru. Pihak kesatuan dan seluruh warga RUM mengalu-alukan kehadiran Pengerusi Lembaga Pengarah yang baru, malah akan memberi kerjasama seterus… Read More
  • Consultant Hay Group Sdn Bhd: PANASSSSSSS!!!!! Part 2 Gambar Hiasan Terkejut bila RUM highlightkan mengenai Consultant Hay Group ini, pihak RUM terima satu info yang mengatakan bahawa kajian consultant hay tidak mempunyai "substance" untuk diimplementasikan. Lapuran muktakhi… Read More
  • Masanya telah tibaMenulis dah..Menghentam dah..Berfakta sudah..Tempoh dalam Suara RUM dah pun selesai....Next step...Semua fakta dikumpul untuk dijadikan memorandum untuk di hantar kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana M… Read More